ISYARAT AL-QURAN TERHADAP SENI KHAT UKIR KAYU: ANALISIS KANDUNGAN AYAT DALAM KARYA SENI KHAT UKIRAN KAYU DI NEGERI TERENGGANU

THE SIGN OF AL-QURAN TOWARDS THE ART OF KHAT’S

Authors

  • Makmur - Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Perak Darul Ridzuan
  • Buchari Katutu Institut Agama Islam Negri (IAIN), Sulthan Thaha Syaifuddin (STS) Mendalo Darat, Muaro Jambi, Provinsi Jambi, Indonesia
  • Mohd Fauzi Ariffin Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Perak Darul Ridzuan

Keywords:

Seni khat, ukiran kayu, karya-karya  ukiran, kandungan ayat al-Quran, negeri Terengganu

Abstract

Kepelbagaian kandungan ayat dalam al-Quran telah banyak mengisi karya-karya seni khat ukiran kayu di Negeri Terengganu (Malaysia). Karya tersebut merupakan hasil seni pertukangan kayu yang cantik, dihasilkan melalui proses pemahatan kayu menggunakan peralatan ukir dan disokong dengan bakat serta kemahiran pengukirnya. Kandungan ayat yang menjadi hiasan utama karya seni khat ukiran kayu ini terus meluas ke seluruh wilayah Nusantara dan tidak hanya sekadar sebagai hiasan indah semata-mata, bahkan sudah menjadi karya ukiran Islami yang dapat menjadi media hiasan mimbar, pintu, istana, masjid, rumah dan sebagainya berbentuk karya artistik dan estetik seni budaya setempat. Kandungan ayat alQuran dalam karya ukiran kayu memiliki corak, simbol dan falsafah tersendiri dengan mencerminkan kehidupan dan kebudayaan individu atau masyarakatnya. Selain itu seni khat ukir di Terengganu telah dijadikan sebagai gambaran artistik seni yang unik diekspresikan melalui budaya, adat dan alam sekitar yang mendasari kewujudan falsafah seni ukiran kayu. Ringkasnya, bahawa kajian ini memaparkan analisis kandungan isi dan ayat al-Quran sebagai isyarat seni dalam karya-karya ukiran kayu seni khat di negeri Terengganu, selain mampu menjadi salah satu wacana ilmu yang boleh mengungkap kekayaan khazanah dan warisan seni khat Islami di tengah-tengah masyarakat Islam keseluruhannya. Isyarat Al-Quran Terhadap Seni Khat Ukir Kayu: Analisis Kandungan Ayat dalam Karya Seni Khat Ukiran Kayu di Negeri Terengganu

The diversity of the verses in the Qur'an has been filling in many of the works of wood carvings in the State of Terengganu (Malaysia). The work is a beautiful piece of wood carving, produced through wood carving process using engraving tools and supported by talent and carving skills. The contents of the verse which became the main decoration of this wood carvings continues to spread throughout the archipelago and not only as a beautiful decoration, but it has been a work of Islamic engraving that can be a decorative media of mosque, doors, palaces, mosques, houses and etched in the form of artistic works and the aesthetic of local art and culture. The contents of the Quran verse in the wood carving work have its own patterns, symbols and philosophies by reflecting the life and culture of the individual or its society. In addition, carved art in Terengganu has been used as a unique artistic expression expressed through culture, customs and the environment that underlie the existence of the philosophy of wood carving. In summary, this study presents an analysis of the content and the Quran verse as a sign of art in works of carvings of fine arts in the state of Terengganu, as well as being one of the discourses of knowledge that can reveal the wealth of treasures and Islamic artistic heritage in the center the entire Muslim community.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-04

How to Cite

-, M., Katutu, B., & Ariffin, M. F. (2014). ISYARAT AL-QURAN TERHADAP SENI KHAT UKIR KAYU: ANALISIS KANDUNGAN AYAT DALAM KARYA SENI KHAT UKIRAN KAYU DI NEGERI TERENGGANU: THE SIGN OF AL-QURAN TOWARDS THE ART OF KHAT’S. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 1–29. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1882

Most read articles by the same author(s)