Perjuangan Hidup Melayu Dalam Karya M. Nasir
The Malay’s Life Struggle in the works of M. Nasir
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.2.fa.1.2022Keywords:
perjuangan hidup, akal budi Melayu, lirik lagu, M. Nasir, KembaraAbstract
Perjuangan dalam kehidupan seorang manusia amat penting demi mencapai pelbagai matlamat serta cita-cita sama ada dalam bentuk kebendaan atau kerohanian. Perjuangan hidup orang Melayu ini, dapat dilihat dari perspektif akal budi Melayu yang mencerminkan pengaruh kepada perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendukung kebijaksanaan, kehalusan jiwa dan keindahan berbahasa. Pembangunan aspek akal budi merupakan unsur kemanusiaan yang penting bagi setiap insan mahupun bangsa, agama dan negaranya. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan tradisional mahupun karya yang bercorak keilmuan. Penulisan seni kata lagu juga merupakan salah satu cabang kesusasteraan yang jarang diperkatakan kerana ia bersifat popular. Sedangkan sebahagian dari seni kata lagu di Malaysia, mengandungi unsur estetika malah mempunyai bahasa sastera yang tinggi serta mampu mencabar pemikiran, falsafah, dan resam manusiawi. Untuk membuktikan bahawa seni kata lagu juga mampu mencabar pemikiran, tamadun keilmuan serta mempunyai nilai akal budi Melayu yang tinggi, kajian ini akan memberi tumpuan kepada karya-karya seorang seniman yang terkenal sebagai pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi, pelakon, pelukis, dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu M. Nasir. Sebanyak 10 buah seni kata lagu hasil ciptaan sepenuhnya M. Nasir di dalam album Kembara, dianalisis dan dihuraikan dengan memberi fokus terhadap unsur perjuangan hidup seseorang manusia mahupun bangsa Melayu yang menjadi teras kepada penyelidikan ini. Dapatan telah menemukan bahawa M. Nasir telah berjaya menghasilkan karya-karya bermutu dengan cara yang penuh estetik, simbolik, bermakna dan bermanfaat. Konsep perjuangan hidup melalui perspektif akal budi Melayu ini yang disulami dengan unsur perjalanan, cabaran dan harapan, mampu dihuraikan dengan lebih universal sifatnya.
Downloads
References
A Teeuw (1984). Sastera dan ilmu sastera: Pengantar teori sastera. Bandung: Pustaka Jaya.
A.S. Hardy Shafii (2017). Patung-patung: kearifan tempatan dalam menterjemah dilema Melayu melalui pementasan drama eksperimental Malaysia dekad 1970-an dalam Akal budi Melayu dalam bahasa dan sastera moden (Rahimah A. Hamid & A.S. Hardy Shafii, Penyunting). Pulau Pinang: Penerbit SM.
Abdul Ghafar Ibrahim (2010) Dialog seniman dunia. Shah Alam: Pustaka Dini.
Abdul Hadi W.M. (1999). Kembali ke arak kembali ke sumber: Esai-esai sastra profetik dan sufistik. Jakarta: Pustaka Firdaus.
Abdul Rahman Napiah (2006). Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang: Daripada perspektif teori teksdealisme dalam Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang (Mohd Amran Daud & Muhammmad Ikhram Fadhly Hussin, Penyelenggara). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adil Johan (2018). Muzik popular Malaysia: perangsang dan pelantar sosial integrasi nasional. Kertas kerja dibentangkan pada International Colloquium on Integration Platform, Hotel Bangi, Putrajaya. 15 November 2018.
Akmal Abdullah (2009, Mac 1). Mungkin konsert solo terakhir M. Nasir? Berita Minggu.
Amirah Amaly Syafaat (2014, September 21). Kurang bergaul, gemar menyendiri. Utusan Malaysia.
Idris Zakaria (1991). Teori politik Al-Farabi dan masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ku Seman Ku Hussain (2014, Disember 7). Kembara, M. Nasir dan senandung hidup rakyat. Utusan Malaysia.
