Isu dan cabaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi murid berkeperluan khas dalam pembelajaran

Authors

  • Aishah Abdul Mutalib Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mazita Ahmad Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.sp3.3.2024

Keywords:

guidance and counseling teacher, special needs students, guidance and counseling services, special education

Abstract

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah merupakan suatu perkhidmatan yang penting bukan sahaja kepada murid aliran perdana malahan juga kepada murid yang tidak berkeupayaan dalam pembelajaran. Dianggarkan sebanyak 10 peratus murid dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang menjalani sesi persekolahan dalam aliran pendidikan khas di sekolah. MBK turut memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepertimana murid-murid lain yang berada dalam arus perdana. Jelaslah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat penting dalam pembangunan modal insan murid golongan ini di sekolah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka isu dan cabaran yang dihadapi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah serta meneroka strategi yang digunakan dalam membantu murid ketidakupayaan dalam pembelajaran menguruskan tuntutan keperluan psikologi dan persekolahan mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes yang melibatkan empat orang GBK yang dipilih menerusi teknik persampelan bertujuan di empat buah sekolah menengah harian di negeri Perlis. Kaedah pengumpulan data menggunakan teknik temu bual mendalam dan data yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis tematik dengan menggunakan perisian NVIVO versi 14. Hasil kajian mendapati muncul 10 tema utama iaitu tiga tema bagi isu yang dihadapi oleh GBK iaitu; isu ketidakyakinan, fasiliti, dan peruntukan kewangan, dua tema bagi cabaran yang dihadapi GBK; sokongan dan penerimaan keluarga dan tingkah laku MBK, manakala lima tema bagi strategi yang diambil oleh GBK; intervensi awal, teknik komunikasi dan role-play, menggunakan peralatan, menyediakan hala tuju dan melibatkan MBK dengan program komuniti. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa isu dan cabaran yang dialami oleh GBK perlu diatasi dengan memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan serta diberi latihan yang sewajarnya agar dapat memperkasakan perkhidmatan kepada golongan ini.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Yazid Abu Bakar & Siti Nurliyana Ahmad. (2020). Counselling and Guidance Services for Special Education Pupils: An Analysis of Research Literature. Global Conferences Series: Social Sciences, Education and Humanities (GCSSSEH), 4.

Anis Shahirah Zulkifli & Suziyani Mohamed. (2019). Tahap Pengetahuan Guru dalam mengurus tingkah laku murid berkeperluan khas. International Conference on Business Studies and Education.

Azharizah Saimi & Salleh Amat. (2019). Kesediaan dan Keperluan Latihan Kepada Kaunselor Sekolah Dalam Program Pendidikan Khas.

Dr Obraori N.P. Adiela. (2022). Psychological Challenges and School Adjustments of Undergraduates with Physical Disabilities in Rivers State Owned Universities. European Journal of Education and Development Psychology (11)(1).

Fatin Athirah Azman, Salleh Amat, Khadijah Hashim & TeeYin Ai. (2019). Pendekatan Psikopendidikan Terhadap murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Southeast Asia Psychology Journal 8 (116-129).

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi Keempat. (2017). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Retrieved August 3, 2024. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perkhidmatan

KPM. (2018). Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan Inklusif).

Lia Mareza & Agung Nugroho. (2019). Implementation of Counselling Guidance for Children with Special Needs. DINAMIKA Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar (11)(2).

Melem Linda Fangwi Ph.D. (2020). Contemporary Counselling Strategies for Persons with Disabilities. International Journal of Humanities Social Sciences and Education. 7(9).

Merriam, S. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. United States of America: Jossey-Bass A Wiley Imprint.

Mohamad Taha Abol & Zaimuariffudin Shukri Nordin. (2023). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Murid Kurang Upaya Intelektual dalam Program Pendidikan Inklusif di Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (8) (12).

Mohd Razimi bin Husin, Muhammad Farhan bin Suhaimi, Suhailah bt Md Hamil, Nurul Natasha bt Azmi, Nurul Umaira Juliana bt Roslid, Nur Nabilah bt Zainal, Nor Balqis bt Kamaruddin, Nur Izzsufi bt Hamizi & Nurul Zulaikha bt Ismawi. (2020). Masalah Pembelajaran untuk murid Pendidikan Khas: Dana dan Prasarana. International Journal of Humanities. Management and Social Science

Nisrin Zalchary Anoil & Abu Yazid Abu Bakar. (2019). Persepsi Guru Terhadap Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah Luar Bandar. International Journal of Education, Psychology and Counseling (4)(31).

Nor Hazira Hamsi, Mohd Izwan Mahmud & Ruhizan Mohd Yasin. (2020). Meneroka Pengetahuan, Kompetensi dan Cabaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Terhadap murid Pendidikan Khas. Jurnal Dunia Pendidikan 4(2).

Norafifah Bali & Mohamad Hashim Othman. (2019). Pelaksanaan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kepada Murid Berkeperluan Khas. Asia Pacific Journal of Educators and Education. 34 (87-103).

Nurul Safura Bt Rosli. (2022). Meningkatkan Kehadiran Murid Berkeperluan Khas Pendidikan Khas (MBPK) ke Sekolah dengan Menggunakan Kit Guru Penyayang. Amalan Terbaik dalam Pendidikan Khas dan Inklusif (Negeri Melaka) (186-194).

Othman Lebar. (2014). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metode. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rosli Suyet, Normadiyana Abdullah & Abu Yazid Abu Bakar. (2023). Keperluan Dan Cabaran Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling kepada Murid Berkeperluan Khas. International Conference on Business Studies and Education

Saiful Azam Khoo Abdullah. (2020). Keperluan Kemahiran Intervensi Awal bagi Murid Berkeperluan Khas. Keperluan kemahiran intervensi awal bagi murid berkeperluan khas. Jurnal Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum (Volume 3, No. 1, 2020, Pages 58 to 69)

Salleh Amat. (2019). Guidance and Counselling in Schools. Advances in Social Science. Education and Humanities Research (32).

Sazalia Mohd Salleh & Rosadah Bt Abdul Majid. (2019). Persepsi Guru Bimbingan dan Kaunseling Dalam Menjalankan Kaunseling Kerjaya Di kalangan Murid Berkeperluan Khas. E-prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Zamri Mahamod, Mohd Haris Rahmat & Noor Aziahana Mohd Fekri. (2020). The Importance of Counselling to Parents with Special Needs Children. Global Conferences Series: Social Sciences, Education and Humanities (GESSSEH)(4)

Downloads

Published

2024-12-10

How to Cite

Abdul Mutalib, A., & Ahmad, M. (2024). Isu dan cabaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi murid berkeperluan khas dalam pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(Isu Khas 3), 21–30. https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.sp3.3.2024