Perbezaan Ciri Telik dalam Empat Kelas Kata Kerja Bahasa Melayu: Analisis dari Sudut Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.13.2023Keywords:
kata kerja, Tatabahasa Peranan dan Rujukan, telik, semantik, bahasa MelayuAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan melaporkan perbezaan ciri telik dalam empat kelas kata kerja yang wujud dalam bahasa Melayu. Secara amnya kata kerja dibahagikan kepada empat kelas, iaitu keadaan, aktiviti, pencapaian dan penyempurnaan. Telik ialah titik penamat semula jadi. Keadaan dan aktiviti menunjukkan ciri tidak telik, manakala pencapaian dan penyempurnaan menunjukkan ciri telik. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan dan Teori Manfred Krifka. Kajian ini memberikan pengelasan kata kerja bahasa Melayu berdasarkan perbezaan ciri telik tersebut. Kajian Maslida Yusof mengelaskan bahawa kata kerja dalam bahasa Melayu berdasarkan aspek situasi dan membahagikan kata kerja atau predikat bahasa Melayu kepada keadaan, pencapaian, penyempurnaan, aktiviti, aktif penyempurnaan, semelfaktif dan versi kausatif bagi setiap kelas kata kerja. Oleh itu, penelitian terhadap perbezaan aspek empat kelas kata kerja ini penting untuk melihat perbezaan ciri telik. Sehubungan dengan itu, kesemua kelas kata kerja ini diklasifikasikan dengan merujuk satu set ujian sintaksis dan semantik seperti yang dianjurkan dalam Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa klasifikasi predikat keadaan yang turut memperjelas ciri dan kandungan predikat keadaan dalam bahasa Melayu. Dengan demikian, predikat keadaan merupakan situasi yang mengandungi satu peristiwa atau situasi yang bersifat malar dan berterusan.
Downloads
References
A. Razak, R., & Rajak, N. (2013). Kata kerja bersiri dalam bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 13(2), 179–181. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8129/3660
Bickel, B. (1997). Aspectual scope and the difference between logical and semantic representation. Lingua, 102(2–3), 115–131. https://doi.org/10.1016/S0024-3841(97)00004-1
Bumpoh, J. A., Ayob, N., & Yusof, M. (2018). Analisis kata progresif “sedang” bagi predikat pencapaian dalam bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 17(2), 359–374.
Bustaman, M. M., & Yusof, M. (2011). Kata kerja semelfactives dalam bahasa Melayu: Satu analisis aktionsart. Jurnal Linguistik, 14(1), 1–17.
Dom, F. M., Sudirman, N., & Ibrahim, N. A. (2016). Peranan adjung dalam bahasa Melayu: Satu analisis Tatabahasa Peranan dan Rujukan. Jurnal Melayu, 15(1), 15.
Isam, H., Ahmad, F., & Abd. Mutalib, M. (2016). Wajaran penggunaan data korpus dalam penulisan Ilmiah: Dimensi baharu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 67–77.
Karim, N. S., & Chee, W. A. L. (2015). Keanekaan Binaan Ayat dalam Sejarah Melayu. PENDETA, 6, 1–40.
Karim, R. A. (2014). Huraian Kata Adverba Bahasa Melayu Berdasarkan Data Korpus Berkomputer. PENDETA, 5, 89–112.
Krifka, M., Hartmann, J. M., & Wollstein, A. (2023). Layers of assertive clauses: Propositions, judgements, commitments, acts. Propositionale argumente Im sprachvergleich: Theorie Und Empirie/Propositional Arguments in Cross-Linguistic Research: Theoretical and Empirical Issues (= Studien Zur Deutschen Sprache 84). Tübingen: Narr, 115–182.
Mohd Noah, S. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. UPM Press.
Pavey, E. L. (2010). The Structure of Language. Cambridge University Press.
Rothstein, S. (2008). Structuring Events: A study in The Semantics of Lexical Aspect. John Wiley & Sons.
Valin, R. D. Van. (2005). Exploring the Syntax-Semantics Interface. Cambridge University Press.
Valin, R. D. Van, & LaPolla, R. J. (1997). Syntax: Structure, Meaning, and Function. Cambridge University Press.
Vendler, Z. (1967). Linguistics in Philosophy. Cornell University Press.
Yusof, M. (2006). Struktur Leksikal Dalam Sintaksis/ Semantik: Kajian Terhadap Kata Kerja dan Preposisi Bahasa Melayu [Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia]. https://gemilang.ukm.my/iii/encore/record/C__Rb1404174__SStruktur%20Leksikal%20Dalam%20SintaksisLw%3D%3D%20Semantik%3A%20Kajian%20Terhadap%20Kata%20Kerja%20dan%20Preposisi%20Bahasa%20Melayu%20__Orightresult__U__X2?lang=eng&suite=def
Yusof, M. (2009). Analisis preposisi lokatif bahasa Melayu berdasarkan kerangka Role and Reference Grammar (RRG). GEMA Online Journal of Language Studies, 9(1).
Yusof, M. (2015). Perkaitan semantik dan sintaksis preposisi dengan kata kerja bahasa Melayu. https://books.google.com.my/books/about/Perkaitan_semantik_sintaksis_kata_kerja.html?id=DpuTAQAACAAJ&redir_esc=y
Yusof, M. (2021). Analisis binaan kompleks bahasa Melayu berdasarkan Role and Reference Grammar (RRG). Jurnal Melayu. Isu Khas Disember, Isu Khas, 527–542.
Yusof, M., A. Razak, R., & Ahmad, Z. (2008). Pengelasan kata kerja bahasa Melayu Pendekatan Semantik berdasarkan Role and Reference Grammar (RRG). Jurnal Bahasa, 8(2), 242–262. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8576/4082
Yusof, M., Jalaluddin, N. H., Ahmad, Z., & Harun, K. (2011). Analisis semantik preposisi daripada dan hubungannya dengan kata kerja. Jurnal Linguistik, 12(Edisi Khas), 1–13. https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/138/121
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Burhan Murshidi Baharon, Sharil Nizam Sha’ri, Maslida Yusof
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.