Kesediaan Guru-guru Kemahiran Vokasional Spesifik di Program Pendidikan Khas Integrasi dalam Melaksanakan Pusat Bertauliah Cawangan Modular di Negeri Johor
DOI:
https://doi.org/10.37134/trij.vol1.1.1.2025Keywords:
Kesediaan guru, Pendidikan Khas, Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS), Pusat Bertauliah Cawangan (PBC), PPKI, SDG 4Abstract
Kajian ini meninjau tahap kesediaan guru Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Negeri Johor terhadap pelaksanaan Pusat Bertauliah Cawangan (PBC). Objektif kajian adalah untuk menilai kesediaan guru dalam aspek pengendalian murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), tahap pengetahuan dan kemahiran berkaitan KVS, serta pelaksanaan PBC di peringkat sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan, melibatkan seramai 55 orang guru KVS yang dipilih secara rawak sebagai responden. Instrumen soal selidik digunakan bagi pengumpulan data, manakala analisis data dijalankan menggunakan perisian SPSS versi 29.0 bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru berada pada tahap tinggi (min = 4.18), manakala tahap kemahiran berada pada tahap sederhana tinggi (min = 3.86). Dapatan ini memberikan cadangan konkrit kepada KPM untuk menyediakan latihan pedagogi praktikal dan bimbingan berstruktur agar pelaksanaan PBC dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta guru-guru KVS PPKI dalam merancang dan melaksanakan inisiatif latihan bertauliah bagi MBPK secara lebih sistematik dan inklusif
Downloads
References
Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2024). *Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research* (7th ed.). Pearson.
Kothari, C. R., & Garg, G. (2024). *Research methodology: Methods and techniques* (5th ed.). New Age International.
Djamba, Y. K., & Neuman, W. L. (2002). Social Research Methods: Qualitative And Quantitative Approaches. In Teaching Sociology (Vol. 30, Issue 3). https://doi.org/10.2307/3211488)
Bahagian Pendidikan Khas. (2015). Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi.
Bahagian Pendidikan Khas, K. (2016). Buku Data Pendidikan Khas 2018. 1–23.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia Garis Panduan Program Transisi Ke Kerjaya Murid Berkeperluan Khas (Mbk). 22.
KPM. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025. Education, 27(1), 1–268. http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0742051x10001435
KPM. (2016). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 9, Tahun 2016. In Kementerian Pelajaran Malaysia (Issue Pppp, Pp. 315–323).
Derapa, N. F., & Mohamed, S. (2016). *Pembelajaran melaksanakan pengajaran* (pp. 33–40).
Mohd Tajuddin, N., Shaffeei, K., & Manusia, F. P. (2023). Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya. 16(1), 2821–3173. https://doi.org/10.37134/bitara.vol16.sp.1.2023
Nur Hazwanie Azahari, Isa Hamzah, M. H. M. Y. (2020). Tahap Latihan Dan Kemahiran Guru Pendidikan Khas Menghadapi Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Vokasioanal Spesifik (Kvs) Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Kssmpk). Tahap Latihan Dan Kemahiran Guru Pendidikan Khas Menghadapi Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Vokasioanal Spesifik (Kvs) Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Kssmpk) Level, Xxxvii(Jurnal Penyelidikan).
Palaniandy, N., & Mohd Hanafi, M. Y. (2021). Tahap Kesediaan Guru Arus Perdana Terhadap Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif: Tinjauan Di Sekolah Menengah Daerah Gombak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 633–644. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, K. P. M. (2012). Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 2012. 4(56).
Derapa, N. F., & Mohamed, S. (2016). Pembelajaran Melaksanakan Pengajaran. 33–40.
Derapa, N. F., & Mohamed, S. (2018). Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman. Jurnal Ortopedagogia, 4(1), 66–71. https://doi.org/10.17977/um031v4i12018p066
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Sharifah Nurulaisyah Binti Syed Tahir, Johthi A/P Subramaniam, Noraini Binti Abdullah (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


