PEMBELAJARAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI PENDEKATAN PROJEK: DARI TUMBUH - TUMBUHAN KE SEKAKI PAYUNG

LEARNING INITIATION OF CHILDREN THROUGH PROJECT APPROACH: FROM PLANTS TO UMBRELLA

Authors

  • Norazizah Abdul Rahman Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Sopia Md Yassin Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Noor Ashikin Mohd Yusop Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

pendekatan projek, pendidikan awal kanak-kanak, penyiasatan, inisiatif kanak-kanak, project approach, early child education, investigation, child initiated learning

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimana kanak-kanak meneroka persekitaran dan membina pengetahuan mengenai perkara dalam kehidupan seharian mereka. Malah peranan pendidik sebagai pendengar yang peka dan pemerhati yang mahir terhadap setiap perbualan kanak-kanak di dikenal pasti di sepanjang proses pembelajaran. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes ke atas sebuah tadika di negeri Perak. Data kajian diperolehi menerusi pemerhatian menggunakan rakaman video, analisis dokumen dan temu bual bagi mengenal pasti pelaksanaan aktiviti penyiasatan serta peranan guru sebagai pemudah cara dalam membina pengetahuan kehidupan dunia sebenar berasaskan minat dan inisiatif kanak-kanak. Projek terhasil daripada persoalan yang dibina dan dikemukakan oleh kanak-kanak berdasarkan minat terhadap sesuatu topik. Menerusi projek, pendidik tidak hanya menawarkan jawapan bagi setiap persoalan kanak-kanak namun menyediakan aktiviti eksplorasi di mana kanak-kanak memperolehi jawapan sendiri melalui penyiasatan yang dijalankan dalam bilik darjah, kajian lapangan dan khidmat pakar. Tujuan artikel ini adalah untuk menggabungkan perspektif teoritikal dan amalan terbaik dalam kalangan pendidik yang mengamalkan Pendekatan Projek bagi memulakan pembelajaran menerusi inisiatif kanak-kanak. Pendekatan Projek memberi penekanan terhadap pembelajaran secara fleksibel dan mendalam menerusi penyiasatan. Dapatan kajian kes terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun mendapati bahawa pendidik memainkan peranan penting sebagai pemudah cara dalam menyediakan sumber dan bahan untuk penerokaan kanak-kanak terhadap topik yang diminati. Selain itu, pengetahuan kanak-kanak mengenai konsep asas sains turut bertambah menerusi aktiviti projek yang dijalankan.

This study was conducted to see how children explore the environment and build knowledge on the subject in their daily lives. In fact, the role of educators as a sensitive listener and a skilled observer to any conversation of children identified during the learning process. This qualitative study design using case studies on a kindergarten in the state of Perak. Data were collected through observation using video recording, document analysis and interviews to identify the implementation of investigative activities and the teacher's role as facilitator in building knowledge of the real world based on interests and initiatives of children. Projects resulting from the question of who built and submitted by children based on their interest in a topic. Through the project, teachers not only offers answers for every question a child but provides exploration activities in which children acquire their own answers through an investigation carried out in the classroom, field studies and expert services. The purpose of this article is to combine theoretical perspectives and best practices among educators who practice Project Approach for initiate children learning. Project Approach emphasizes learning through flexible and in-depth investigation. The findings of the case study of children aged three years found that educators play a key role as a facilitator in providing resources and material for children's exploration of the topics of interest. In addition, the children's knowledge about the basic concepts of science also improved through the ongoing project activities.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-30

How to Cite

Abdul Rahman, N., Md Yassin, S., & Mohd Yusop, N. A. (2016). PEMBELAJARAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI PENDEKATAN PROJEK: DARI TUMBUH - TUMBUHAN KE SEKAKI PAYUNG: LEARNING INITIATION OF CHILDREN THROUGH PROJECT APPROACH: FROM PLANTS TO UMBRELLA. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 5, 78–95. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/881