Bahasa dan Budaya Melayu Kokos Satu Perkenalan
Keywords:
Bahasa, Budaya, Melayu Kokos, Kepulauan Kokos, PerkenalanAbstract
Kepulauan Cocos (Keeling) yang terdiri dari 27 buah pulau kecil, terletak kira-kira 3685 kilometer di sebelah barat laut Perth, Australia Barat, dan kira-kira 1200 kilometer di selatan Pulau Jawa. Jirannya yang paling dekat ialah Pulau Christmas yang terletak 950 kilometer di sebelah timurnya. Dari sejumlah pulau ini, hanya dua buah pulau sahaja yang menjadi kawasan penghunian, iaitu Pulau Panjang atau juga dikenal sebagai West Island, dan Pulau Home yang secara am dikenal juga sebagai Pulau Kokos. Pulau Panjang atau Pulu Panjang merupakan tempat perniagaan dan di situ juga terdapatnya lapangan terbang yang menjadi pintu keluar masuk bagi seluruh kepulauan ini. Penduduk Pulau Panjang adalah orang-orang Australia berkulit putih. Pulau Home pula adalah perkampungan orang-orang Melayu, yang sudah wujud sebagai Kampung Melayu sejak tahun 1833 lagi.