Amalan Pengajaran Guru Bahasa Arab Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Berasaskan Pembelajaran Konstruktivisme di SKMA Negeri Pulau Pinang

Authors

  • Luqman Haqim Awang Kecil Pengajian Islam dan Sains Sosial
  • Siti Nur Izyandiyana Ab Hadi

DOI:

https://doi.org/10.37134/

Keywords:

Amalan guru, kemahiran bertutur, bahasa arab, konstruktivisme, SMKA

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran bertutur berasaskan pendekatan konstruktivisme di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melibatkan 20 orang guru bahasa Arab daripada empat buah SMKA di Pulau Pinang. Instrumen kajian menggunakan soal selidik yang mengandungi 19 item berskala Likert yang merangkumi empat dimensi utama iaitu interaksi sosial, simulasi dan main peranan, penilaian rakan sebaya dan refleksi kendiri, serta tugasan autentik dan agensi pelajar. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 30 dengan melibatkan analisis peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru dalam pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab berasaskan konstruktivisme berada pada tahap sederhana hingga tinggi. Aktiviti interaksi sosial seperti soal jawab antara murid dan pembentangan lisan mencatat nilai min yang tinggi, manakala aktiviti kolaboratif seperti pembinaan dialog secara bersama, penilaian rakan sebaya dan penyelesaian masalah secara lisan menunjukkan tahap pelaksanaan sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme telah diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab, namun masih terdapat ruang penambahbaikan khususnya dalam aspek penglibatan aktif pelajar dan aktiviti kolaboratif. Kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada guru bahasa Arab dalam memperkukuh strategi pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar bagi meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdull Sukor Shaari & Azliza Din. (2013). Pelaksanaan Aktiviti Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah : Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM (Malay Language Education Journal- MyLEj), 3, 64-78.

Adenan Ayob & Nazri Abu Bakar. (2018). Interpretasi Hubungan Pembelajaran Terarah Kendiri dengan Kebolehcapaian Kognitif Berasaskan Fahaman Konstruktivis. International Journal of Education, Psychology, and Counseling, 3(10), 75-87.

Ahmad Shafiq Mat Razali, Muhammad Haron Husaini, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Diyak Ulrahman Mat Saad, Syafiqah Mohd Haron, Nur Hanani Hussin, & Mohd Khamal Md Daud. (2017). Skills and Preparation of Arabic Language Teacher Against UsageTeaching Aids. JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH, 4(2), 120-126.

Al-khresheh, Mohammad H., Ahmad Khaerurrozikin, & Abdul Hafidz Zaid. (2020). The Efficiency of Using Pictures in Teaching Speaking Skills of Non-native Arabic Beginner Students. Universal Journal of Educational Research, 8(3), 872-878.

Asma Abdul Rahman & Nursilah Ahmad. (2020). Pembinaan Model Kemahiran Bertutur Bahasa Arab" MGG@ TfModKTBa@ INNOV" Di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Jurnal Kesidang.

Asmah Haji Omar. (1989). Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana. Dlm. Asmah Haji Omar (Eds). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azlin Ariffin @ Riffin & Muhammad Suhami Taat. (2020). Penguasaan Bahasa Arab: Hubungannya Dengan Sikap Murid dan Pengajaran Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(3), 13-23.

Azman Che Mat, Ahmad Zulfadhli Nokman, Nor Shaifura Musilehat, & Ahmad Fakrulazizi Abu. (2022). Amalan Strategi Mendengar dan Bertutur Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar. Akademika, 92(3), 133-148.

Bailey, K. (2005). Speaking. New York: Mcgraw-Hill.

Canale, M. (1983). Communicative Competence to Communicative Language Pedagogy. In J. C. Richards & R. W. Schmidt (Eds.), Language and communication. Longman.

Chomsky, N. (1965). Aspects of the theory of syntax. The Hague: The M.I.T Press.

Egan, K. B. (1999). Speaking: A Critical Skill and a Challlenge. CALICO Journal, 16(3), 277-294.

Fahed Maromar, Mohamad Rofian Ismail, Ahmad Rezdaudin Ghazali, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Khairul Anuar Abu Othman, Mohd Aminudin Ab Rahman & Nur Fadilah Abdul Basit. (2018). Teknik Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab dalam Kalangan Bukan Penutur Jati di IPTS dan IPG. 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018), 1-18.

Gamal Abdul Nasir Zakaria, Salwa Mahalle, & Aliff Nawi. (2015). . Kajian Amalan Pengajaran Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah d Negara Brunei Darussalam. The Online Journal Of Islamic Education, 3(1), 32-40.

Hazrul Affendi Mohmad Razali. (2020). Elemen Pengajaran Berkesan Bahasa Arab. Journal of Asian Islamic Higher Institutions (JAIHI), 5, 1-11.

Husaini, M. H., Yusoh, A. M., Mat Ali, A., Mohd Pisol, M. I., Mat Razali, A. S., Mat Saad, D. U., Aziz, M. B., & Rani, J. (2018). Kurikulum Bersepadu Dini : Pelaksanaan dan cabaran. 4th International Conference on Islamiyyat Studies 2018, 913–921.

Ismail Muhamad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad & Azman Che Mat. (2013). Sikap dan Realiti Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-QAF. GEMA Online Journal of Language Studies, 13(2), 81-97.

