Perbahasan Parlimen Malaysia Kali Ke-15 dari Perspektif Lakuan Pertuturan
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.2.2025Keywords:
perbahasan, ujaran, lakuan pertuturan, parlimenAbstract
Perbahasan parlimen merupakan salah satu kegiatan berbahasa yang menonjolkan interaksi dua hala yang dimainkan peranannya oleh pemeran utama, sekali gus memperlihatkan adanya unsur saling memahami dalam ujaran yang dihasilkan. Dalam konteks ini, bahasa berfungsi sebagai penggerak kepada kegiatan berkomunikasi dengan mengambil kira aspek penting dalam berbahasa bagi menghasilkan ujaran yang berkesan. Penelitian yang dilihat dalam perbahasan parlimen yang diwakili oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang menemukan bahawa terdapat segelintir daripada ahli parlimen yang menyampaikan perbahasan hanya sekadar hujah kosong yang lebih terarah kepada politik, iaitu tanpa sebarang isi yang konkrit sebagai bahan yang dibahaskan. Perbahasan turut disaksikan lebih kepada hal remeh dan memperlihatkan sikap tidak profesionalisme ahli parlimen yang seterusnya membawa kepada ujaran yang lemah dan jauh daripada matlamat mematuhi konsep lakuan pertuturan yang sewajarnya dalam kalangan pemimpin rakyat. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini terarah kepada mengenal pasti dan menjelaskan lakuan pertuturan yang terhasil melalui perbahasan parlimen dalam usaha untuk menghasilkan ujaran yang berkesan di kalangan pemeran utama perbahasan. Kaedah kualitatif digunakan dengan pengumpulan data melalui kaedah transkripsi dokumen bersandarkan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969). Hasil penelitian mendapati bahawa ahli parlimen memanfaatkan lakuan pertuturan asertif, direktif, komisif dan ekspresif, manakala didapati bahawa tiada penggunaan lakuan pertuturan deklaratif. Lakuan pertuturan ekspresif mencatatkan penggunaan yang paling dominan sebanyak 132 ujaran, diikuti oleh lakuan pertuturan asertif (116), direktif (105) dan komisif (24). Pengaplikasian lakuan pertuturan dalam perbahasan memperlihatkan bahawa penutur berupaya menghasilkan ujaran yang berkesan sebagai kaedah untuk mencapai matlamat dan objektif perbahasan masing-masing.
Downloads
References
Abudalslam Alfghe & Behbood Mohammadzadeh. (2021). Realisation of the Speech Act of Request, Suggestion and Apology by Libyan EFL Learners. SAGE Open, October-December 2021: 1-13.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (2023). Etika Perbahasan di Parlimen: Perlu Perubahan Menyeluruh untuk Mengembalikan Martabat Negara. Etika perbahasan di Parlimen: Perlu perubahan menyeluruh untuk mengembalikan martabat negara | Astro Awani, diakses pada 6 Jun 2024.
Aminnudin Saimon. (2021). Lakuan Pertuturan dalam Filem Nordin Ahmad. Jurnal Linguistik, 25(1), 80-99.
Aminnudin Saimon et al. (2021). Lakuan Bahasa Arahan dalam Teks Ucapan Perdana Menteri Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 63-78.
Amir Juhari & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2015). Penggunaan Lakuan Pertuturan dalam Mesyuarat. Jurnal Linguistik, 19(1), 48-57.
Ardianto & Hadirman. (2018). Directive Speech Act of Imamu in Katoba Discourse of Muna Ethnic. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, 156 (Conference 1).
Arini Hidayah. (2019). An Analysis on Directives Speech Acts in Film Script of Iron Man 2 (2010. Surakarta English and Literature Journal, 2(1), 1-8.
Azrul Radi. (2022). Perangai Masih Tidak Berubah, 5 MP Paling Kecoh Bising di Parlimen. Perangai masih tak berubah... 5 MP paling kecoh, 'bising' di Parlimen - Berita | Majoriti, diakses pada 27 April 2024.
Dayang Sariah Abang Suhai, Kesumawati Abu Bakar, & Norsimah Mat Awal. (2020). Modaliti dalam Wacana Perbahasan Parlimen. GEMA Online® Journal of Language Studies, 20(4), 186-208.
