Modul E-Smart Insya’: Satu Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab Pelajar Sekolah Menengah

Authors

  • Muhamad Iman Wedad Dawod Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Zarima Mohd Zakaria Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Hilmi Abdullah Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.37134/

Keywords:

Kemahiran Menulis, Modul e-Smart Insya’, Bahasa Arab, Pengajaran dan Pembelajaran, KBD

Abstract

Abstrak

Kurikulum pembelajaran bahasa Arab di Malaysia terdiri daripada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Fokus kedua-duanya ialah pada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang perlu dikuasai pelajar untuk mencapai objektif pengajaran mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Oleh itu, kajian ini dijalankan disebabkan oleh terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar di SMA Lughatil Arabiah Tangkak, Johor berkaitan dengan kemahiran menulis di dalam silibus KBD. Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data campuran iaitu kaedah kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temubual serta kaedah kuantitaif bagi menganalisis ujia pra dan pasca. Proses mengenal pasti masalah dijalankan melalui pemerhatian dan pentaksiran ketika mana kelas pengajaran kemahiran menulis, pentaksiran ketika aktiviti di dalam kelas serta semakan buku latihan murid. Selain itu, pengkaji menjalankan ujian pra bagi mengenalpasti perincian masalah pelajar. Daripada hasil ujian tersebut, didapati bahawa seramai 15 orang pelajar daripada 22 orang pelajar menghadapi masalah kemahiran menulis. Walaupun pelajar didedahkan kepada ayat yang kompleks dan panjang semenjak tingkatan 1 melalui silibus KBD, tetapi mereka belum mampu beradaptasi dengan  cara untuk menulis ayat dengan betul di samping kurangnya perbendaharaan kata dan kurangnya pengetahuan mengenai gaya bahasa bagi ayat bahasa Arab, iaitu ayat yang bermula dengan kata nama (جملة اسمية) serta ayat yang bermula dengan kata kerja (جملة فعلية) di samping kurangnya pengetahuan cara untuk mengembangkan isi dan tidak mahir menggunakan perkataan kata terbitan (مصدر). Maka pengkaji telah menghasilkan satu modul elektronik yang diberi nama e-Smart insya’ bagi membantu pelajar dalam menguasai kemahiran menulis karangan dengan menggunakan kaedah yang betul iaitu dari segi tatabahasa dan gaya bahasanya. Hasil daripada penggunaan e-modul ini selama sebulan yang dilihat pada ujian pasca dan pentaksiran latihan di dalam kelas dapati bahawa adanya peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis yang memberi purata markah ujian pasca sebanyak 14.4% berbanding ujian pra iaitu sebanyak 4.4%. Kesemua 15 orang murid yang terpilih menunjukkan peningkatan penguasaan yang memberangsangkan dan respon yang positif terhadap modul e-Smart Insya’ yang diberikan sama ada di dalam kelas atau latihan karangan yang dihasilkan.

 

Kata kunci: Kemahiran Menulis, Modul e-Smart Insya’, Bahasa Arab, Pengajaran dan Pembelajaran, KBD

 

Abstract

The Arabic language curriculum in Malaysia consists of the Standard Secondary School Curriculum (KSSM) and the Integrated Dini Curriculum (KBD). Both focus on listening, speaking, reading, and writing skills, which students must master to meet the teaching objectives according to the Standard Curriculum and Assessment Document. This study was conducted due to several issues faced by students at SMA Lughatil Arabiah Tangkak, Johor, related to writing skills in the KBD syllabus. The researcher used a mixed-methods approach for data collection, which included qualitative methods such as document analysis, observations, and interviews, as well as quantitative methods for the pre-test and post-test. The process of identifying problems was conducted through observations and assessments during writing skills teaching classes, assessments during classroom activities and the review of students' exercise books. Additionally, the researcher conducted a pre-test to identify detailed student problems. The results indicated that 15 out of 22 students had difficulties with writing skills. Despite exposure to complex and lengthy sentences since Form 1 through the KBD syllabus, students struggled with correct sentence construction, lacked vocabulary, and had insufficient knowledge of Arabic sentence structures, such as nominal sentences (جملة اسمية) and verbal sentences (جملة فعلية), as well as how to develop ideas and use derived nouns (مصدر). In response, the researcher developed an electronic module called e-Smart Insya’ to help students master writing skills using proper grammar and style. After using the e-module for a month, post-test results and classroom assessments showed an improvement in writing skills, with an average post-test score of 14.4% compared to 4.4% in the pre-test. All 15 selected students demonstrated significant improvement and positive responses to the e-Smart Insya’ module, both in class and in their written assignments.

 

Keywords: Writing Skills, e-Smart Insya' Module, Arabic Language, Teaching and Learning, KBD

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Arbaa, R., Jamil, H., & Ahmad, M. Z. (2017). Model bersepadu penerapan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 1-11.

Augustine, R. B., & Mohamed, S. (2023). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK) Guru Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(6), e002291-e002291.

Corey, S. M. (1953). Action Research to improve school practices.

Fatihah Osman, S. (2023). Faktor Bahan Bantu Mengajar yang Menyokong Pengamalan Pemikiran Kritis Guru Pendidikan Islam dalam Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21: Factors in Teaching Aids that Support Islamic Education Teachers' Critical Thinking Practice in Improving 21st Century Learning Skills. Sains Insani, 8(1), 51-57.

Hero, J. L. (2019). The Impact of Technology Integration in Teaching Performance. Online Submission, 48(1), 101-114.

Hussain, Y., & Muhamad Romli, T. R. (2024). Improving Arabic Vocabulary among Form 2 Students at Temerloh Distric, Pahang using the ’Snap Card’ Game. SIBAWAYH Arabic Language and Education, 5(2), 75-87.

Hussin, H. (2000). Daya berfikir dan struktur pemikiran refleksi kritis (critical reflection): Bagaimana amalannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi, 31, 31-41.

Kemmis dan Mc Taggart. 1998. Action Research Planner. Gealong Victoria: Deakin University Publisher.

Lomax, P. (Ed.). (1996). Quality management in education: Sustaining the vision through action research. Taylor & Francis.

Majid, M. A. M. A., & Ghani, M. T. A. (2024). Penerokaan Elemen Bahan Bantu Mengajar yang menyokong Peningkatan Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Daerah Setiu, Terengganu. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(1), 105-115.

McBride, R., & Schostak, J. (1994). Action research. master level award, 7.

Md Nong, H. H. (2024). في إتقان المفردات العربية لدى طلبة الصف الثاني في مدرسة الثانوية بمنطقة باتانج بادانج Ezy Flash-Mufrodat استخدام: The Use of Ezy Flash-Mufrodat in Mastering Arabic Vocabulary Among Second Grade Students at the Secondary School in Batang Padang District. SIBAWAYH Arabic Language and Education, 5(2), 132-147.

Mohamed Sin, N., & Ishak, H. (2017). Menyemai budaya berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tangkui, R., binti Kadir, N., binti Linus, N., & Matsud, A. A. (2024). Pengetahuan dan Kefahaman Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Tindakan. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 12(2), 42-53.

Yakob, M. H. (2023). Use of Lughatul Fasli among Arabic Language Training Teachers at Sultan Idris Education University . SIBAWAYH Arabic Language and Education, 4(2), 117-125.

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Dawod, M. I. W., Mohd Zakaria, Z., & Abdullah, M. H. (2025). Modul E-Smart Insya’: Satu Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab Pelajar Sekolah Menengah. SIBAWAYH Arabic Language and Education, 6(2), 126-136. https://doi.org/10.37134/