Peranan Ibu Bapa Memantapkan Anak dalam Memahami Akidah Islam: Tinjauan di Daerah Pasir Mas, Kelantan

Authors

  • Muhammad Akiff bin Mohamad Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak,Malaysia
  • Muhammad Hasbi bin Abdul Rahman Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak,Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.2.6.2025

Keywords:

Aqidah, Peranan Ibu Bapa, Anak, Cabaran Kontemporari, Daerah Pasir Mas Kelantan

Abstract

Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam mendidik anak untuk memahami dan menghayati akidah Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penyertaan ibu bapa dalam program pengajian berkaitan akidah di masjid atau pusat pengajian dan di atas talian, mengenal pasti pendekatan ibu bapa dalam memantapkan kefahaman akidah, dan menganalisis kefahaman ibu bapa terhadap cabaran dunia dalam mendidik anak. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan kaedah kuantitatif. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak mudah dalam kalangan ibu bapa di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Data yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan purata min tinggi bangi konstruk penyertaan responden dalam program-program pengajian berkaitan akidah di masjid atau pusat pengajian (min= 3.68), dan penyertaan dalam program pengajian berkaitan akidah di atas talian (online) (min=3.88). Dapatan juga menunjukkan purata min sangat tinggi bagi konstruk pendekatan responden dalam memantapkan anak memahami akidah Islam (min= 4.39), dan kefahaman responden mendidik anak dalam menghadapi cabaran dunia semasa (min= 4.05). Implikasi kajian menunjukkan penyertaan program pengajian berkaitan akidah Islam telah memberikan kesan positif dengan mendorong pendekatan yang efektif dalam mendidik anak memahami akidah Islam dan memahami cabaran dunia semasa. Keperluan golongan ibu dan bapa mendapat pendedahan dalam penggunaan teknologi komunikasi terkini seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan sebagainya. 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Hadi Borham & Zulkiple Abdul Ghani. 2015. Pola Pendedahan Internet dan Impaknya terhadap Kefahaman Islam dalam kalangan Ahli Akademik di UKM dan USIM. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication. 31(2), 405-421.

Abdul Mukti Baharudin. 2017. Surah-Surah Makyyah Asas Keutuhan Akidah Ummah. Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (IRSYAD 2017). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Ahmad Nadzim, N., Noraziah, N., & Sahad, M. N. 2016. Pendidikan Akidah terhadap Anak-Anak: Cabaran Ibu Bapa dalam Perkembangan Sains dan Teknologi Masa Kini. Kertas kerja Seminar Islam dan Sains Kebangsaan, Universiti Utara Malaysia.

Al-Jaza’ri, Abu Bakr Jabir. t.th. Al-Aqidah al-Mu’min. Kaherah: Dar al-Fikr.

Hamjah, S. H., Zur Raffar, I. N. A., Rahman, Z. A., & Rasit, R. M. 2020.. Applying Spiritual Aspect of Parenting Skills to Adolescents in the Family. Afkar: Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam, 22(2), 314–346.

Masithoh, A. D. 2019. Teaching Islamic Education in Early Childhood by Instilling Values: Islamic Aqidah. Golden Age: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(2), 22–30.

Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid, & Kartini Abd Wahab. 2016. Melahirkan Warga yang Berketerampilan Bahasa: Kajian Hubungan antara Pengetahuan dengan Amalan Komunikatif dalam kalangan Guru Bahasa Melayu. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 32–45.

Mohamad Maliki Ali, Maimun Aqsha Lubis & Mohd Aderi Che Noh. 2018. Keberkesanan Pengajaran Kurikulum Akidah dalam Pendidikan Islam Berasaskan Kemahiran Berfikir Analitikal di Sekolah Menengah. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 2(1) 15-34.

Shamilatul Sufia Abdullah & A’dawiyah Ismail. 2022. Kebimbangan dan Peranan Ibu dalam Menjaga Akidah dan Akhlak Anak‑Anak dalam Era Digital. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 195–207.

Siti Jamiaah Abdul Jalil, Nurfarahain Abu Bakar & Juwairiah Hassan. 2020. Pengawalan Ibu Bapa Berkerjaya Terhadap Penggunaan Gajet Dalam Kalangan Kanak-Kanak: Satu Kajian Kes. e-Prosiding Bicara Dakwah Kali Ke 21. Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Syah Rizal & Hamdi Ishak. 2016. Peranan Ibu Bapa terhadap Remaja dalam Keibubapaan Islam. Fikiran Masyarakat, 4 (2) 100-104.

Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah. 2001. Islam: Akidah dan Kerohanian. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Downloads

Published

2025-11-10

How to Cite

Mohamad, M. A., & Abdul Rahman, M. H. (2025). Peranan Ibu Bapa Memantapkan Anak dalam Memahami Akidah Islam: Tinjauan di Daerah Pasir Mas, Kelantan. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture, 3(2), 65-72. https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.2.6.2025