AKTIVITI DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH DI DAERAH GOMBAK

EDUTAINMENT ACTIVITIES AMONG PRE-SCHOOL TEACHER IN GOMBAK AREA

Authors

  • Ramlah Bt. Jantan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nor Afni Bt. Resad Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Siti Fathimah Az-Zahra Bt. Mohd. Fauzi Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

didik hibur, literasi, guru prasekolah, fun-play approach, literacy, preschool teachers

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan kaedah didik hibur dalam meningkatkan kemahiran literasi dalam kalangan kanak- kanak prasekolah. Ini kerana kajian mengenai kaedah didik hibur masih kurang dijalankan di prasekolah kerana kaedah didik hibur merupakan satu kaedah baru tetapi kaedah ini telah diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) yang mengikuti Program LINUS. Metodologi kajian adalah tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk mengutip data. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang guru prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggunapakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di daerah Gombak. Pemilihan responden dilaksanakan secara rawak mudah bagi mewakili populasi guru daripada daerah Gombak. Dapatan kajian menjelaskan majoriti guru prasekolah berpendapat bahawa murid-murid mendapati kaedah didik hibur menggembirakan dan guru mudah untuk melaksanakannya. Mereka mendapati kaedah didik hibur berkesan dalam meningkatkan kemahiran literasi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

This study aims at identifying the effectiveness of the fun-play approach in enhancing reading literacy among preschool pupils. Methodology of research was survey using questionnaire to collect data. Sample of study comprised of 80 preschool teachers from government preschool. The sample were chosen randomly among preschool teachers in Gombak. Finding of study indicated that teachers found the fun-play approach was enjoyable and easy to manage. They also found this approach was effective in enhancing level of reading among the pupils.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-09

How to Cite

Bt. Jantan, R., Bt. Resad, N. A., & Bt. Mohd. Fauzi, S. F. A.-Z. (2016). AKTIVITI DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH DI DAERAH GOMBAK: EDUTAINMENT ACTIVITIES AMONG PRE-SCHOOL TEACHER IN GOMBAK AREA. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 5, 19–29. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/854