Penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi (‘Scratch’) dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap minat dan pencapaian murid Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains

Authors

  • Nagavalli Poobalan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Rozniza Zaharudin Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Yeun Ting Voon Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol9.1.6.2019

Keywords:

Penggunaan Scratch, Pembelajaran Teradun, Minat, Pencapaian, Sains

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi (‘Scratch’) dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap minat dan pencapaian murid Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains.  Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pencapaian murid yang rendah disebabkan kaedah pengajaran tanpa menggunakan bahan multimedia dan berpusatkan guru. Kajian ini dijalankan di daerah Seberang Perai Selatan. Populasi penyelidikan ini dipilih daripada sekolah jenis kebangsaan Tamil di Seberang Perai Selatan. Seramai 60 murid daripada dua buah sekolah jenis kebangsaan Tamil telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temu bual dan soal selidik. Penyelidik menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 22.0 untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif min, sisihan piawai dan peratus kekerapan. Analisis korelasi pearson juga digunakan untuk menguji hubungan antara penggunaan, pencapaian dan minat murid terhadap bahan multimedia 3D yang digunakan. Hasil analisis data mendapati bahawa skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukan penggunaan bahan multimedia interaktif berada dalam tahap tinggi dalam kalangan responden yang diuji. Melalui perbandingan ujian pra dan pasca dapat dianalisis bahawa 23.4 % kelulusan murid meningkat setelah menggunakan aplikasi ‘Scratch’ dalam matapelajaran sains. Soal selidik dengan skor min 3.67 hingga 5.00 yang tinggi ini menunjukan minat murid terhadap penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi berada dalam tahap yang tinggi. Nilai korelasi adalah 1.00 iaitu nilai skor yang sempurna bermaksud mempunyai hubungan antara penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi dan minat dalam mata pelajaran Sains murid Tahun 5. Data analisis Korelasi Pearson menunjukan hubungan yang sangat lemah antara minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Ini bermaksud, minat tidak mempengaruhi pencapaian murid sepenuhnya. Pencapaian murid juga bergantung kepada faktor-faktor yang lain. Keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan multimedia interaktif 3D animasi ‘Scratch’ dalam mata pelajaran sains dapat memberi kesan yang positif dari segi penggunaannya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Alessi, S.M dan Trollip, S.R. (2003). Multimedia for Learning : Methods and Development. Third Edition. Boston : Allyn & Bacon.

Allen, E & Seaman J. Class differences: Online Education in the United States,. (2010). Babson Survey Research Group: Sloan Consortium, USA

Anis. (2012). Re:Pembelajaran yang menyeronokan. Retrieved from www.academia.edu/ proposal-penyelidikan-tindakan.

Arip Febrianto, Program Aplikasi Scratch pada Mata Pelajaran Agama Islam Bagi Peserta Didik,. (2015)
Azimah Binti Yusoff, Elemen-Elemen Dalam Multimedia,. (2009)

Azura Ishak. (2009). Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsan Malaysia, Selangor.

Baharuddin Aris et al. (2003). Sains Komputer: Teknik Dan Teknologi. Batu Caves: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Elaine England dan Andy Finney Managing Multimedia: Project Management For Interactive Media (2nd Edition) 2nd Edition, 2011

Fatin Aliah Phanga*, Mohd Salleh Abua, Mohammad Bilal Alia, Salmiza Sallehb, Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia

Fauziah Hashim, Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 2002

Fensham, Science Education Policy-making Eleven emerging issues, Commissioned By UNESCO, Section For Science, Technical And Vocational Education, 2008

Fred T. Hofstetter. (1995). Multimedia Literacy. London: McGraw-Hill.

Hadi Susanto, Blog Pembelajaran. 2017

Haniff Asyraf, Cabaran Dan Pendekatan Pengajaran Dalam Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas Dan Berbakat , 2015.

