Manifestasi Imej Burung dalam Puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.4.2025Keywords:
puisi, imej, pengap, gawai pangkung tiangAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis imej burung dalam puisi pengap gawai pangkung tiang. Puisi pengap dicipta melalui pemikiran lemambang menggunakan simbol, penanda dan petanda untuk memberikan makna tertentu. Generasi muda kurang berminat mempelajari puisi ini kerana kurang kefahaman tentang imej yang memberi makna dalam teks pengap. Kegagalan menterjemahkan makna menyebabkan proses menyampaikan maklumat kepada generasi berikutnya terganggu. Budaya yang unik seperti puisi pengap perlu diperkayakan dari aspek struktur ayat untuk melahirkan sebuah puisi kreatif seiring dengan peredaran masa. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kualitatif dan menggabungkan kajian kepustakaan dengan kajian lapangan. Temu bual semi-berstruktur dimanfaatkan dalam kajian ini bagi merungkai imej burung dalam puisi pengap. Data diperoleh dari temu bual dianalisis menggunakan model Bogdan dan Biklen (2007) supaya imej burung dapat diterjemahkan. Sampel kajian diperoleh daripada tiga orang lemambang. Pemilihan sampel dijalankan berlandaskan kewibawaan dan kemahiran mereka sebagai pemuisi puisi pengap gawai pangkung tiang. Instrumen kajian ialah teks puisi pengap gawai pangkung tiang yang dilafazkan lemambang. Dapatan kajian mendapati tujuh imej burung digunakan dalam puisi pengap gawai pangkung tiang. Imej digunakan dalam puisi pengap kerana memberikan petanda yang baik berdasarkan kepercayaan orang Iban dan fungsinya kepada mereka. Implikasi kajian dapat dijadikan sumber rujukan untuk pengkaji sastera rakyat dan mewariskan puisi ini kepada generasi akan datang.
Downloads
References
Anthony Richards. (1981). An Iban-English Dictionary. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Benedict Sandin. (1962). Sengalang Burung. Kuching: Borneo Literature Burreau.
Benedict Sandin. (1976). Gawai Pangkong Tiang. Kuching: Borneo Literature Bureau.
Benedict Sandin. (1977). Sources Of Iban Traditional History. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Geertz, C. (1966). Religion As a Cultural System. Dalam Anthropological Approaches to The Study of Religion. In Banton, M. (Ed.) (pp. 1-46). London: Taristock.
J.D Freeman. (1957). The Family System of The Iban of Borneo. Cambridge Papers in Social Anthropology 1, (pp. 15-52). Cambride.
J.D Freeman. (1961). Iban Augury. Anthropologica II, (pp. 141-167). Brill.
Kvale, S. (2007). Doing Interview. London: Sage Publications.
Laura Seman. (2020). Imej Arketaip Dalam Puisi Sabak. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, Jilid 11, 88-97.
Mazarul Hasan. (2017). Tesis Fungsi Simbol Dalam Mantera Melayu Berdasarkan Model Peirce Hashim Awang. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Maxwell, J.A. (1996). Qualitative Research Design: An Interactive Approach. Thousand Oaks: Sage.
Noria Tugang. (2014). Pua Identiti dan Budaya Masyarakat Iban. Kuching: Universiti Malaysia Sarawak.
Noria Tugang. (2022). Warisan Budaya Miring dalam Masyarakat Iban di Sarawak. Kota Semarahan: UNIMAS Publisher.
Patricia Ganing. (2016). Tanda, Penanda, Petanda Dalam Entelah Iban. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Falkulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Universiti Malaysia Sabah.
Patricia Ganing, Asmiaty Amat & R. Masri Sareb Putra. (2024). Mimpi sebagai Medium Komunikasi Spiritual dalam Masyarakat Iban. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 15(2), 1-17.
Peirce, Charles Sanders. (1965). Collected Papers of Charles Sanders Peirce (Vol. I & Vol. II). London: Belknap Press of Harvard University Press: London.
Saripah Banseng & Rosline Sandai. (2017). Unsur Bahasa Kiasan Metafora dalam Sampi Iban. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, Jilid 8, 116-121.
Sather, C. (1972). Iban Agriculture Augury. Sarawak Museum Journal, 34, 1-3.
Steinmayer, O. (1990). The Borneo Literature Bureau: Publications in Iban and Other Borneo Language. Borneo Buletin Research, 22(2).
Vinson & Joanne Sutlive. (1994). Handy Reference Dictionary of Iban and English. Kuching: Tun Jugah Foundation.
Vinson dan Joanne Sutlive. (2001). The Encyclopaedia of Iban Studies. Kuching, Sarawak: Tun Jugah Foundation The Borneo Research Council.
Weinsheimer, J. (1991). Philosophical Hermeneutics and Literacy Theory. Yale: Yale University Press.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Bejamin Anak Liam

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


