MENGENAL PASTI KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN KEAMANAN BERASASKAN MULTIBUDAYA UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH

IDENTIFYING NEEDS FOR DEVELOPMENT OF MULTICULTURAL-BASED MODEL OF PEACE EDUCATION CURRICULUM FOR PRESCHOOL CHILDREN

  • Noor Amy Afiza Mohd Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
  • Saedah Siraj Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
  • Mariani Md Nor Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
  • Azli Ariffin Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: pendidikan keamanan, kandungan kurikulum, kanak-kanak prasekolah, keperluan pembinaan, keperluan isi kandungan, peace education, curriculum contents, preschool children, development requirements, contents requirements

Abstract

Keamanan merupakan isu yang sering diperkatakan belakangan ini terutamanya yang melibatkan kepelbagaian budaya. Melalui pendidikan, keamanan dapat disampaikan kepada semua peringkat terutamanya kanak-kanak yang merupakan pewaris generasi akan datang. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dalam pembinaan Model Kandungan Kurikulum Pendidikan Keamanan Berasaskan Multibudaya untuk Kanak-kanak Prasekolah. Keperluan berkenaan meliputi keperluan pembinaan dan keperluan isi kandungan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi mengenal pasti tahap keperluan bagi kedua-dua keperluan berkenaan. Satu soal selidik 5 skala likert ditadbir kepada 200 orang guru prasekolah yang dipilih secara rawak di Semenanjung Malaysia. Nilai min bagi setiap konstruk keperluan dinilai bagi memperoleh tahap keperluan yang diperlukan. Nilai min yang diperoleh bagi keperluan pembinaan kandungan kurikulum adalah sebanyak 4.2879 manakala bagi keperluan isi kandungan kurikulum ialah 4.2480. Berdasarkan nilai min yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan pembinaan dan keperluan isi kandungan apabila julat persetujuan yang diberikan berada dalam skala 4 hingga 5 iaitu sangat setuju.

Peace is an issue that is often said recently, involving cultural diversity. Through education, peace can be delivered to all levels, especially children who are the next generation of heirs. This study was conducted to identify the needs for the development of Multicultural-Based Model of Peace Education Curriculum for Preschool Children. The requirements cover development requirements and content requirements. This study uses a questionnaire to identify the level of need for both requirements. A Likert 5 questionnaire was conducted to 200 preschool teachers randomly selected in Peninsular Malaysia. The mean value of each construct need have been assessed for the required level of need. The mean value obtained for curriculum content development is 4.2879 while the curriculum content requirement is 4.2480. Based on the mean value obtained clearly indicates that there is a development requirements and content requirements when the range of consent is given on a scale of 4 to 5 which is strongly agreed.

Published
2018-12-07
How to Cite
Mohd Yusof, N. A. A., Siraj, S., Md Nor, M., & Ariffin, A. (2018). MENGENAL PASTI KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN KEAMANAN BERASASKAN MULTIBUDAYA UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 7, 12 - 18. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/908