SUATU ANALISIS PENDEKATAN ABDULLAH NASIH ULWAN DALAM MENANGANI PENYELEWENGAN TERHADAP PENDIDIKAN ANAK-ANAK
AN ANALYSIS APPROACH OF ABDULLAH NASIH ULWAN IN DEALING WITH MALTREATMENT IN CHILDREN’S EDUCATION
Keywords:
pengabaian, pendekatan, pendidikan anak-anak, neglect, approaches, education of childrenAbstract
Kajian ini menghuraikan pendekatan Abdullah Nasih Ulwan dalam karya beliau "pendidikan anak-anak dalam Islam" dalam menangani penyelewengan anak-anak. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji apakah kaedah atau pendekatan yang terbaik bagi menangani penyelewengan anak-anak memandangkan kes jenayah dan masalah sosial hari ini banyak melibatkan anak-anak yang masih muda terutama dalam kalangan remaja Islam. Kajian akan menyentuh karya Abdullah Nasih Ulwan, mengenai pendidikan anak-anak dalam Islam, punca penyelewengan dan kaedah mengatasinya. Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah perpustakaan dalam mencari maklumat atau bahan kajian. Kesimpulannya, punca penyelewengan dan pendekatan menanganinya sebagaimana diutarakan Abdullah Nasih Ulwan patut diberikan perhatian serius oleh semua pihak kerana ia sesuatu yang bukan sahaja bertolak dari ajaran al-Quran malah diperkukuhkan dengan realiti semasa.
This study describes the approach of Abdullah Nasih Ulwān in his work "the education of children in Islam" in addressing delinquencies among children. The approaches assessed the method in addressing the children as delinquency and current social problems which involve young children, especially young Muslims. The study analyses the work of Abdullah Nasih Ulwan on the education of children in Islam, causes of children’s delinquencies and methods to overcome them. Researchers used a qualitative approach, which is library research. In conclusion, the causes of delinquencies and handling approaches as stated by Abdullah Nasih Ulwan should be given serious attention by all parties because it was derived from the teaching in the Quran and strengthened with the current reality.