Pembangunan dan Kebolehgunaan Alat Bantu Mengajar Ionic Wheeler dalam subtopik Formula Kimia tingkatan 4
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.1.11.2024Keywords:
kebolehgunaan, pembelajaran berasaskan permainan, formula Kimia, model ADDIEAbstract
Formula Kimia adalah salah satu subtopik dalam subjek Kimia Tingkatan 4 yang perlu dikuasai oleh pelajar kerana ianya merupakan pengetahuan asas dalam Kimia. Oleh itu, pembelajaran berasaskan permainan (PBP) merupakan antara pembelajaran berkesan yang perlu dititikberatkan oleh guru. PBP merupakan satu pendekatan pembelajaran yang mampu menarik minat murid untuk belajar dengan seronok dan seterusnya terlibat secara aktif semasa sesi Pengajaran Pembelajaran dan Pemudahcara. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu mengajar Ionic Wheeler dalam subtopik formula kimia tingkatan 4 dan mengkaji kebolehgunaan terhadap kalangan guru pelatih Kimia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian pembangunan berpandukan model ADDIE. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang kesahan (kesahan kandungan dan reka bentuk) serta borang soal selidik (konstruk reka bentuk dan kebergunaan). Kesemua instrumen berikut telah mendapat mendapat kesahan daripada dua orang pakar dalam bidang Kimia di UPSI. Hasil dapatan kajian menunjukkan Ionic Wheeler mempunyai indeks kesahan yang baik (kesaha pakar: kandungan 97.5%; soal selidik 100%). Seterusnya, kajian rintis dilaksanakan kepada 30 orang guru pelatih Kimia dan mendapat kebolehpercayaan yang baik (nilai Cronbach’s Alpha 0.97). Secara keseluruhannya, nilai min dan sisihan piawai adalah tinggi bagi konstruk reka bentuk (min 4.56, sisihan piawai 0.308) dan konstruk kebolehgunaan adalah (min 4.57, sisihan piawai 0.302). Kesimpulannya, alat bantu mengajar Ionic Wheeler mendapat kesahan dan interpretasi yang baik. Implikasinya, alat bantu mengajar ini boleh dicadangkan sebagai alat bantu mengajar bagi subtopik formula kimia berasaskan permainan dalam pembelajaran Kimia.
Downloads
References
Abu Bakar Nordin (1995). Penilaian Afektif. Kajang: Masa Enterprise.
Ahmad, A. & Awang, M.I. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Amiruddin, M.H., Shahril, N. & Samad, N. (2017). Kebolehgunaan IQ Stick Game terhadap pelajar masalah pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Online Journal for TVET Practitioners, 2(2), 16-31.
Anua, N.A. & Salleh, W.M.N.H.W. (2023). Pembangunan permainan periodicard dan kajian persepsi bagi topik jadual berkala unsur. Asian Pendidikan, 3(1), 83-86.
Chiong, S.C. (2017). Persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar yang mengintegrasikan Geogebra bagi topik Bulatan III. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Eriba, J.O. & Ande, S. (2006). Gender differences in achievement in calculating reacting masses from chemical equations among secondary school students in Makurdi Metropols. Academic Journals, 1(6), 170-173.
Fikri, N.F.A.M. & Salleh, W.M.N.H.W. (2023). Pembangunan modul aktiviti interaktif limo bagi subtopik gerakan linear dan kajian persepsi dalam kalangan guru pelatih. Asian Pendidikan, 3(2), 65-70.
Johanson, G.A. & Brooks, G.P. (2010). Initial scale development:sample size for pilot studies. Educationsl and Psychological Measurement, 70(3), 394-400.
Joseph, V.C. & Salleh, W.M.N.H.W. (2023). Development and perception of chemistry trainee teachers towards usability of periodic block game for topic periodic table. Asian Pendidikan, 3(1), 79-82.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Low, J.Y., Balakrishnan, B. & Yaacob, M.I.H. (2023). Game-based learning: current practices and perceptions of secondary school physics teachers in Malaysia. The International Journal of Science, Mathematics and Technology Learning, 31(1), 1-21.
Mei, H.C. (2007). A national survey of students’ conceptions in chemistry in Taiwan. International Journal of Science Education, 29, 421-452.
Mustapha, R. (1999). The role of vocational and technical education in the industrialization of Malaysia as perceived by educators and employers. Tesis PhD. Purdue University.
Nazuardi, N.H., Salleh, W.M.N.H.W. & Balasundram, N. (2023). Pembangunan dan kajian persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan permainan Bio-Mission Ladder Board bagi topik Meiosis. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 13(2), 112-118.
Noor, N.M. (2022). Permainan Flash Card Ion dalam meningkatkan kefahaman asas murid Tingkatan 5 dalam topik Formula Kimia. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(3), 353-364.
Nunnally, J. & Bernstein, I. (1994). Psychometric Theory. 3rd Ed. McGraw-Hill, New York.
Ruslan, S.F.N. & Salleh, W.M.N.H.W. (2023). Kajian pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik Ikatan Ion dan Kovalen Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16(2), 11-15.
Yaakob, M.N., Idrus, S.K.S., Shuib, A.S. & Hassan, M.K.N. (2020). Pembangunan model kurikulum M-Pembelajaran teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di IPG. Proceedings of International Conference on the Future of Education (IConFEd) 2020, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia.
Zhang, F. (2018). The application of the game-based approach in primary school English teaching. Proceedings of the 2nd International Conference on Economics and Management, Education, Humanities and Social Sciences, Atlantis Press.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Nur Aliaa Ayob, Wan Mohd Nuzul Hakimi Wan Salleh
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.