Penerimaan murid tingkatan satu terhadap pembelajaran topik operasi asas aritmetik melibatkan integer menggunakan permainan damath

Authors

  • Nur Aina Munirah Che Abd Aziz Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Nur Hamiza Adenan Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Nor Suriya Abd Karim Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Rawdah Adawiyah Tarmizi Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Latifah Abd Latib Department of Communication, Faculty of Communication, Visual Arts and Computing, Universiti Selangor, Bestari Jaya, Selangor, Malaysia
  • Adib Mashuri Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.sp.6.2021

Keywords:

Penerimaan, Minat, Motivasi, Asas Aritmetik, Pembelajaran Berasaskan Permainan

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan murid dalam aspek minat dan motivasi serta mengkaji hubungan di antara penerimaan minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran menggunakan permainan DaMath bagi tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor Integer. Populasi kajian adalah murid tingkatan satu di sebuah sekolah di daerah Petaling Perdana, Selangor dan melibatkan seramai 233 orang murid yang dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati nilai min bagi penerimaan murid daripada aspek minat terhadap pembelajaran berasaskan permainan DaMath adalah sebanyak 2.4040 manakala nilai min bagi penerimaan murid dari aspek motivasi adalah sebanyak 2.4059. Ini menunjukkan bahawa tahap penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan DaMath bagi tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor Integer daripada aspek minat dan motivasi adalah tinggi.  Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran menggunakan DaMath dengan nilai r = 0.711 dan p < 0.05. Kesimpulannya, penerimaan murid daripada aspek minat dan motivasi terhadap penggunaan permainan DaMath dalam pembelajaran tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor Integer adalah sangat baik.  Selain itu, wujud hubungan yang signifikan di antara dua aspek ini iaitu minat murid yang baik terhadap kaedah pembelajaran ini memberi impak yang positif kepada motivasi mereka.  Implikasinya, kajian ini dapat memberikan maklumat kepada guru dan pendidik tentang kaedah pembelajaran berasaskan permainan agar dapat digunakan sebagai rujukan dalam merancang proses pengajaran kelak.

This study aimed to determine the level of students’ acceptance in the aspect of interest and motivation as well as the relationship between students’ interest and motivation on the usage of DaMath in learning in the topic of Basic Arithmetic Operations Involving Integers. Population of this study is form one student in the district of Petaling Perdana, Selangor and involve 233 students that picked by clustering random sampling as respondent of this study. This study used questionnaire as research instrument. Data were analyzed using descriptive analysis involving mean and standard deviation.  Findings showed that the mean value for students’ acceptance from the aspect of interest on DaMath is 2.4040 meanwhile the mean value for students acceptance in the aspect of motivation is 2.4059. These findings showed that students’ acceptance towards learning Basic Arithmetic Operations Involving Integers using DaMath from the aspects of interest and motivation were high. This study also found a signicant relation between students’ interest and motivation on learning using DaMath with the value of r = 0.711 and p < 0.05. In conclusion, students’ acceptance from the aspects of interest and motivation towards the usage of DaMath in learning the topic of Basic Arithmetic Operations Involving Integers are excellent. Besides, there exist a significance relation between these two aspects displayed that students’ interest gives positive impact toward their motivation Increasing in students’ interest in this study will also increase in the level of acceptance of students’ motivation. As implication, this study will provide information to teachers and educators about game-based learning so that they can used this method as their reference in planning teaching process.

Keywords: Acceptance, Interest, Motivation, Basic Arithmetic, Game-Based Learning

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu, N. E., & Eu, L. K. (2014). Hubungan Antara Sikap; Minat; Pengajaran Guru Dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1–10.

Amin, W. A. W. M. (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia.

Chin, L. C., & Zakaria, E. (2015). Effect of Gam-Based Learning Activities on Children’s Positive Learning and Prosocial Behaviours. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2), 159–165.

