KEBERKESANAN BIMBINGAN KOGNITIF DALAM MENGHASILKAN PROJEK PENYELIDIKAN PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK –KANAK

THE EFFECTIVES OF COGNITIVE COACHING IN PRODUCING RESEARCH PROJECTS FOR DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION STUDENTS

Authors

  • Eftah Bte. Moh @ Hj. Abdullah Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Abd. Aziz Bin Abd. Shukor Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

bimbingan kognitif, pengamal reflektif, pembelajar terarah kendiri, cognitive coaching, reflective practitioners, self-directed learners

Abstract

Kajian tindakan Keberkesanan Bimbingan Kognitif Dalam Menghasilkan Laporan Projek Penyelidikan ini mengambil masa 9 minggu melibatkan empat orang guru pelatih di Taska Oo La La Intan Ipoh. Tujuan kajian adalah membantu meningkatkan kebolehan guru pelatih dalam mengenal pasti masalah kajian, pembolehubah-pembolehubah dan prosedur pengumpulan data dalam menghasilkan projek penyelidikan. Bimbingan Kognitif merupakan model bagi membimbing guru pelatih untuk menjadi pengamal reflektif dan pembelajar terarah kendiri. Bimbingan Kognitif terdiri daripada dua peringkat utama iaitu perbualan tidak formal dan implementasi penyelesaian masalah berpandukan tinjauan literatur, Penyataan masalah dan objektif penyelidikan untuk meramalkan tingkah laku kanak-kanak, mereka bentuk instrumen pemerhatian dan pengumpulan data. Dapatan menunjukkan guru pelatih berjaya menyelesaikan projek penyelidikan mengikut masa dan kualiti yang diharapkan. Bimbingan memberikan guru pelatih sumber maklumat yang konkrit untuk perbincangan dan mengorganisasi semula draf laporan projek penyelidikan. Implikasi penting dari kajian ini adalah Bimbingan Kognitif boleh menjadi alternatif bagi pembimbing membantu guru pelatih memahami proses menghasilkan projek penyelidikan dengan secara berdikari.

This action research is to study the Effectiveness of Cognitive Coaching in Producing Research Project within 9 weeks which involved four trainee teachers at Taska Oo La La Intan Ipoh. The aim of the study is to help trainee teachers to improve the ability in identifying research problem, variables and procedures of data collection in producing research project. Cognitive Coaching is a model that guides the trainee teachers to become reflective practitioners and self-directed learners. Cognitive Couching consists of two main stages, namely informal conversations and implementation of problem solving based on literature review, problem statement and objectives of the research to predict children’s behavior, design the instruments, observations and data collection. The results indicate that trainee teachers managed to complete the research project on time with expected quality. An important implication of this study is that the Cognitive Coaching could be an alternative method to help trainee teachers to understand the process of producing research projects independently.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-19

How to Cite

Bte. Moh @ Hj. Abdullah, E., & Bin Abd. Shukor, A. A. (2014). KEBERKESANAN BIMBINGAN KOGNITIF DALAM MENGHASILKAN PROJEK PENYELIDIKAN PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK –KANAK: THE EFFECTIVES OF COGNITIVE COACHING IN PRODUCING RESEARCH PROJECTS FOR DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION STUDENTS. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 62–78. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/789