Dwima Jupriadi Putri et al. (2019). Speech Act Politeness in Making and Answering Questions in Discussion of Students at Madrasah Tsanawiyah Negeri. Proceedings of The Seventh International Conference on Language and Arts. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, vol. 301, 354-360.
Iqbal Yasir. (2023). Etika Islam dalam Perbahasan di Parlimen, Ini Penjelasan Mufti. Etika Islam Dalam Perbahasan Di Parlimen, Ini Penjelasan Mufti - Siakap Keli, diakses pada 9 Mei 2024.
Julisah Izar et al. (2020). Assertive Speech Acts in Mata Najwa Program of Episode Gare-Gare Corona. Journal of Linguistics and Applied Linguistics, 2(1), 53-58.
Kim Hua Tan et al. (2017). Trend Penggunaan Bahasa Samar dalam Persidangan Parlimen Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies, 17(4), 84-100.
Khairul Izzat Amiruddin & Hasmidar Hassan. (2019). Analisis Pragmatik Kesantunan dan Ketaksantunan Bahasa dalam Perbahasan Parlimen 2018. Dalam Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 44-51.
Laila Sarah. (2015). The Use of Informing Speech Acts as Advertising Strategy in Malang Kuliner Facebook Group. Jurnal Linguistik Terapan, 5(2), 39-46.
Luca Incurvati & Giorgio Sbardolini. (2023). The Rejection Game. The rejection game (wiley.com), diakses pada 23 Jun 2024.
Marlyna Maros & Nurul Syafawani Halim. (2018). Alerters in Malay and English Speech Act of Request: A Contrastive Pragmatics Analysis. The Southern Asian Journal of English Language Studies, 24(1), 69-83.
Maslida Yusof & Karim Harun. (2015). Analisis Lakuan Tutur dalam Ruangan Status Facebook. Jurnal Komunikasi, 31(2), 151-168.
Nasihah Hashim et al. (2021). Lakuan Bahasa Ekspresif Sebagai Strategi Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Universiti Utara Malaysia.
Norsimah Mat Awal et al. (2021). Representasi Halal dan Haram dalam Wacana Parlimen Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies, Vol 21(4).
Nurul Afifah Mohd Salleh & Maslida Yusof. (2020). Praandaian dalam Ucapan Perbahasan Parlimen Mahasiswa Sesi Pertama di Malaysia. Jurnal Melayu, 19(2), 270-286
Nurul Syuhada Shuib & Maslida Yusof. (2019). Lakuan Bahasa dalam Ceramah Agama. AKADEMIKA, 89, (1(SI)), 41-53.
Paina Partana. (2010). Pola Tindak Tutur Komisif Berjanji Bahasa Jawa. Jurnal Ilmiah Kebahasaan dan Kesasteraan, 38(1), 81-89.
Roumayssaa Benaicha & Nayel Al-Shara’h. (2024). A Contrastive Study of Gratitude Speech Act: A Case Study of Algerian and Jordanian Arabic. University of Jordan.
Salawati Md Basir. (2020). Rakyat Bosan dengan Gelagat Ahli Parlimen. Rakyat bosan dengan gelagat Ahli Parlimen | Harian Metro (hmetro.com.my), diakses pada 20 Mei 2024.
Sami Abdel-Karim Abdullah Haddad. (2022). The Speech Act of Offer in Jordanian Arabic: A Socio-Pragmatic Analysis. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. University of Szeged.
Siti Aisyah Yap. (2015). Dakwah Melalui Filem Animasi: Kajian Terhadap Isi Kandungan Al-Fatihah dalam Siri Ummi, Ceritalah Pada Kami. Media Penyiaran dan Dakwah. hlm. 107-255.
Siti Nur Adibah Sabarudin & Aminnudin Saimon. (2021). Video Infografik Covid-19: Tinjauan dari Sudut Lakuan Bahasa. International Young Scholars Journal of Languages, 4(2), 208-224.
Shena Fiona Nofendralova & Ni Wayan Sartini. (2024). Comparing Congratulatory Speech in Javanese and Sundanese: Influence of Culture on Strategies. Journal of Linguistics, Literature and Culture, 6(1), 70-92.
Tongqing Gu. (2014). A Corpus-based Study on The Performance of The Suggestion Speech Act by Chinese EFL Learners. International Journal of English Linguistics, 4(1), 103-109.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nurlina binti Atan, Rozita binti Che Rodi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


