Analisa Visual Lukisan Mural: Sejarah Pertembungan Gajah dan Keretapi di Teluk Intan Perak
DOI:
https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol11.3.9.2023Keywords:
Analisis, Lukisan Mural, Sejarah Pertembungan Gajah dengan keretapi, Teluk Intan Perak, VisualAbstract
Lukisan mural merupakan medan kepada barisan pelukis untuk berkarya pada ruang berskala besar seperti dinding pada bangunan atau kawasan awam. Seni lukisan mural juga merupakan lukisan yang telah lama wujud pada berabad lamanya. Penulisan ini adalah berdasarkan lokasi penghasilan lukisan mural yang berlaku di Teluk Intan bertemakan sejarah pertembungan induk gajah dengan keretapi. Selain itu visual aktiviti ekonomi yang terdapat di Teluk Intan adalah perdagangan domestik serta perdagangan antarabangsa juga dijadikan sumber rujukan. Segala aktiviti dan peristiwa yang berlaku disampaikan melalui kaedah lukisan mural di beberapa lokasi untuk menyampai informasi kepada masyarakat dan inspirasi kepada sektor pelancongan negara. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data iaitu melalui perbincangan dan temubual bersama Majlis Pembandaran Teluk Intan (MPTI) dengan Kerjasama pihak UiTM Cawangan Perak, Selain itu, melalui hasil cariaan daripada perpustakaan dan arkib serta temuramah bersama masyarakat yang tinggal di sekitar Teluk Intan sebagai sumber data dan informasi. Melalui hasil dapatan daripada kajian ini menceritakan secara terperinci tentang sejarah pertembungan gajah dengan keretapi, serta konsep idea dan ciri pengayaan yang ditonjolkan dalam lukisan mural ini. Secara tidak langsung penghasilan lukisan mural ini mempamerkan nilai estetika sekeliling dan juga platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan sejarah sebagai wardah menyampaian informasi secara visual sebagai tatapan umum serta menjadi tauladan kepada masyarakat mengenai kisah sejarah pertembungan gajah yang berlaku di Teluk Intan.
Downloads
References
Abdull Manaf, M. N. (2017). Identiti tempat pelancongan bagi bandar-bandar kecil lama: kajian kes Teluk Intan dan Batu Gajah (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).
Ahmad, N. (1985). Kajian mengenai perkembangan bandar / pembangunan semula bandar permasalahan yang dihadapi dan cadangan-cadangan bagi penyelesaiannya. Kajian kes: Teluk Intan.
Cahyanto, B., Rahayu, S. D., Fitria, R. N., Azizi, P. R., Al Arobi, A. S., Masrukhin, M., & Malik, A. (2020). Pendampingan pembuatan mural sebagai upaya peningkatan pendidikan karakter. Jurnal Pembelajaran Pemberdayaan Masyarakat (JP2M), 1(2), 73-78.
Endriawan, D., Maulana, T. A., & Sadono, S. (2017). Mural sebagai Media Pendidikan dan Pengabdian Masyarakat. In Seminar Nasional Seni dan Desain 2017 (pp. 482-485). State University of Surabaya.
Fauzi Basri. 1985. Sejarah Keretapi Di Malaysia. Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Fakhruddin, F. M. (2022). Sungai Perak: Sejarah Dan Peradaban. Journal of Islamic, 7(49).
Ismail, Z. H. (2013). Menara condong Teluk Intan. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. Banci penduduk dan perumahan 2010. Taburan penduduk dan ciri-ciri demografi. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Khoo Kay Kim. 1982. Teluk Anson (Teluk Intan). Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Leh, F. C., Manaf, M. N. A., & Ibrahim, M. H. (2015). Impak Kepenggunaan Tempat Terhadap Lokasi Pelancongan di Bandar Kecil Lama: Kajian Kes Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan, Perak, Malaysia: Impacts of Place Consumerism to Tourism Location on Small Old Towns: A Case Study on Kellie's Castle and Menara Condong Teluk Intan, Perak, Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7(3), 29-38.
Ibrahim, J. A., Abdul Razak, N., & Ahmad, M. Z. (2016). Tinggalan warisan di sepanjang jalan keretapi Tapah Road-Teluk Intan: kajian awalan dan potensi pemeliharaan. Persidangan Nasional Sejarah Melayu Kepulauan Melayu. UUM.
Nababan, R. S. (2019). Karya Mural Sebagai Medium Mengkritisi Perkembangan Jaman (Studi Kasus Seni Mural Karya Young Surakarta). In International Conference on Art, Design, Eduvation, and Cultural Studies (ICADECS).
Mastika. (2021). Rempuhan keretapi Teluk Intan - Dendam sang gajah angkara anaknya mati dilanggar. Kuala Lumpur: Utusantv.
Syahputra, B. S. A. (2018). Socioeconomics of the Integrated Rice-fish Farmer System in Teluk Intan, Perak, Malaysia. In International Conference on Multidisciplinary Research (The 7th ICMR 2018) Sept (pp. 5-6).
Wardana, K. N. H. (2012). Gaya Pop Art pada Karya Desain Grafis di Indonesia. Prasi: Jurnal Bahasa, Seni, dan Pengajarannya, 8(14).
Wicandra, O. B. (2005). Berkomunikasi secara visual melalui mural di Jogjakarta. Nirmana, 7(2)
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Muhammad Salehuddin Zakaria, Azian Tahir, Hilal Mazlan, Syed Alwi Syed Abu Bakar
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.