Cózar-Gutiérrez, R., & Sáez-López, J. M. (2016). Game-based learning and gamification in initial teacher training in the social sciences: an experiment with MinecraftEdu. International Journal of Educational Technology in Higher Education, 13(1), 1–11. https://doi.org/10.1186/s41239-016-0003-4

Ferryka, P. Z. (2017). Permainan Ular Tangga Dalam Pembelajaran Matematika Di Sekolah Dasar. Magistra, 29, 58–65.

Hashim, Z. (2010). Development of Atmospheric Based Flood Forecasting and Warning System for Selected River Basins in Malaysia. Retrieved from http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=2935&Itemid=2329

Hassan, J., & Hamzah, M. (2020). Halangan-halangan pengurusan sekolah rendah dalam mewujudkan sekolah berkesan di Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang): Tindakan dan keperluan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan menanganinya. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 13(2), 12–28. https://doi.org/10.37134/bitara.vol13.2.2.2020

Holmes, J. B., & Gee, E. R. (2016). A framework for understanding game-based teaching and learning. On the Horizon, 24(1), 1–16. https://doi.org/10.1108/OTH-11-2015-0069

Hussain, S. Y. S., Tan, W. H., & Idris, M. Z. (2014). Digital Game-Based Learning for Remedial Mathematics Students: A New Teaching and Learning Approach in Malaysia. Bridging Communities, Harnessing Technologies and Enriching Lives, 978–981.

Iberahim, A. R., Mahamod, Z., & Mohamad, W. M. R. W. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77–88.

Jacob, C. (1988). Set Correlation and Contingency Tables. Applied Psychological Management, 12(4), 425–434.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308

Lai, S. C. (2006). Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 Dalam Topik ‘Nombor Negatif.’ Open Universiti Malaysia.

Latifah Abdul Majid, Abdullah, W. N. W., & Zakhi, N. H. A. (2012). Penerapan Nilai Murni Dan Pembentukan Jati Diri Kanak-kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Jurnal Hadhari Special Edition, Special Ed, 51–65.

Nizam, A. (2009). Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.

Plass, J. L., Homer, B. D., & Kinzer, C. K. (2015). Foundations of Game-Based Learning. Educational Psychologist, 50(4), 258–283. https://doi.org/10.1080/00461520.2015.1122533

Rahman, S. A. (2006). Pembinaan Perisian Interaktif Penambahan Dan Penolakan Integer Dalam Sistem Pengoperasian Linux. Universiti Teknologi Malaysia.

Rambely, A. S., & Shahabudin, F. A. (2014). Permainan Matematik Sifira Memupuk Minat Terhadap Pembelajaran Matematik. Journal of Quality Measurement and Analysis, 10(2), 111–119.

Ramos, S. M., Legaspi, I., & Doroja, G. (2011). Mobile Interactive DaMath Game for Basci Numeracy Exercise. Proceedings of the 19th International Conference on Computers in Education, 1–5. Chiang Mai, Thailand: Asia-Pacific Society for Computers in Education.

Rodzali, A. N. (2009). Faktor-faktor Pelajar Berminat Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan Di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Shong, T. S., Chan, K. S., Sengodan, V., & Nursaad Jailani. (2013). Analisis Jenis Kesilapan Dalam Pembelajaran Geometri Koordinat. Jurnal Pendidikan Matematik, 1(1), 19–30.

Suhailee, F. (2005). Kesilapan Pelajar Tingkatan Dua Dalam Menyelesaikan Soalan Matematik Bagi Tajuk Nombor Negatif. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zakaria, S. A. (2012). Kesedaran Guru Matematik Terhadap Penerapan Nilai Matematik Dalam Pengajaran: Satu Kajian Kes. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Published

2021-04-28

How to Cite

Che Abd Aziz, N. A. M., Adenan, N. H., Abd Karim, N. S., Tarmizi, R. A., Abd Latib, L., & Mashuri, A. (2021). Penerimaan murid tingkatan satu terhadap pembelajaran topik operasi asas aritmetik melibatkan integer menggunakan permainan damath. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 51–59. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.sp.6.2021