Sejarah, Definisi, Konsep dan Prinsip Pendekatan Pengurusan

History, Definitions, Concepts and Principles Management Approach

Authors

  • Mohamad Mokhtar Abu Hassan Mantan Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.fa.1.2022

Keywords:

Pendekatan Pengurusan, Perancangan, Pengorganisasian, Kepimpinan, Penstafan (Tenaga Kerja), Kawalan

Abstract

Objektif makalah ini ingin mengemukakan sejarah kemunculan pendekatan pengurusan yang diperkenalkan oleh penulis; definisi, konsep dan prinsip-prinsip pendekatan pengurusan serta penerapan terhadap karya-karya sastera. Dengan menggunakan kajian kaedah kualitatif,  penulis mengemukakan karya-karya awal yang menjadi kajian penulis untuk penulis memperkenalkan pendekatan pengurusan, iaitu cerita “Sang Kancil dengan Buaya” dan cerita “Lebai Malang”. Selanjutnya penulis mengukuhkan pendekatan pengurusan dengan menelti sebuah karya cerpen bertajuk “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Median Abang Said. Pada tahun 2022, penulis menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Pendekatan Pengurusan: Penerapan Terhadap Karya Sastera. Dalam buku tersebut penulis menjelaskan pendekatan pengurusan secara komprehensif dan menerapkannya  terhadap karya-karya sastera, iaitu dua buah cerita binatang yang bertajuk “Gergasi Berperang dengan Gajah” dan Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa);  dua buah karya cerpen, iaitu yang bertajuk “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Median Abang Said dan cerpen yang bertajuk “Sebuah Khemah Didirikan” karya Usman Awang; dan  dua buah karya novel, iaitu yang bertajuk Hari-hari Terakhir di Jesselton karya Ruhaini Matdarin dan novel yang bertajuk Bukit Kepong karya Ismail Johari. Sebagai rumusan, penulis menyenaraikan beberapa pengkaji sastera yang telah menggunakan pendekatan pengurusan dalam kajian mereka. Implikasi kajian ini untuk memperkenalkan satu pendekatan baru dalam kritikan sastera. Dengan adanya pendekatan pengurusan dalam kiritikan sastera, bukan sahaja menjadikan dunia kiritikan sastera lebih menarik, bahkan dapat mendidik dan menyedarkan khalayak bahawa pentingnya pengurusan dalam membina kehidupan manusia secara tersusun dan teratur. 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Amran. (2002). Pengurusan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengurusan Kesusasteraan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 28 Disember.

Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Djoko Santosa. (2008). Teori-teori kepemimpinan. Surakarta: Lembaga Pengembangan Pendidikan dan UPT Penerbitan dan Percetakan UNS.

Hashim Awang. (1988). Kritikan kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Johari. (2004). Bukit Kepong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaafar Muhamad. (1999). Asas pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Juhary Haji Ali dan Ishak Ismail. (2004). Prinsip dan amalan pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keris Mas. (2003). Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koontz, Harold dan Heinz Weihrich. (1997). Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. H. Abrams. (1971). A glossary of literary terms. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Majlis Peperiksaan Malaysia. (2003). Mutiara sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Peperiksaan Malaysia. (2012). Permata sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menson, Michael H., Michael Albert dan Franklin Khedouri, 1985. Management: Individual and Organisational Effectiveness, New York: Harper and Row.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan pengurusan : Satu metode dalam kritikan sastera. Kertas kerja dalam seminar himpunan ilmuan sastera Melayu Malaysia kedua di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim pada 4-5 Oktober.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2020). Kegagalan pengurusan dalam Hari-hari terakhir di Jesselton. Dewan Sastera, Bilangan 2, halaman 9 – 15.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2021). Pengaplikasian pendekatan pengurusan terhadap dua buah cerita binatang. Malay Literature, Volume 34 Number 2 December, hlm. 185 – 210.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2016). Syarahan Perdana: Pendekatan pengurusan dalam kritikan kesusasteraan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 4 Ogos 2016.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2021). Ucaputama: Relevansi pendekatan pengurusan dalam menganalisis karya sastera. International conference on linguistics and culture 2. Anjuran Fakulti Ilmu Budaya, Universiti Hasanuddin, Makasar, Indonesia pada 4 November.

Othman Puteh (peny.). (1999). Tongkat Warrant seniman agung: Ini saya punya kerja. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Othman Puteh dan Ariffin Said (peny.). (2008). Himpunan 366 cerita rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rahim Abdullah. (1998). Asas pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ruhaini Matdarin. (2018). Hari-hari terakhir di Jesselton. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2000). Pemimpin dalam ungkapan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

2022-06-07

How to Cite

Abu Hassan, M. M. (2022). Sejarah, Definisi, Konsep dan Prinsip Pendekatan Pengurusan: History, Definitions, Concepts and Principles Management Approach. PENDETA, 13(1), 1–10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.fa.1.2022