Unsur Spiritual Dalam Cerita Lisan Melayu
An element spiritual in Forktales
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.6.2021Keywords:
cerita lisan Melayu, spiritual, sumpahan, Sastera BudayaAbstract
Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang mempunyai kepelbagaian corak budaya dan tatacara dalam struktur sosial. Kepelbagaian budaya menyebabkan tercetusnya pertukaran idea dan sudut pandangan baharu. Setiap teguran, sindiran dan pengajaran akan disampaikan melalui pantun, cerita-cerita seperti berunsurkan jenaka, legenda, mitos dan sebagainya. Cerita lisan Melayu mengandungi nilai estetikanya yang tersendiri sebagai panduan dan tunjuk ajar. Dalam konteks ini, cerita lisan diperturunkan dari mulut ke mulut melalui satu generasi kepada genarasi yang lain. Oleh itu, sudah semestinya tokok tambah dalam cerita rakyat akan berlaku kerana bergantung kepada situasi dan lapisan golongan pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti dan menganalisis ritual sumpahan yang terkandung dalam cerita-cerita lisan Melayu. Pengaplikasian Teori Budaya adalah sebagai deduktif dalam kajian ini. Kajian ini juga membataskan 12 data cerita lisan Melayu yang dipilih secara rawak berdasarkan Koleksi 366 Cerita Rakyat di Malaysia sahaja. Penelitian dan penghuraian terhadap cerita-cerita lisan ini adalah berlandaskan Teori Budaya untuk memantapkan analisis kajian. Hasil kajian membuktikan bahawa sesetengah cerita lisan Melayu terdapat unsur spiritual, iaitu sumpahan. Hal ini bukan sahaja menjadikan ia menarik tetapi juga memiliki pemikiran kreatif yang boleh dijadikan medium pendidikan kepada masyarakat tempatan.
Downloads
References
Sujud, A., Bt Razali, L. S., & Nik Muhammad Affendi, N. R. (2011). Fenomena Sosial dalam Cerita Rakyat Kanak-Kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 138-151.
Zakaria, A. (2020). Mahsuri Dan Puteri Lindungan Bulan, Lagenda Kedah Dan Motif Darah Putih. Jurnal IPDA, 26(1), 203 - 211.
Faez Huzaini Ramleh, Humin Jusilin. (2018). Unsur Spiritual dalam Karya Catan Pelukis Sabah Sabrina Majuakim. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Vol 2 (Special Issue, September) 256-273.
Kamus dewan (2007). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2013). Citra Nilai Murni Cerita Rakyat di Malaysia dalam Konteks Dunia Kanak-Kanak. Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu VIII. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 13-14November.
Mohd Firdaus Che Yaacob, Nasirin Abdillah, Muhammad Izani Ab. Ghani, Shahriah Norain Shaharuddin & Siti Nur Anis Muhammad Apandi. (2017). Cerminan Moral dalam Cerita Rakyat Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL). 6 (6), 35-44.
Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2016). Nilai Baik Hati Menerusi Cerita Rakyat Melayu Terhadap Masyarakat Melayu Suatu Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu. Journal of Business and Social Devolepment. 4 (2), 48-57.
Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2014). Cerita Rakyat Membentuk Moral Positif Kanak-Kanak Melalui Nilai Murni. Journal of Business and Social Devolepment. 2 (2), 74-85.
Mohd Firdaus Che Yaacob. (2015). Seuntai Nilai-Nilai Murni Dalam Himpunan 366 Cerita Rakyat Di Malaysia. Tesis Sarjana Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Muhammad Nur Al-Hakim Mohammad Hanafiah, Mohd Firdaus Che Yaacob. (2021). Nilai-nilai Kemanusiaan dalam Cerita Lisan: Satu Penelitian Takmilah. PENDETA: Journal of Malay Langguage, Education and Literature Jilid 12, (1),11-25.
Normaliza Abd Rahim. (2014). Perception on the Animals Fable ‘Bird of Paradise’ Song. Asian Social Science Journal, 10 (19), 17-23.
Shaiful Bahri Md. Radzi. (2015). Si Tanggang Moden dan Perubahan Makna dalam Cerita Bermotifkan Anak Derhaka. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, Jilid 31 (2), 247-261.
Zainariah Abdul Wahab, Nur Syafiqa Yusoff, Fatimah Abdul Nasir. (2017). Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur. Edukid Publication Sdn.Bhd.