Pengajaran Matematik Sekolah Rendah menggunakan pendekatan Kontekstual: Satu kajian kes

Teaching Mathematics using Contextual Approach in Primary School: A Case study

Authors

  • Norsyaidah Seliaman Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Uzi Dollah Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.1.6.2018

Keywords:

Pendekatan Kontekstual, Pengajaran Matematik Sekolah Rendah

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mendalami dan meneroka pengajaran matematik sekolah rendah menggunakan pendekatan kontekstual berdasarkan lapan komponen teori Johnson (2002). Terdapat tiga objektif kajian iaitu pemahaman guru matematik mengenai pendekatan kontekstual, pelaksanaan pengajaran kontekstual yang digunakan oleh guru matematik dan halangan yang dihadapi oleh guru matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Reka bentuk kajian kes secara kualitatif dengan menggunakan penelitian kajian secara naturalistik telah dilaksanakan bagi mengamati sebuah latar tertentu tanpa sedikit pun mengubahnya di mana, persampelan adalah purposif. Kajian ini melibatkan 4 orang guru matematik daripada dua buah sekolah rendah daripada populasi 107 buah sekolah dalam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian ini melibatkan empat kaedah pengumpulan data iaitu temu bual pra dan pasca- pengajaran, pemerhatian, nota lapangan (senarai semak) dan pengumpulan dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua peserta kajian menghadapi kesukaran dan kurang pasti dalam menjelaskan makna pendekatan kontekstual, namun peserta kajian lebih berkeyakinan setelah menerima penerangan secara umum daripada penyelidik serta sebahagian besar peserta kajian berupaya melaksanakannya dalam proses PdP. Dapatan kajian juga menunjukkan peserta kedua dan ketiga berupaya melaksanakan pendekatan kontekstual dalam kedua-dua sesi, peserta keempat berupaya melaksanakannya pada sesi kedua berbanding sesi pertama, manakala peserta pertama tidak berupaya laksanakannya pada kedua-dua sesi pemerhatian pengajaran. Kesimpulan daripada kajian, penggunaan pendekatan kontekstual dalam pengajaran matematik sekolah rendah bergantung pada kefahaman dan pengetahuan guru tentang strategi pengajaran kontekstual secara mendalam dan berkesan. Implikasi kajian menunjukkan, pengajaran secara kontekstual menjadikan PdP guru bersama murid lebih bermakna dan efektif dengan mengaitkan Matematik dengan situasi sebenar dan kehidupan seharian.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aini Hayati, P. @ F., (2012). Standard Pengajaran Matematik Dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Tesis bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Pendidikan, UPSI, tidak diterbitkan.

Baker, E. D., Hope, L., and Karandjeff. K. (2009). Contextualized Teaching & Learning: A Faculty Primer A Review of Literature and Faculty Practices with Implications for California Community College Practitioners. Retrieved on September 5, 2015 from http://www.cccbsi.org/Websites/basicskills/Images/CTL.pdf

Berns, R., & Erickson, P. (2001). An Interactive Web- based Model for the Professional Development of Teachers in Contextual Teaching and Learning. Bowling Green State University. Retrieved from
http://www.bgsu.edu/ctl.

Berns, R. G. & Erickson, P. M. (2001). “Contextual Teaching and Learning: Preparing Students for the New Economy “, The Highlight Zone: Research @ Work No. 5 , 2001. Retrieved January 9, 2015 from:
http://www.nccte.org/publications/infosynthesis/highlightzone/highlight05/highlight05-CTL.pdf

Bishop, A. J. (2000). Overcoming obstacles to the democratisation of mathematics education. Regular lecture presented at the Ninth International Congress on Mathematics Education, Mauhari, Japan. Retrieved on September 5, 2015, from http://www.education.
Monash.edu.au/projects/vamp/mav98.html.

Bond, L. P. (2004). Using contextual instruction to make abstract learning concrete. ACTE: Techniques. Retrieved from http://acteonline.org Chernus, K., & Fowler, D. (2009). Integrating curriculum: Lessons for adult education from career and technical education. National Institute for Literacy, Technical Assistance for Program Planning.

Faiq, D. (2009). Penelitian tindakan kelas. Metode Penelitian Naturalistik Kualitatif. Retrieved 19 November 2016 from http://penelitiantindakankelas.blogspot.mu/2009/03/metode-penelitian-naturalistikkualitati.html.

Johnson, E. B. (2002). Contextual Teaching and Learning: What it is and Why it’s here to stay. Thousands Oaks, California: Corwin Press, Inc. ISBN 0-7619-7864-X

Komalasari, K. (2009). The effect of contextual Learning in civic education on students’ civi competence. Journal of Social Sciences, 5(4), 261-270. Retrieved from
http://www.scipub.org/fulltext/jss/jss54261-270.pdf

Lynch, R. L., & Harnish, D. (2003). Implementing contextual teaching and learning by novice teachers. Final report. (Contract# ED-98-CO-0085, 1998–2003). Retrieved from
http://www.coe.uga.edu/ctl/casestudy/Final.pdf

Mohamad Johdi, H. S. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah : Perspektif Guru Besar : Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Retrieved 13 December 2016 from
http://cikgumadrid.blogspot.my/2011/09/kerja-kursus-pendek-muriddan-alam.html

Mohd Uzi, D., Noor Shah, S., & Mohd Faizal, N. L. A. (2014). Nilai Matematik dalam Pengajaran Matematik PJJ Sekolah Rendah. Kod Penyelidikan : 2012-0136-10701. Universiti Pendidikan Idris.

Mohd Uzi, D. (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik melalui Penyelesaian Masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Murni (2013). Pengajaran Matematik Dengan Pendekatan Pengajaran Mengikut Konteks Di Sekolah Vocational: Suatu Kajian Kes. Kajian Penyelidikan Program Doktor Falsafah Pendidikan Matematik Fakuti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, tidak diterbitkan.

Nurhadi (2002). Pendekatan Kontekstual (Contextual Teaching and Learning (CTL). Malang: Universitas Negeri Malang (UM). press.

Othman, L. (2014). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metode. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ISBN: 983-2620-81-3.

Predmore, S. R. (2005). Putting it into context. Techniques. Retrieved January 9, 2015, from
http://www.acteonline.org.

Schell, J. W. (2001). An emerging framework for contextual teaching and learning in preservice teacher education. Retrieved from http://www.coe.uga.edu/ctl/theory/framework.pdf

Downloads

Published

2018-06-26

How to Cite

Seliaman, N., & Dollah, M. U. (2018). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah menggunakan pendekatan Kontekstual: Satu kajian kes: Teaching Mathematics using Contextual Approach in Primary School: A Case study. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(1), 74–81. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.1.6.2018