Reka Bentuk Modul Silabifikasi Bacaan Bahasa Melayu Asas bagi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Murid-Murid
Design of A Basic Malay Language Reading Syllabification Module to Improve Students' Reading Skills
DOI:
https://doi.org/10.37134/jpakk.vol15.1.3.2026Keywords:
Modul Bacaan, Modul Silabifikasi, Teknik Pengejaan, Kemahiran Membaca, Fonologi Bahasa MelayuAbstract
Kajian ini tentang reka bentuk modul silabifikasi (suku kata) bahasa Melayu asas sebagai bahan pengajaran untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan proses pengumpulan data dan analisis data. Proses pengumpulan data ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Manakala, analisis data pula melibatkan reka bentuk modul silabifikasi bacaan bahasa Melayu dan teknik pengejaan yang mengaplikasikan teori pengsukukataan bahasa Melayu. Teori pengsukukataan bahasa Melayu ini dipetik dan diubah suai daripada teori pengsukukataan. Penggunaan teori pengsukukataan bahasa Melayu bagi memastikan reka bentuk modul bacaan ini mematuhi rumus bahasa Melayu yang mempunyai empat bentuk asas suku kata yang utama, iaitu V (suku kata terbuka), KV (suku kata terbuka), VK (suku kata tertutup) dan KVK (suku kata tertutup). Hasil kajian ini terhasilnya modul silabifikasi bacaan bahasa Melayu yang mengandungi 36 pelajaran. Bukan itu sahaja, kajian ini juga turut menghasilkan teknik pengejaan bagi modul silabifikasi tersebut, iaitu teknik pengejaaan 3 Depan 1 Belakang (3D1B). Teknik pengejaan ini dijangka memudahkan pengguna modul silabifikasi ini untuk mengaplikasikan modul tersebut dengan sebaiknya semasa mengajar murid-murid membaca bahasa Melayu. Oleh itu, kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh semua pihak serta sekaligus meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah.
This study is about the design of a basic Malay syllabification module as a teaching material to overcome reading problems among students in schools. This study uses a qualitative method that involves the process of data collection and data analysis. This data collection process is carried out using the literature method. Meanwhile, data analysis involves the design of a Malay reading syllabification module and spelling techniques that apply the theory of Malay syllabification. This theory of Malay syllabification is quoted and modified from the theory of syllabification. The use of the theory of Malay syllabification to ensure that the design of this reading module complies with the formula of the Malay language which has four main basic syllable forms, namely V (open syllable), CV (open syllable), VC (closed syllable) and CVC (closed syllable). The result of this study is the production of a Malay reading syllabification module containing 36 lessons. Not only that, this study also produces a spelling technique for the syllabification module, namely the 3 Front 1 Back (3D1B) spelling technique. This spelling technique is expected to make it easier for users of this syllabification module to apply the module effectively when teaching students to read Malay. Therefore, it is hoped that this study can be used and benefited by all parties and at the same time increase the level of mastery of reading skills among students in schools.
KEYWORDS: Reading Module, Syllabification Module, Spelling Techniques, Reading Skills, Phonology of the Malay Language
Downloads
References
A. Jailani Bin Che Abas. (2012). Analisis Kecelaruan Membaca Bahasa Melayu Pelajar Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Disertasi Sarjana Linguistik. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.
Baron-Cohen, S. (2008). Autism, Hypersystemizing and Truth. The Quarterly Journal of Experimental Psychology. Vol. 61. Issue 1: 64-75.
Bung Qian Min, et al. (2022). Kesedaran Dan Keperluan Guru Mengenai Modul Teknik Bacaan Dialogik Di Prasekolah SJKC. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue). Vol 11 (1): 22-34.
Chew Fong Peng. (2015). Pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 1-11.
Chew Fong Peng & Mohd Fikri Ismail. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue). Vol 9 (1): 14-25.
Goldsmith, John. (1976). Autosegmental Phonology. Dissertation of Doctor of Philosophy. Massachusetts Institute of Technology: United States.
Goldsmith, John. (2011). The Syllable. In Goldsmith, John et al. (2011). The Handbook of Phonological Theory. Wiley-Blackwell.
Mohamad Rozi Kasim (2023). Teknik Pengejaan Suku Kata Tertutup Bahasa Melayu KVK Secara Regresif (Dari Belakang Ke Depan): Satu Analisis Teori Pengsukukataan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan. Vol 12 (2): 1-12.
Nabilah Asha, et al. (2020). Penggunaan Big Book Dalam Kalangan Guru Tadika Untuk Perkembangan Literasi Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue). Vol 9: 106-112.
Na’imah Yusoff. (2005). Perbandingan Dua Kaedah Mengajar Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Kanak-kanak Prasekolah. Tesis Doktor Falsafah (Belum Diterbitkan). Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.
Nur Syakirah Binti Azizan & Muhammad Saiful Haq Bin Hussin. (2017). Penguasaan Asas Membaca Melayu Melalui Program LINUS Di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu. Jilid 28: 135-163.
Wan Nurzuliana Wan Ahmad. (2019). Amalan Guru Dalam Melaksanakan Kemahiran Literasi Bahasa Melayu Bagi Program LINUS Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 1 (Mei 2019): 1-11.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Mohamad Rozi Kasim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


