Bahasa Seksis dalam Peribahasa Melayu dan Parambahan Brunei

Authors

  • Najib Noorashid Universiti Brunei Darussalam, Brunei
  • Nurul Asyiqin Azli Universiti Brunei Darussalam, Brunei

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.2.2024

Keywords:

bahasa gender, bahasa seksis, peribahasa Melayu, parambahan Brunei, seksisme linguistik

Abstract

Dalam bidang sosiolinguistik kontemporari, kajian terhadap penggunaan bahasa yang berkait rapat dengan unsur-unsur gender yang memfokuskan terhadap penelitian penggunaan leksikal, frasa dan wacana terus mendapat perhatian daripada pengkaji bahasa. Sebahagian besar penyelidikan bahasa dan gender lazimnya menggambarkan ketidakadilan dan konotasi negatif terhadap golongan wanita. Penyelidikan dalam memahami isu seksisme dalam bahasa dan kesannya dianggap signifikan bagi mencabar norma masyarakat, menggalakkan kesaksamaan jantina, dan mewujudkan ruang linguistik inklusif dalam sesebuah masyarakat. Dengan mengaplikasikan pendekatan bahasa seksis dalam memahami peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat Melayu, kajian ini menggunakan Peribahasa Melayu dan Parambahan Brunei sebagai modal konstituen kebudayaan yang lahir dalam masyarakat Melayu di Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Kajian ini melibatkan penganalisisan kuantiti bentuk tekstual dan kaedah kualitatif deskriptif bagi membincangkan justifikasi unsur-unsur seksisme dalam Peribahasa Melayu dan Parambahan Brunei. Analisis kajian mendapati kewujudan unsur-unsur seksisme dalam ungkapan Melayu dimanifestasi melalui tiga tema utama, iaitu peranan wanita sebagai ibu dan isteri, interaksi sosial wanita dengan golongan lelaki, dan pemerian sifat luaran dan tabiat wanita. Walaupun kajian-kajian terdahulu banyak menekankan unsur-unsur seksisme dalam pemerian dan peranan stereotaip wanita dalam Peribahasa Melayu, kajian ini mendapati penanda-penanda linguistik dan maksudnya juga boleh menzahirkan nilai seksisme melalui perbandingan interaksi wanita dengan lelaki. Kajian ini turut membincangkan beberapa implikasi penting sebagai cadangan penyelidikan lanjut dan terhadap pengajaran bahasa Melayu, sekaligus mencadangkan sebuah model analisis bahasa seksis yang boleh digunapakai dalam memahami penganalisisan bahasa dan peranan gender dalam karya-karya berunsur figuratif.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ainon Mohd., & Abdullah Hassan. (2006). Koleksi terindah peribahasa Melayu (Edisi kemas kini). PTS Publications.

Asnan, N.A., Yusof, B., & Azli, N.A. (2024). Analisis kata tayi dalam Parambahan Brunei. Journal Ilmiah Rinjani (JIR), 12(1), 25-32. https://doi.org/10.53952/jir.v12i1.570

Bahiyah Dato’ Hj Abdul Hamid, & Hafriza Burhanudeen. (1998) Men and women in Malay proverb. An analysis of Malay gender ideology. Dlm Sharifah Zaleha Syed Hassan & Rashila Ramkli (peny.), Kedudukan dan citra wanita dalam sumber-sumber tradisional Melayu (hlm. 148-158). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahiyah Dato’ Hj Abdul Hamid, Mohd Yasin, Kesumawati Abu Bakar, Yuen Chee Keong, & Azhar Jalaluddin. (2008). Linguistic sexism and gender role stereotyping in Malaysian English language textbooks. Gema Online Journal of Language Studies, 8(2), 45-78.

Bartlomiejczyk, M. (2023). Interpreting sexist discourse in the European parliament: A case study. Gema Online Journal of Language Studies, 23(3), 58-75.

Caldas-Coulthard, C.R. (peny.) (2020). Innovations and challenges: Women, language and sexism. Routledge.

Ding Choo Ming. (2009). Beberapa sifat, asal usul dan kepengarangan peribahasa Melayu. Sari – International Journal of the Malay World and Civilization, 27(2), 3-26.

Eckert, P., & McConnell-Ginet, S. (1992). Think practically and look locally: Language and gender as community-based practice. Annual Review of Anthropology, 21, 461-490.

Faris Ridzuan, & Faizal Musa. (2022). “Hit me baby one more time?” – Patriarchalism, Literalism and androcentrism on the rise in Malaysia. Perspective, 56, 1-9. https://www.iseas.edu.sg/wp-content/uploads/2022/05/ISEAS_Perspective_2022_56.pdf

Garnica, B. (2020). Linguistic sexism and society: A women’s representation through language. Language. Text. Society, 7(2). https://ltsj.online/2020-07-2-garnica

Graddol, D., & Swann, J. (1989). Gender voices. Blackwell.

