KETERLIBATAN KANAK-KANAK DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

CHILDREN INVOLVEMENT OF ROAD ACCIDENTS IN MALAYSIA

Authors

  • Siti Nurashiken Muhammad Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mazdi Marzuki Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

kemalangan, kemalangan jalan raya, kanak-kanak, accident, road accidents, children

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kemalangan jalan raya yang melibatkan golongan kanak-kanak di Malaysia. Data sekunder dijadikan sebagai sumber utama kajian bagi mendapatkan data atau statistik kemalangan yang melibatkan golongan kanak-kanak di Malaysia. Data diperoleh daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Hasil kajian menunjukkan bahawa kemalangan yang melibatkan kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur kosong hingga 19 tahun adalah sebanyak 40.8 peratus pada tahun 2010. Analisis kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 orang penduduk pada tahun 2009 pula menunjukkan kumpulan umur 10 tahun hingga 14 tahun sebanyak 5.8 peratus dan bagi kumpulan umur kosong hingga empat tahun adalah sebanyak 4.2 peratus. Kecederaan kanak-kanak mengikut jenis kecelakaan pula menunjukkan sebanyak 55peratus bepunca daripada kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya mengikut jantina pula menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih berisiko berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Manakala, kawasan kemalangan jalan raya melibatkan golongan kanak-kanak adalah tinggi di kawasan kediaman dan kawasan sekolah. Hasil kajian seterusnya dapat membantu pihak yang terlibat dalam merancang polisi yang berkesan bagi mengurangkan kemalangan yang melibatkan kanak-kanak di Malaysia.

This study was conducted to identify the road accident involving the children in Malaysia. Secondary data used as the main source for the study of statistics of accidents involving the children in Malaysia. Data obtained from the Institute of Road Safety Research (Miros), Ministry of Health Malaysia (MOH) and the Malaysian Road Transport Department (JPJ). The results showed that accidents involving children who are in the age range of zero to 19 years old was 40.8 percent in 2010. Analysis of road accidents per 100,000 population in 2009 showed that the age group 10 years to 14 years and 5.8 percent for the age group of zero to four years is 4.2 percent. Child injuries by type of accident showed 55peratus bepunca of road accidents. Road accidents by gender showed that boys are more at risk than girls. Meanwhile, the road accidents involved young children is high in a residential and school area. This study will help the parties involved in the planning of an effective policy to reduce accidents involving children in Malaysia.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-12-14

How to Cite

Muhammad, S. N., & Marzuki, M. (2012). KETERLIBATAN KANAK-KANAK DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA: CHILDREN INVOLVEMENT OF ROAD ACCIDENTS IN MALAYSIA. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 1, 53–64. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/753