Analisis Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak dari Perspektif Syariah
DOI:
https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol3.2.11.2025Keywords:
Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan, Perak, SyariahAbstract
Masyarakat Melayu tradisional banyak mengamalkan adat yang bercampur dengan ajaran Islam, diwarisi secara lisan atau tulisan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Fenomena ini dapat dilihat dalam Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak yang berfungsi sebagai asas dan peraturan masyarakat negeri Perak pada zaman dahulu. Walaupun undang-undang ini mencerminkan penerimaan nilai-nilai Islam, beberapa peruntukan didapati berbeza dengan prinsip undang-undang Islam sebenar yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Ini menunjukkan bahawa proses Islamisasi undang-undang di Perak berlaku secara beransur-ansur dan bersifat adaptif. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejarah perkembangan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak sebagai tapak awal pembentukan undang-undang Islam di negeri tersebut serta menilai sejauh mana peruntukan undang-undang ini berbeza daripada hukum Islam sebenar. Penyelidikan ini memfokuskan kepada perkembangan undang-undang di Perak pada abad ke-17, berdasarkan analisis fasal dalam buku Umpama Sebuah Bahtera: Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak terbitan Arkib Negara Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan metode analisis kandungan untuk mengumpul dan menilai data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemerintahan Islam di Perak pada abad ke-17 dan seterusnya banyak dipengaruhi oleh keturunan Sayyid dari Hadramaut, Yaman yang memainkan peranan penting dalam penyebaran prinsip Islam dalam pentadbiran dan perundangan. Selain itu, Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak dilihat lebih menekankan hukum adat Melayu lama yang dicampuradukkan dengan elemen Islam dalam beberapa fasal tertentu yang membentuk satu sistem hukum transisional yang mengintegrasikan tradisi tempatan dengan nilai-nilai agama. Penyelidikan ini seterusnya menekankan kepentingan kajian sejarah undang-undang Melayu-Islam dalam memahami proses Islamisasi perundangan serta menyediakan asas bagi kajian lanjutan tentang interaksi antara adat dan syariah di alam Melayu.
Downloads
References
A. Halim Nasir. (1977). Sejarah Perak. Jabatan Muzium: Kuala Lumpur. Cet. 1. h. 150
Abdul Kadir Haji Muhammad. (1996). Sejarah Penulisan Hukum Islam di Malaysia. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 19
Ahmad Jelani Halimi & Ishak Saat. (2010). Warisan Melayu Perak. Johor Darul Takzim: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. h. 14-15.
Ahmad Jelani Halimi & Ishak Saat. (2010). Warisan Melayu Perak. Pengaruh Islam dalam Undang-Undang Melayu: Kes Undang-Undang 99 Perak. Johor Darul Takzim: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. h. 13.
Andaya, B. W., & Andaya, L. Y. (2017). A History of Malaysia (3rd ed.). Palgrave Macmillan.
Arkib Negara. (2011). Umpama Sebuah Bahtera Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Kuala Lumpur: Arkib Negara. h. 91.
Cempaka Sari. (1986). Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Perak: Yayasan Perak.
Fawzi M. A. Basri. (1986). Chempaka Sari Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Ipoh: Yayasan Perak.
Hooker, M. B. (1986). Islamic law in Southeast Asia. Oxford: Oxford University Press.
Jelani Harun (t.t). Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak: Menara Kebesaran Adab Hubungan Raja Dengan Menteri. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. h. 169
Mohamed Sharif, S. (2023). Islamisasi undang-undang Melayu tradisional: Kajian terhadap manuskrip hukum negeri-negeri Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Sharif, S. N. H. (2023). Pengaruh Islam dalam ekonomi Melayu tradisional Perak sebelum penjajahan British (Kurun ke 16 – 19 Masihi). MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 34(1), 42–62. https://doi.org/10.51200/manu. v34i1.4473
Muhammad Asri. (t.t). Sistem Pentadbiran Undang-Undang Islam di Negeri Perak Dahulu dan Sekarang. Perak: Jabatan Kehakiman Syariah Perak. h. 1-2.
Perak State Government. (n.d.). Sejarah ringkas Negeri Perak. https://www.perak.gov.my/ index.php/en/kerajaan-negeri/info-umum/sejarah ringkas?utm_source
Rigby, J. (1990). Historical perspectives on the Perak Code. Journal of Southeast Asian Studies, 21(2), 179–196.
Rigby, J. (n.d.). Notes on Malay legal manuscripts. (Petikan melalui Hooker, 1986)
Roff, W. R. (2010). Studies on Islam and society in Southeast Asia. NUS Press.
Sulkafle, M. H. (2020). The Sayyids of Perak: A preliminary study on their origins and influences in the Perak society. SEJARAH: Journal of the Department of History, 29(2), 37–56. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol29no2.3
Sulkafle, S. (2020). Hukum Islam dalam sistem tradisional Melayu: Analisis terhadap Undang-undang Negeri Perak. Journal of Malay Legal Studies, 12(2), 45–60.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Muhammad Nazirul bin Mohd Sabri

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


