Mengangkat Kedaulatan Institusi Diraja melalui Pengucapan Istana: Kajian Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Pahang

Elevating the Sovereignty of Royal Institutions through Palace Speeches: A Study of the Pahang State Royal Enthronement Ceremony

Authors

  • Awang Azman Awang Pawi Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
  • Hayati Adnan Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.2.fa.2.2022

Keywords:

bahasa istana, institusi raja, istiadat pertabalan

Abstract

Bahasa istana merupakan satu laras bahasa eksklusif yang digunakan dalam kalangan keluarga atau kerabat diraja dan dalam pelaksanaan istiadat diraja. Kajian ini menganalisis penggunaan bahasa istana dalam istiadat pertabalan diraja negeri Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah pada 5 hingga 9 Mei 1975. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen dengan merujuk kepada dokumen tatacara istiadat yang terdapat di pejabat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang dan jabatan-jabatan berkaitan. Penelitian terhadap Istiadat Pertabalan Diraja Pahang menunjukkan bahawa bahasa istana masih digunakan dalam setiap tatacara istiadat di negeri ini. Selain menjadi medium memperkukuh hubungan kekerabatan di antara sesama keluarga diraja, bahasa istana turut memperkukuh hubungan diplomatik antara negara melalui warkah-warkah yang ditulis kepada negara-negara luar. Seterusnya, bahasa  istana yang mempunyai unsur  pengulangan, pemulukan, dan pendinaan ini turut mengangkat taraf seorang raja berbanding rakyat biasa. Hal ini kerana, seorang rakyat menggunakan bahasa sebagai manifestasi taat setia kepada rajanya.   Bahasa istana juga tertakluk kepada peraturan larangan (sumptuary law) yang sinonim dengan masyarakat Melayu sejak sekian lama. Walaupun peraturan larangan ini membentuk perbezaan taraf raja dengan rakyat dalam stratifikasi masyarakat Melayu, namun sistem sosial ini telah diterima dan diamalkan dalam masyarakat sejak sekian lama. Penilaian dari aspek akal budi orang Melayu juga menunjukkan bahawa bahasa istana berperanan sebagai bukti intelektual masyarakat Melayu dan lambang keperibadian dan adab di antara raja dan rakyat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A Samad Ahmad (Peny.) (2019). Sulalatus Salatin – Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Razak Karim. (2002). Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-warkah Melayu Lama: Satu Kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Adat Istiadat Diraja Negeri Terengganu Darul Iman. (2019). Pejabat KDYMM Sultan Terengganu Darul Iman

Ain Nadzimah Abdullah, Chan Swee Heng dan Muhammad Nor Firdaus Wahidon. (2017). Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu dlm Bahasa Melayu – Pusaka Warisan. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara

Annabell Teh Gallop.(1997). A 17th Century Malay Miscellany: Two New Discoveries in the British Library dlm Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

Asmah Haji Omar. (2016). Bahasa Diraja –Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar.(1992).The Linguistic Scenery in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Atur cara Tadbir Istiadat Pertabalan Sultan Pahang Kelima, di Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, 1975

Awang Azman Awang Pawi. (2013). Sumptuary Law dan Pembentukan Sejarah Melayu makalah dibentangkan dlm Seminar 400 Tahun Sulaltus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahazlan bin Osman (Orang Besar Berlapan). Temubual pada 14 Julai 2020, jam 3:00 petang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Kuantan, Pahang.

Buku Cenderamata Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Pahang Kelima Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan KYMM Tengku Ampuan Pahang pada 5-9 Mei 1975. Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang

Cabutan Minit Mesyuarat Jumaah Pangkuan Negeri Pahang ke-42 pada 19 April 1975, jam 9:00 pagi di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Dokumentari RTM sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Pahang pada tahun 1975 dari koleksi FINAS Kuala Lumpur

Ding Choo Ming. (1997). Skriptoria Melayu: Tinjauan Umum dlm Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

Halim Ibrahim dan Norhasni Zainal Abidin. (2018). Istana Pahang. Serdang: Universiti Putra Malaysia

Hashim Haji Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi dan Siti Sarah Ab Karim. (2012). Hati Budi Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang, dlm GEMA Online, Journal of Language Studies, Vol 12 (1)

Ismail Azman Omar. (2009). Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-raja Melayu dalam Sejarah Melayu. Shah Alam: Karisma Publication.

James T Collins. (1997). Ciri-ciri Bahasa Melayu abad ke-17 dlm Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia,

Jelani Harun. (2010). Perbandingan Adat-istiadat Kesultanan Melayu-Jepun Berdasarkan Naskah Klasik. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kad Jemputan ke Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975

Mokhtar Daud, Abu Bakar Taib dan Ali Muhammad. (1971). Peraturan Adat Istiadat Diraja Negeri Pahang, Pejabat KDYMM Sultan Pahang

Muhammad Yusoff bin Hashim. (2008). Daulat: Satu Persepsi Sejarah dan Budaya dlm Polemik Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Nik Safiah Karim dan Rozita Che Rodi. (2019). Bahasa Istana D’Raja Kelantan:Mercu Kegemilangan Budaya. Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Raja Hamzah Raja Yunus. (1997). Peranan Institusi Istana Riau dalam Tradisi Penulisan Manuskrip dlm Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

Sa’ad Shukry. (tanpa tahun). Kamus Adat Istiadat Melayu. Peterchong Publication

Siti Hawa Haji Salleh. (1997). Alatulis Melayu Tradisional dlm Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Tardjan Hadidjaja. (1964). Adat Raja-raja Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara Tatacara Istiadat Menjunjung Duli yang dikeluarkan oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang (merujuk Buku Atur cara Istiadat Persembahan Ikrar Taat Setia dan Menjunjung Duli Sempena Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang pada 10 Mei 2014).

Tengku Asmawi Tengku Hussin. Temubual pada jam 10:00 pagi, 4 Julai 2020 di Coffee House, Zenith Hotel, Kuantan, Pahang

Teo Kok Seong. (2013). Raja Menurut Perspektif Masyarakat Bukan Melayu di Malaysia dibentangkan dalam Kolokium Diraja Pahang: Daulat Tuanku, 20-21 April 2019. Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang

Wan Wahid bin Haji Wan Hassan. (2019). Adat Istiadat Diraja Pahang dlm Kolokium DiRaja Pahang: Daulat Tuanku, 20-21 April 2019. Pekan : Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Wan Wahid bin Wan Hassan. Temubual pada 4 Mac 2021 di Royal Pahang Golf Club, Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Warkah Pengurniaan Darjah Knight Grand Cross of the Most Distinguished Order of Saint Micheal and St George (G.C.M.G) dan Knight Commander of the Most Distinguished Order of St Micheal and St George (K.C.M.G) kepada KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdulah Al-Mu’tassim Billah oleh Kerajaan Inggeris

Yaakub Isa. (2003). Hukum Kanun Pahang. Kuantan: Perbadanan Muzium Negeri Pahang

Yaakub Isa. (2005). Kerajaan dan Kesultanan Melayu Pahang: Dalam Teks Hukum Kanun Pahang dlm Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Antarabangsa: Sejarah dan Warisan. Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Zainal Abidin Ahmad. (1965). Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

2022-12-25

How to Cite

Awang Pawi, A. A., & Adnan , H. (2022). Mengangkat Kedaulatan Institusi Diraja melalui Pengucapan Istana: Kajian Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Pahang: Elevating the Sovereignty of Royal Institutions through Palace Speeches: A Study of the Pahang State Royal Enthronement Ceremony. PENDETA, 13(2), 17–29. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.2.fa.2.2022

Issue

Section

Feature Article