M Chairul Basrun Umanailo (2016). Ilmu sosial budaya dasar. Kediri: Fam Publishing.
Mana Sikana (1996). Falsafah dan seni kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maniyamin Ibrahim (2006). Menggali keintelektualan silam membina seni masa kini dalam Persuratan dan peradaban nasional. (Mohamad Saleeh Rahamad, S.M. Zakir Eds., Penyelenggara) Kuala Lumpur: PENA.
Mohd Azam Sulong (2016). Unsur-unsur gaya bahasa dalam seni kata lagu Melayu terbaik karya cipta M. Nasir, Kertas Kerja dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Asean ke 3. Universiti Fatoni, Thailand 25-26 Mei 2016.
Mohd Yusof Hasan (2009). Pemikiran global sasterawan negara Shahnon Ahmad. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
Muhammad Abi Sofian Abdul Halim (2012, Mei). Muzik simbolisme budaya Melayu. Dewan Budaya, 32-35.
Muhammad Haji Salleh (1999). Menyeberang sejarah: kumpulan esei pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Lutfi Ishak (2016, Mac). Kebijaksanaan dalam sekeping lukisan. Tunas Cipta. 50-51.
Nor Hashimah Jalaluddin (2017). Semantik dan akal budi Melayu. Bangi: Penerbit UKM.
Nurhalwa Ziemah (2017, September). Refleksi pemikiran dalam lagu rakyat. Tunas Cipta, 12-15.
Nurul Fadila Awaludin (2017, Disember 23). Diskusi kembara muzik solo M. Nasir. Kosmo.
Payatt (2017, Disember 23). M. Nasir yang versatil. Harian Metro, 8.
Ramli Sarip (2006, Mei). Citra bangsa dalam lirik. Dewan Budaya, 26-28.
Salehuddin Mohamad (2006). Tulisan Jawi: pengkanunan semula dalam Persuratan dan peradaban nasional (Mohamad Saleeh Rahamad, S.M. Zakir Eds., Penyelenggara) Kuala Lumpur: PENA.
Salman Al-Audah (2016). Jejak teladan bersama empat imam madzhab. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2), 1-10.
Siso (2006, Mei). Kami jujur mengangkat martabat bangsa. Dewan Budaya 16-19.
Siti Zaleha Hashim (1986, Julai). Muzik Melayu kita kaya. Dewan Budaya, 31-32.
Siti Zaleha M. Hashim (2005, November 14). Bahasa baik lirik menarik. Berita Harian.
Sufean Hussin (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: Teori dan analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Supyan Hussin. (2018). Inclusiveness of Malay, Islam and its contribution to modern civilization development. Plenary paper dibentangkan pada Batu Sangkar International Conference III, Institut Agama Islam Negeri Batusangkar, Sumatera Barat, Indonesia, 15 October 2018.
Suroso & Puji Santosa (2009). Estetika sastera, sasterawan & negara. Yogyakarta: Pararaton.
Syed Mohd Zakir Syed Othman (2006). Kesusasteraan bercorak rakyat, kepunyaan rakyat dan untuk rakyat dalam Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang (Mohd Amran Daud & Muhammmad Ikhram Fadhly Hussin, Penyelenggara). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Za’ba (2016). Perangai bergantung pada diri sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainuri Misfar (2011, Mei 2). Sastera dan pengaruh seni kata lagu. Berita Harian.
Zurinah Hassan (2006, Mei). Jati diri bangsa dalam lirik. Dewan Budaya, 19-23.
Zurinah Hassan (2013). Puisi Melayu tradisional dalam lagu (Peranannya dalam pembentukan jati diri kebangsaan). Kertas Kerja dibentangkan pada Hari Puisi Nasional. Pulau Pinang, 11 Mei 2013.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Hairul Anuar Harun, Mohd Azam Sulong
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.