Tahap, Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Bakal Guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz, dan Padlet dalam Pengajaran Komsas
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.5.2024Keywords:
Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap, Komponen Sastera, aplikasi Kahoot, Quizizz dan Padlet, bakal guru Bhasa MelayuAbstract
Pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu pada era digital ini sememangnya memberi cabaran yang getir untuk semua guru. Pelbagai masalah dan rintangan akan dihadapi sama ada kepada guru atau murid. Guru perlu lebih kreatif untuk melaksanakan PdPc Bahasa Melayu terutamanya dalam aspek Komponen Sastera (KOMSAS). Murid-murid akan berasa cepat bosan sekiranya kaedah PdP yang lama digunakan dan memerlukan guru untuk menambah baik aktiviti pengajaran dengan mengintegrasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap dan hubungan pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz dan Padlet dalam pengajaran Komponen Sastera. Sampel kajian terdiri daripada 82 orang bakal guru Bahasa Melayu yang mengikuti Program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Borang soal selidik telah digunakan bagi mengumpul maklumat daripada responden. Min keseluruhan bagi tahap pengetahuan ialah 4.48 dan nilai sisihan piawai ialah 0.51. Skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap kemahiran pula ialah 4.38 dan 0.51. Manakala, skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap sikap ialah 4.49 dan 0.42. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa bakal guru Bahasa Melayu berminat dan cenderung menggunakan aplikasi Kahoot, Quizizz dan Padlet dalam pengajaran Komponen Sastera.
Downloads
References
Abdul Aziz Ishak, & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat. (2020). Pembelajaran atas talian: tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar Diploma logistik dan pengurusan rantaian bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (4), 68-82.
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Norzila Md. Yusof. (2016). Keberkesanan cerpen dalam mempertingkat prestasi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 45-58.
Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md. Sabil. (2017). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (1), 51-59.
Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaini. (2020). Kepentingan teori dan ilmu sosiologi dalam konteks pendidikan menurut perspektif Ibnu Khaldun. Jurnal Tuah, 1(1) 41-53.
Arniza Mokhtar & Zamri Mahamod (2018). Jenis-jenis penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan tajuk pengajaran (the types of absorption of value-added skills in the teaching of malay language teachers based on subject of teaching). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (2), 22-32.
Darsini Darsini, Fahrurrozi Fahrurrozi & Eko Agus Cahyono. (2019). Pengetahuan; artikel review. Jurnal Keperawatan, 12 (1), 96-106.
Elvia Baby Shahbana & Rachmat Satria. (2020). Implementasi teori belajar behavioristik dalam pembelajaran. Jurnal Serunai Administrasi Pendidikan, 9 (1), 24-33.
Intan Marfarrina Omar, Simah Mamat, Suriati Sulaiman & Nor Asiah Ismail. (2021). Tahap pengetahuan teknologi, kemahiran dan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan KOMSAS guru Bahasa Melayu di Kelantan. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8 (1), 47-60.
Jailani Mohd Yusoff & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2023). Amalan kepimpinan teknologi guru besar dan hubungannya dengan komitmen guru program transformasi sekolah 2025. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2) 3-8.
Ketut Swarjana. (2022). Konsep Pengetahuan, Sikap, Perilaku, Persepsi, Stres, Kecemasan, Nyeri, Dukungan Sosial, Kepatuhan, Motivasi, Kepuasan, Pandemi Covid-19, Akses Layanan Kesehatan–Lengkap Dengan Konsep Teori, Cara Mengukur Variabel, Dan Contoh Kuesioner. Yogyakarta:Penerbit Andi.
Majita Ahmad Sultan, Abdul Halim Masnan, Noor Aizal Akmal Rohaizad & Mad Ithnin Salleh. (2016). Tahap pemahaman kanak-kanak terhadap konsep bentuk dalam lukisan: understanding the concept of children’s drawing. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 5, 61-77.
Mechellino Enggol Anak Pius, Nurfaradilla Mohamad Nasri & Ahmad Zamri Mansor. (2021). Keberkesanan pembelajaran interaktif dalam meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar bagi mempelajari puisi tradisional Bahasa Iban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 416-427.
Mohd Maziz Al-Hadi Moharam, Saifulazry Mokhtar & Kasoma Thia. (2021). Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 di Sekolan Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. Proceedings ICTLD2021/e-ISBN, 978.
Muhammad Idris Hasanuddin. (2020). Pengetahuan Awal (prior knowledge): konsep dan implikasi dalam pembelajaran. Edisi, 2(2), 217-232.
Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mahamod, Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi. (2016). Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (1), 1-16.
Nur Shahirah Mat Isa & Zamri Mahamod. (2021). Tahap pengetahuan, sikap dan masalah guru Bahasa Melayu terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Asian People Journal (APJ), 4 (1), 93-107.
Nurul Azira Sapian, Zamri Mahamod, & Irma Mahad. (2021). Penglibatan murid-murid sekolah kebangsaan di kawasan bandar dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian daripada persepsi guru Bahasa Melayu. PENDETA, 12 (2), 80-97.
Nurul Salmi Mohd Dazali & Mohd Isha Awang. (2016). Tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar sarjana muda pendidikan IPTA di Utara semenanjung Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2), 44-56.
Retno Utari, Widyaiswara Madya, & Pusdiklat K. N. P. K. (2011). Taksonomi bloom. Jurnal: Pusdiklat KNPK, 766 (1), 1-7.
Simah Mamat. (2017). Hubungan pengetahuan pedagogi, kandungan KOMSAS, teknologi, kemahiran, dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pencapaian KOMSAS guru Bahasa Melayu di Kelantan, Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Siti Hajar Halili & Suguneswary Suguneswary. (2017). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan Model Tam dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Tamil. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4 (2), 31-41.
Siti Masrah Sulakah (2017). Aplikasi padlet dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) [Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia] Universiti Tun Hussein Onn http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/862
Srikandi Saemah Samaon & Fatimah Hj Subet. (2020). Perwatakan dalam novel KOMSAS “Di Sebalik Dinara”: Analisis teori relevan. Asian People Journal (APJ), 3(1), 84-100.
Suvarmani Subban Subban, Nor Asiah Mohamd@Razak, Habibah Ab. Jalil & Ismi Arif Ismail. (2022). Pelaksanaan e-pembelajaran dalam persekitaran sosial dan budaya di sekolah transformasi (TS25) di Malaysia. Innovative Teaching and Learning Journal, 6 (1), 32-51.
Widayat Prihartanta. (2015). Teori-teori motivasi. Jurnal Adabiya, 1 (83), 1-14.
Zainudin & Bakar (2021). Sikap guru prasekolah terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di prasekolah pedalaman daerah baram. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Science 4 (4), 115-123.
Zamri Mahamod & Jamilah Hassan (2018). Persepsi guru Bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan KOMSAS. PENDETA, 9, 41-50.
Zulkifley Hamid, Rahim Aman & Karim Harun. (2010). Sikap terhadap Bahasa Melayu: Satu kajian kes di pantai timur semenanjung. Jurnal Melayu, 5, 163-176.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Marzni Mohamed Mokhtar, Muhammad Aiman Syazwan Ahmadi, Muhammad Ameer Shauqi, Muhammad Ikhwan Danial Abdullah, Muhammad Ikhmal Mohd Isa
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.