Imran-Ho Abdullah. (2011). Analisis kognitif semantik peribahasa Melayu bersumberkan anjing (Canis Familiaris). Gema Online Journal of Language Studies, 11(1), 125-141.

Juney, A. (2024). Evolusi fonologi bahasa Melayu Brunei. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture, 2(1), 22–56. https://doi.org/10.36312/ijlic.v2i1.1799

Menegatti, M., & Rubini, M. (2017). Gender bias and sexism in language. Communication. https://doi.org/10.1093/acrefore/9780190228613.013.470

Mills, S. (2008). Language and sexism. Cambridge University Press.

Mills, S., & Mullany, L. (2011). Language, gender and feminism: Theory, methodology and practice. Routledge.

Muhammad Zuhair Zainal, Hasmidar Hassan, & Aznan Che Ahmad. (2024). Penerapan teras hati budi Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu melalui lakuan pertuturan guru. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 15(1), 1-15.

Musa, M.F., & Che Man, M.A.F. (2024). Penginterpretasian makna korupsi dari Simpulan Bahasa dan Pendidikan Hak Asasi Manusia generasi ketiga. PENDETA, 15(1), 12–26. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.1.fa.2.2024

Nazrul Muhamin Abdul Aziz, & Muhamad Fadzilah Hj Zaini. (2016). Meneroka dan menelusuri aplikasi media interaktif perambahan Brunei. Dlm Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM-5), edisi 1.

Nneka, U-O. (2012). Linguistic sexism: An overview of the English language in everyday discourse. AFRREV LALIGENS An International Journal of Language, Literature and Gender Studies, 1(1), 1-17.

Nopiah, J., & Anuar, F.J. (2023). Unsur eufemisme dalam Peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Bahasa, 23(1), 1-32. https://doi.org/10.37052/jb23(1)no1

Nor Hashimah Jalaluddin. (2000). Seksis atau sosialisasi: Satu interpretasi makna berdasarkan peribahasa Melayu. Rampak Serantau, 7, 142-161.

Ochieng, D. (2012). Sexism in language: Do fiction writers assign agentive and patient roles equally to male and female characters? The Journal of Language and Linguistic Studies, 8(2), 20-47. http://www.jlls.org/vol8no2/20-47.pdf

Parambahan Brunei. (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Perambahan Brunei. (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Roksana-Bibi Abdullah. (1998). Unsur-unsur seksis dalam bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 42(10). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Salmen, A., & Dhont, K. (2020). Hostile and benevolent sexism: The differential roles of human supremacy beliefs, women’s connection to nature, and the dehumanization of women. Group Processes & Intergroup Relations, 24(7). https://doi.org/10.1177/1368430220920713

Saripah Banseng, & Rosline Saidai. (2017). Unsur bahasa kiasan metafora dalam Sampi Iban. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 8, 116-121.

Siti Nurizzaty Salit, Norsimah Mat Awal, & Harishon Radzi. (2018). Unsur feminisme dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik kognitif. Wacana Sarjana, 2(1), 1-10.

Suhaidah Said, Siti Nurul Jannah Fital, & Nor Suhaila Che Pa. (2014). Analisis gender dalam bahasa Melayu dari sudut leksikal dan makna. Kertas dibentangkan di Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 2014), Hydro Hotel, Penang, 14-16 Febuari.

Sunderland, J. (2006). Language and gender: An advanced resource book. Routledge.

Tipler, C.N., & Ruscher, J.B. (2019). Dehumanizing representations of women: The shaping of hostile sexist attitudes through animalistic metaphors. Journal of Gender Studies, 28(1), 109–118. https://doi.org/10.1080/09589236.2017.1411790

Wan Norasikin Wan Ismail. (2012). Wanita dalam peribahasa. Pelita Bahasa, 27(11), 26-29.

Weatherall, A. (2015). Sexism in language and talk-ininteraction. Journal of Language and Social Psychology, 34(4), 1-17.

Williams, R. (2022). Reading gender in classics of children’s literature: the anthropomorphic representation of gender in Carlo Collodi’s Le Avventure di Pinocchio, Perspectives, 30(6), 1012-1026. https://doi.org/10.1080/0907676X.2022.2025871

Zabedah Mohammed, & Shaiful Bahri Md Radzi. (2019). Manifestasi keluhuran wanita dalam peribahasa cerminan peradaban Melayu. Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 435-445.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2009). Konsep maskulin dan feminin dalam peribahasa Melayu. Dewan Bahasa, 9(3), 28-30.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. Gema Online Journal of Language Studies, 11(3), 31-51.

Downloads

Published

2024-10-11

How to Cite

Noorashid, N., & Azli, N. A. (2024). Bahasa Seksis dalam Peribahasa Melayu dan Parambahan Brunei. PENDETA, 15(2), 18–36. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.2.2024