Hannay & Newvine, Perceptions of distance learning: A comparison of online and traditional learning, 2006

Harding, A., Kaczynski, D., & Wood, L. (2005). Evaluation of blended learning: Analysis of qualitative data. Paper presented at the Uniserve Science Blended Learning Symposium (pp-56-61). The University of Sydney.

Ilham Eka Putra, S.Kom., M.Hum , Teknologi media pembelajaran sejarah melalui pemanfaatan multimedia animasi interaktif, 2013

Ismail Bin Basiron, Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Seni Visual, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Julai 2012.

Ismail, N.A.F. (2010). Pengenalan dan Definasi Multimedia. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia.

Jamaludin, H. & Zaidatun Tasir,.(2003). Multimedia Dalam Pendikan. PTS Pubication

Kamisah Osman, - and Zanaton Haji Iksan, - and Lilia Halim, - (2007) Sikap terhadap sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32 . pp. 39-60. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

Khine dan Fisher Teacher-Student Interactions In Science Classrooms, 2003

Krishnasamy V. (2007). The Effects Of A Multimedia Constructivist Environment On Students’ Achievement And Motivation In The Learning Of Chemical Formula And Equations. Universiti Sains Malaysia. Tesis Sarjana

Matthew & Punya, Technological Pedagogical Content Knowledge: A Framework for Teacher Knowledge, 2008
Mayer, Multimedia Learning , Cambridge University Press, 23 Apr 2001

Mohamad Yatim,. (2011). M.H., Md. Saad M.N. dan Mohamad Rasli, R. Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Mohd Aris Bin Othman, Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Di Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 4 Di Negeri Sembilan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2007.

Noreliana Binti Md Sharif, Kesan Penggunaan Multimedia Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Yang Berbeza Gaya Kognitif, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Jun 2012.

Noresah, Hasmawati, Zuraini & Fatimah (2006). Ke arah pelbagaian dan pemantapan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT dalam sistem Pendidikan Secara Jarak Jauh. Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 19, Rekabentuk, Pembangunan, Penggunaan dan Penilaian Teknologi Instruksional Jilid 1, 9-11 September 2006. Langkawi, Kedah Darul Aman. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM), Kuala Lumpur.

Norzahida Bte Mohamed, Komitmen Ibu Bapa Menerusi Pibg Dalam Membantu Pencapaian Akademik Pelajar, 2013

Nur Fadzilah Binti Othman, Kajian Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia, 2010

Pembelajaran Teradun: Satu tinjauan literature terhadap faktor- faktor penerimaan guru melalui model-model penerimaan, Article · July 2016.

Rafiza Abdul Razak Maryam Abdul Rahman, Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru Ictl, Department of Curriculum & Instructional Technology, University Malaya, 2013.

Ratna Novitayati, Pengaruh Metode Blended Learningdan Self Regulated Learning Terhadap Hasil Belajar IPS Di SMK Negeri 3 Malang, UM, 2013

Rian Vebrianto & Kamisah Osman (2012). Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Pelajar, Jurnal Pendidikan Malaysia 37(1)(2012): 1-11

Rosinah Edinin.(2012).Penyelidikan tindakan:Kaedah dan penulisan.Kuala Lumpur: Freemind Horizon.
Rozinah Jamaludin.(2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd

Shahfiezul Shahaimi, Pengintegrasian Blended Learning dalam Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLEFROG) , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia.

Slameto. (2010). Belajar dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhinya. Jakarta: PT. Rineka Cipta.

Syaiful Bahri Djamarah, Psikologi Belajar. Jakarta: PT. Rineka Cipta, 2008

Vaughan, T. (2001). Multimedia Making It Work. Fift Education. USA: McGraw- Hill.

Zalizan, I. (2013). Masalah Pembelajaran sains. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda

Downloads

Published

2019-06-26

How to Cite

Poobalan, N., Zaharudin, R., & Ting Voon, Y. (2019). Penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi (‘Scratch’) dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap minat dan pencapaian murid Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 9(1), 49–56. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol9.1.6.2019