‘Fusion’: Eksplorasi Bentuk Kraf Tembaga Melalui Integrasi Teknologi
‘Fusion’: Exploring The Craft of Brassware Making by Way of Technological Integration
Keywords:
kraf tembaga,, teknologi komputer, integrasiAbstract
Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membuat penerokaan bentuk kraf tembaga melalui integrasi teknologi. Fokus kajian adalah terhadap teknologi pengkomputeran yang diekploitasi melalui potensi peralatan digital dan menggabungkannya dengan kemahiran kraf yang bersifat konvensional dalam kontek kesan, stail, ekspressi dan identiti. Teknologi komputer dapat meluaskan ruang kreativiti dengan lebih bebas di samping menghasilkan proses kerja yang lebih efektif. Kajian studio yang dijalankan bermatlamat untuk memberikan gambaran terhadap kesan intergrasi teknologi pengkomputeran dalam penghasilan bentuk kraf tembaga. Mekanisma ini merupakan satu manifestasi perkembangan idea, kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk yang menuntut satu pengertian yang lebih luas dalam perkembangan kraf masa kini.