Elemen Multimedia dalam Land of Magic sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Gaya Bahasa, Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)

Authors

  • Izza Nur Aina Zalizan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Hasrina Baharum Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Nordiana Hamzah Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.2.15.2024

Keywords:

Elemen multimedia, Land of Magic, bahan bantu mengajar, pengajaran dan pembelajaran, gaya bahasa, Kesusateraan Melayu Komunikatif

Abstract

Kajian ini memfokuskan tentang elemen multimedia dalam pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) yang dinamakan Land of Magic dalam membantu pengajaran gaya bahasa oleh guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) di sekolah menengah. BBM Land of Magic ini adalah hasil inovasi yang diubah suai daripada templat Genially yang boleh diakses secara percuma melalui carian enjin Google. Objektif kajian ini adalah untuk mengetengahkan elemen multimedia dalam pembinaan BBM Land of Magic dalam membantu guru menarik perhatian pelajar KMK mempelajari gaya bahasa dengan cara yang lebih interaktif dan tidak membosankan. Dari segi metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah kajian kepustakaan yang melibatkan pengumpulan maklumat berkaitan topik kajian daripada pelbagai sumber bertulis, seperti buku, artikel jurnal, tesis, laporan, dan dokumen rasmi, sama ada di perpustakaan atau carian Internet. Instrumen kajian yang digunakan pula ialah senarai semak pembinaan inovasi BBM Land of Magic yang akan menjelaskan definisi, ciri-ciri, kelebihan, cara pembangunan dan cara penggunaannya. Dapatan kajian menunjukkan BBM Land of Magic boleh dibangunkan dengan menggunakan elemen multimedia seperti imej, video dan audio untuk mengajar aspek gaya bahasa dalam Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Kubentang Sehelai Peta. Kajian ini penting dalam memberikan alternatif kepada guru berkaitan penghasilan BBM yang menerapkan elemen imej, video dan audio, langkah demi langkah serta cara penggunaannya dalam pengajaran gaya bahasa dalam mata pelajaran KMK berdasarkan puisi “Mari Kita Cipta Alam Lestari” dalam Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Kubentang Sehelai Peta.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah, R., Rahman, S., & Ismail, M. (2020). Pengajaran gaya bahasa melalui multimedia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 34-45.

Azman, N., & Ismail, H. (2018). Multimedia as a tool in language learning. Malaysian Journal of Education, 43(1), 56-70.

Dayang Julida Abang Tar & Muhd Izwan Mahmud. (2021). Minat, tingkah laku distruptif dan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (4), 49-64.

Dayang Suryati Abang Ibrahim, and Abdullah Mat Rashid. (2023). Status rasa ingin tahu murid dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi: perbandingan berdasarkan jantina dan pencapaian akademik. Akademika, 93 (3). pp. 69-84.

Evelyn Anak Sili, & Norazimah Zakaria. (2023). Keberkesanan aplikasi wordwall dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa seloka boros dan jimat bagi pelajar tingkatan 4. International Journal of Language and Education. 2(1).

Nur Faizahton Saidin, Nur Azimah Mohd Bukhari & Wong Seng Yue. (2023). Penggunaan teknologi multimedia terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia. Jurnal Isu dalam Pendidikan, 47-57.

Mahardika, A. I., Wiranda, N., & Pramita, M. (2021). Pembuatan media pembelajaran menarik menggunakan canva untuk optimalisasi pembelajaran daring. Jurnal Pendidikan dan Pengabdian Masyarakat, 4(3), 275-281.

Mohd Nor, M. A., Hashim, A., & Ali, Z. (2021). Interactive learning platforms in malaysian schools: an overview. Asian Journal of Education, 15(3), 123-138.

Mohd Yusof, M. F. H. ., Baharum, H. ., & Hamzah, N. (2023). Permainan “e-teka silang kata” dalam meningkatkan perkembangan murid dalam pembelajaran gaya bahasa sajak antologi kubentang sehelai peta . Asian Pendidikan, 3(2), 9-15.

Nawi, M. Z. M. (2020). Transformasi pengajaran dan pembelajaran multimedia dalam pendidikan islam: satu perbincangan. Journal of ICT in Education, 7(2), 1426.

Sapian, N. A., Mahamod, Z., & Mahad, I. (2021). Penglibatan murid sekolah kebangsaan di kawasan bandar dalam pembelajaran bahasa melayu dalam talian daripada persepsi guru bahasa melayu. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature 12(2), 80-97.

Subri, M. R., Yaakub, R., & Nudin, A. B. (2020). Analisis komunikasi bukan lisan guru cemerlang bahasa melayu ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 267-277.

Zunica, B. (2023). The 'chalk and talk' method and the development of 21st century skills in the secondary mathematics classroom. Proceedings of the 45th Annual Conference of the Mathematics Education Research Group of Australasia, 604.

Downloads

Published

2024-12-13

How to Cite

Zalizan, I. N. A., Baharum, H., & Hamzah, N. (2024). Elemen Multimedia dalam Land of Magic sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Gaya Bahasa, Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK). Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(2), 169–181. https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.2.15.2024