Kesan Pembangunan Bahan Bantu Belajar PS-4s Terhadap Pencapaian Matematik dan Kemahiran Berfikir Murid Tahun 5
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.2.11.2024Keywords:
Penyelesaian Masalah, ukuran dan sukatan, matematik, kemahiran berfikir aras tinggiAbstract
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pembangunan bahan bantu belajar PS-4s terhadap kemahiran berfikir aras tinggi murid dan pencapaian mereka. Kajian ini menggunakan bahan bantu belajar PS- 4s yang berasaskan langkah-langkah penyelesaian masalah secara teratur bagi menyelesaikan masalah matematik berayat bukan rutin yang dijalankan ke atas murid tahun 5 bagi tajuk ukuran dan sukatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Persampelan bertujuan digunakan semasa menentukan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen antara dua buah kelas dari sekolah di Perak. Subjek kajian terdiri daripada 20 murid kumpulan rawatan dan 20 murid kumpulan eksperimen yang dipilih secara rawak berkelompok. Instrumen kajian ialah item ujian penyelesaian masalah matematik berayat bukan rutin yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif untuk menjelaskan kebolehlaksanaan bahan bantu belajar PS-4s dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis inferens pula untuk menganalisis data daripada ujian pra dan ujian pos dengan menggunakan ujian-t. Dapatan kajian mendapati min pencapaian murid kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada min pencapaian murid kumpulan rawatan. Terdapat perbezaan min yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan pembangunan bahan bantu belajar PS-4s telah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam topik ukuran dan sukatan seterusnya memperkembangkan pemikiran murid secara kreatif dan kritis seperti yang dihasratkan dalam kurikulum matematik Malaysia.
Downloads
References
Charles, M. L., & Ling, Y.-L. (2020). Peranan Bahan Bantu Mengajar Dan Persekitaran Maklum Balas Dalam Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Pelajar. Conference: National Research Innovation Conference (NRICon 2020), October, 1–9.
Chew, F. P., & Hamad, Z. H. (2018). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 1–12.
Gilliland, S. W. (1997). Reviewer and Editor Decision Making in the. Personnel Psychology, 50(2), 427–452. http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=buh&AN=9708176073&site=ehost- live
Isa, N. S., & Mohd Imam Ma’arof, N. N. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk Dan Teknologi. Sains Humanika, 10(3–3), 81–87. https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-3.1519
Ishak, M. Z., & Bakar, N. A. (2019). Keberkesanan Model Response- to-Intervention ( RTI ) dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat Murid Sekolah Rendah The Effectiveness of Response-To- Invention ( RTI ) Model in Problem Solving of Mathematical Word. Borneo International Journal of Education, 1, 57–74.
Isnawan, M. G., Nahdlatul, U., & Mataram, W. (2020). Kuasi-Eksperimen (Issue February).
Jannah, L. M., & Prasetyo, B. (2011). Pendekatan Kuantitatif. Materi Pokok Metode Penelitian Kuantitatif, 1–19. http://repository.ut.ac.id/4598/2/SOSI4311-M1.pdf
KPM. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013- 2025. Education, 27(1), 1–268. http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0742051X10001435
KPM. (2017). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Semakan 2017. http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/392-dskp- tahun-5
Lasiun, M. (2016). Keberkesanan Kaedah Visualisasi: Meningkatkan Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 687–698. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.542
LPM. (2013). Lembaga Peperiksaan Malaysia. 28–30.
Norbany, M., Samah, A., & Saharudin, S. L. (2016). PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN The Use of ATS to Acquire the Skill of Changing Fraction in Year 4 Students. 5, 40–57.
Nugraheni, L. P., & Marsigit, M. (2021). Realistic mathematics education: An approach to improve problem solving ability in primary school. Journal of Education and Learning (EduLearn), 15(4), 511–518. https://doi.org/10.11591/edulearn.v15i4.19354
Omar, M. S., Saad, N. S., & Dollah, M. U. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 7(1), 32–46. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol7.no1.3.2017
Pin WK, H. S. (2018). PENGGUNAAN KAEDAH BOX OUT UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK BERCERITA MELIBATKAN
OPERASI PENDARABAN. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, [S.l.], v. 14, p. 28-45, Feb. 2021. ISSN 2710-6810., Vol 14(https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jd/issue/view/735), 28–45. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jd/article/view/12389
Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, & Adnan Jusoh. (2021). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Subjek Tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada Abad ke-19.” Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 13(1), 1–13.
Singga, A., & Zakaria, E. (2020). Penggunaan Model Bar Dalam Kemahiran Penyelesaian Masalah Pecahan Tahun 6. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 113–124. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8332
Skemp, R. R. (2020). Relational Understanding and Instrumental Understanding. Mathematics Teaching in the Middle School, 12(2), 88–95. https://doi.org/10.5951/mtms.12.2.0088
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Nor Hazli Ghazali, Mohd Afifi bin Bahurudin Setambah
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.