Keindahan Bahasa dalam Teromba Lambang Pemerkasaan Masyarakat Negeri Beradat

Authors

  • Ani Omar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Pemerkasaan, Adat, Masyarakat, Kata Perbilangan, Keindahan

Abstract

Masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa dan kehalusan tutur kata apabila berbicara. Pantun, ungkapan, perbilangan dan teromba sering diselitkan apabila mengungkapkan sesuatu maksud sama ada şecara tersurat ataupun şecara tersirat. Mohd Rosli Saludin (2005) menyatakan teromba ialah susunan undang-undang adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Adat yang dimaksudkan ialah Adat Minangkabau; sama ada Adat Temenggung atau Adat Perpatih yang mula digunakan di Minangkabau. Di Negeri Sembilan khususnya di daerah Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Seremban, masyarakatnya masih mengamalkan Adat Perpatih. Teromba itü dalam penggunaan yang sebenarnya diwariskan turun-temurun, misalnya dalam majlis perbincangan yang beradat, istiadat meminang, nikah kahwin dan lain-lain. Masyarakat Minangkabau sebelum kedatangan İslam telah mempunyai peraturan yang mengajar tentang pentingnya nilai kemanusiaan yang berbudi luhur, hormat-menghormati, cinta-mencintai, bantu-membantu, tolong-menolong dan mengamalkan semangat kerjasama yang erat. Masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih ini telah terbukti mempunyai satu sistem yang teratur dan terpimpin dalam mencapai kebaikan bersama. Kata-kata perbilangan dalam Adat Perpatih dapat memberikan peraturan yang lengkap untuk dijadikan panduan, bimbingan dan nasihat dalam menjalani kehidupan harian, tidak kira dari aspek politik, ekonomi mahu pun sosial. Manakala kertas kerja ini akan memperlihatkan keindahan bahasa dalam Teromba sebagai lambang pemerkasaan masyarakat dalam semua aspek kehidupan di negeri beradat iaitu di Negeri Sembilan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Samad Idris, 1996. Adat Perpatih Nilai dan Falsafahnya. Negeri Sembilan: Pejabat Kebudayaan dan Kesenian.

Asmah Haji Omar, 1993. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khalid Bonget, 2001. Selayang Pandang Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan: Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan.

Mohd Rosli Saludin, 2005. Teromba. Negeri Sembilan: Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan.

Mohd Rosli Saludin, 2007. Puisi Melayu Tradisional. Penang: Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Rosli Saludin, 2007. Anjung Teromba. Penang: Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.

Mohamad Daud Mohamad, 2007 "Bahasa dan Persuratan Melayu daripada Nazrah Kebudayaan Melayu" dlm. Mohamad Saleeh Rahamad ed. Budaya Serumpun Mendepani Globalisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhalim Haji Ibrahim, 2003. Teromba: Gambaran Adat Perpatih. Seremban: Persatuan Penulis Negeri Sembilan.

Nuraini Yusoff da n Mohamad Azmi Ab. Rahman, 2003. Puisi Klasik: Cerminan Pemikiran Alam Melayu dalam Menghindar Bencana. UPSI 13 (1 1 216-238.

Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail, 2000. Masyarakat Budaya dan Perubahan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sapir, Edward, 1949. Culture, Language and Personality: Selected Essays. California: University of California Press.

Tenas Effendy, 1989. Ungkapan Tradisional Melayu Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Za'ba, 1934. 11mu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: DBP. Cetakan ketiga: 1965.

Downloads

Published

2013-11-27

How to Cite

Omar, A. (2013). Keindahan Bahasa dalam Teromba Lambang Pemerkasaan Masyarakat Negeri Beradat. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 111–131. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3233