PELAKSANAAN PENGAJARAN PENULISAN DALAM KALANGAN GURU-GURU PRASEKOLAH

THE IMPLEMENTATION OF TEACHING WRITING AMONG PRESCHOOL TEACHERS

Authors

  • Siti Iwana Sharizah Abu Samah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rohaty Mohd Majzub Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zamri Mahamod Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

masalah pengajaran penulisan, strategi pengajaran, teaching problems, teaching strategies

Abstract

Kualiti guru merupakan salah satu daripada empat sub-NKRA, iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Peningkatan tahap kemahiran guru dalam pengajaran diharapkan dapat melahirkan hasil pembelajaran yang berkesan, terutamanya dalam penulisan. Kajian awal ini diadakan untuk meneroka strategi pengajaran penulisan dalam kalangan guru prasekolah dan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Responden kajian terdiri daripada 65 orang guru prasekolah dari Negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data melalui temu bual, pemerhatian dan tinjauan. Seramai sebelas orang guru terlibat dalam pemerhatian dan temu bual. Analisis kekerapan dan peratusan digunakan bagi mengenal pasti permasalahan dan strategi yang digunakan oleh guru-guru prasekolah. Manakala analisis tematik pula bagi dapatan melalui pemerhatian dan temu bual. Instrumen yang digunakan ialah borang pemerhatian dan senarai semak. Dapatan data kualitatif telah menjalani proses triangulasi bersama-sama dapatan data dari kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan dua tema utama iaitu strategi pengajaran dan masalah pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah kerap menggunakan aktiviti menyalin, latih tubi dan soal jawab sebagai aktiviti utama dalam strategi pengajaran penulisan. Hal ini membuktikan guru-guru prasekolah tidak mempunyai pendekatan khas dalam pengajaran penulisan. Mereka terlalu terikat dengan keperluan belajar membaca. Situasi ini boleh mewujudkan ketidakseimbangan dalam literasi bahasa di peringkat prasekolah. Oleh itu, penyelidik menyarankan pendekatan penulisan interaktif sebagai strategi pengajaran penulisan yang sesuai dengan amalan perkembangan murid-murid prasekolah.

 

Teachers’ quality is one of the four sub-National Key Result Area (NKRA) which is to expand the access to quality and affordable education. Enhancements of teacher’s skills in teaching are expected to produce effective learning outcomes, especially in writing. This preliminary study was conducted to explore the strategies used in teaching writing among preschool teachers and to identify the problems faced by the teachers. The respondents consist of 65 preschool teachers from Selangor. This study used qualitative and quantitative methods through surveys, observations and interviews. A total of 11 preschool teachers were involved in the observations and interviews. Frequencies and thematic analysis were used to identify the problems and strategies faced by the teachers. The instruments used were observation forms and checklists. The qualitative findings were triangulated with the findings from quantitative data. The results show that copying, drills and questions were often used by the preschool teachers as writing strategies. This proves that the preschool teachers did not have any specific approach in teaching writing. They were constrained by the need of learning to read. This situation can cause an imbalance in the level of literacy in preschool. Therefore, these findings suggest interactive writing approach as a strategy in teaching writing based on developmentally appropriate practice.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-26

How to Cite

Abu Samah, S. I. S., Mohd Majzub, R., & Mahamod, Z. (2014). PELAKSANAAN PENGAJARAN PENULISAN DALAM KALANGAN GURU-GURU PRASEKOLAH: THE IMPLEMENTATION OF TEACHING WRITING AMONG PRESCHOOL TEACHERS. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 100–117. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/792