KPM [Kementerian Pendidikan Malaysia]. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Arab Tingkatan 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

KPM [Kementerian Pendidikan Malaysia]. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Arab Tingkatan 3. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Khazriyati Salehuddin. (2018). Psikolinguistik: penerokaan minda berlandaskan bahasa. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ku Fatahiyah Ku Azizan, Awatif Abd Rahman & Hairun Najuwah Jamali. (2014). Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab di IPT Malaysia. GSE E-Journal of Education, 1(2), 20-32.

Manisah Mohd Nor. (2000). Penggunaan al-Ḍamāir dalam Karangan. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Masyitoh Yaacob & Kaseh Abu Bakar. (2018). Tinjauan Literatur Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab. International Journal of Civilization Studies and Human Sciences, 1(2), 15-25.

Masyitoh Yaacob, Firuz Akhtar Mohamad Bohari & Kaseh Abu Bakari. (2018). Kecekapan Bertutur Bahasa Arab dan Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar Beserta Elemen Coaching dan Mentoring. AJTLHE, 10(2), 28-44.

McCombs, B.L & Miller, L. (2007). Learner-centerd classroom practices and assessments: maximizing student motivation, learning, and Brain development and play. In J. Moyles, The Excellent of Play, 4th Edition, (pp. 25-34). New York: Open University Press.

Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Fahed Maromar, Mohamad Rofian Bin Ismail, & Ahmad Rezdaudin Bin Ghazali. (2020). Permasalahan Pembelajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar bukan Penutur Jati: Satu kajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). In Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN2020), 102-109.

Mualimin Mochammad Sahid & Amar Fettane. (2019). Kemahiran Bahasa Arab: Penanda Aras Agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. nternational Journal of Education, Psychology and Counselling, 4(29), 12-23.

Muhammad Affan Ahamad, Erda Wati Bakar & Jowati Juhary. (2022). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pendekatan Konstruktivisme dalam Pengajaran Seni Bahasa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7), 1-25.

Muhammad Suhaimi Taat, Mohd Yusof Abdullah, & Roslee Talip. (2014). Motivasi sebagai ‘Mediator’ antara Proses Pengajaran dan Bimbingan Guru dengan Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK) Pelajar: Satu Kajian Menggunakan ‘Model SEM/AMOS’’. Sains Humanika, 4, 127-132.

Mushir Ahmad & Muhammad Azhar Zailani. (2019). Pengajaran Berkesan Guru Bahasa Arab di Pahang. Journal of Sciences and Management Research, 5(Nov), 15-47.

Ng, R. (2024). From passive to proactive: Exploring the role of student agency in educational transformation. IOSR Journal of Research & Method in Education (IOSR-JRME), 14(1, Ser. 2), 40–44.

Noraini Idris & Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharuddin, Maimun Aqsha Lubis, Nur Syafiqah Kamar & Siti Nor Hafizah Zakaria. (2015). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Berdasarkan Metod Pengajaran Bahasa Arab bagi Penutur Asing. The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization POLMED - UKM - STAI (AL-HIKMAH).

Nurhidayati, Muhd Zulkifli Ismail, Machmudah, Umi & Ilyana Jalaluddin. (2021). Effectiveness of problem-based learning model to improve listening skills in foreign language courses. AKADEMIKA, 91(3 (SI)), 131-140.

Nurul Afiqah Mohd Rizan & Harun Baharudin. (2021). Tahap Pengetahuan Kosa Kata dan Pencapaian Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Pelajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Selangor. International Conference on Business Studies and Education (ICBE), 42-53.

Purwanto, M. B. (2025). Metacognitive awareness: Shaping students’ speaking performance in the hospitality setting. Sintaksis: Publikasi Para Ahli Bahasa Dan Sastra Inggris, 3(3), 1–14.

Rosni Samah. (2009). Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.

Rosni Samah. (2014). Suggested Strategies for Non Arabic Speakers in Learning Arabic Language. Pensee Journal, 76(1), 232-239.

Rosni Samah, Aishah Isahak, & Wan Azura Wan Ahmad. (2020). Amalan Guru Cemerlang dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa dan Sastera Arab Mengikut Strategi Ibnu Khaldun. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 35(1), 37-54.

Sufiahana Mahzan @ Mohd Zin, & Faridah Mydin Kutty. (2025). Pendekatan Aktiviti Main Peranan Meningkatkan Kemahiran Regulasi Emosi Kanak-Kanak Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10(2), e003289. https://doi.org/10.47405/mjssh.v10i2.3289

Ta'imah, R. A. (2006). al-Maharah al-Lughawiyah: Mustawiyatuha tasrisuha su'ubatuha. Kaherah: Dar al-Fikr al-'Arabi.

Utami, I. G. (2016). Teori Konstruktivisme Dan TeoriSosiokultural : Aplikasi dalam Pengajaran Bahasa Inggris. Prasi (Jurnal Bahasa, Seni, dan Pengajarannya), 11(1).

Wolfson, N. (1983). Rules of speaking in Language and Communication. Jack C. Richard & Richard W. Schmidt (Eds.). London: Logman Group Limited.

Zakaria, M. F., & Muhammad Nawawi, M. A. A. (2024). Roleplay sebagai aktiviti bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab: Roleplay as an activity in teaching and learning arabic language. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 8(2), 110–119. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i2.244

Zawawi Ismail, Abd Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi, & Mohd Ala-Uddin Othman. (2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies, 11(2).

Downloads

Published

2026-07-01

How to Cite

Awang Kecil, L. H., & Ab Hadi, S. N. I. (2026). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Arab Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Berasaskan Pembelajaran Konstruktivisme di SKMA Negeri Pulau Pinang. SIBAWAYH Arabic Language and Education, 7(1), 142-157. https://doi.org/10.37134/