Memori Warisan Sejarah Reka Bentuk Bandar Tanjong Malim

The Redesigning of the Historic Town of Tanjong Malim

Authors

  • Intan Khasumarlina Mohd Khalid
  • Harozila Ramli
  • Abu Bakar Sabran

Keywords:

memori, warisan sejarah, bandar Tanjong Malim

Abstract

Corak pembangunan moden di bandar-bandar baru pada masa ini adalah faktor utama kepada kepupusan seni dan warisan. Meskipun pembangunan sesebuah bangunan moden baru dikatakan sebagai simbol kemajuan bandar, tetapi ia tidak mencerminkan budaya tempatan dan warisan malahan adakalanya pembangunan bandar tidak sesuai dengan keadaan alam semula jadi dan budaya masyarakat setempat. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri fizikal bandar lama dengan wajah yang unik dan tersendiri untuk mewujudkan hubungan yang lebih harmoni dan seimbang antara lama dan moden. Berdasarkan pemerhatian, bandar bersejarah di daerah Tanjong Malim, Perak khususnya di kawasan yang menjadi tarikan tradisi iaitu pekan Tanjong Malim, terus diancam oleh pembangunan baru dan reka bentuk bangunan yang bercampur-campur. Oleh itu, imej daerah ini menjadi lemah dan akhirnya pupus akibat pembangunan. Kajian yang dilakukan berdasarkan kajian kes ini dapat mengumpulkan data berupa imej dan kesesuaian ciri-ciri reka bentuk bandar Tanjong
Malim khususnya fasad bangunan dan landskap persekitarannya. Hasil dapatan diperolehi menerusi pemerhatian secara langsung dan soal selidik semasa proses analisis tapak di kawasan kajian. Hasil daripada kajian ini boleh membantu pereka reka bentuk landskap membuat keputusan untuk merancang ciri reka bentuk akan datang dengan mengekalkan imej tradisional sebuah bandar bersejarah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Mohd Khalid, I. K., Ramli, H., & Sabran, A. B. (2019). Memori Warisan Sejarah Reka Bentuk Bandar Tanjong Malim: The Redesigning of the Historic Town of Tanjong Malim. KUPAS SENI, 3. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2246