Kepelbagaian makna Leksikal dalam Pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.10.2025Keywords:
pantun, kepelbagaian makna leksikal, semantik, budaya Melayu, warisan MelayuAbstract
Pantun merupakan salah satu khazanah Melayu berbentuk puisi asli dan unik yang melambangkan kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Bukan itu sahaja, pantun juga mempunyai akar yang mendalam dalam budaya Melayu kerana pantun kaya dengan warisan sastera. Namun, jenis-jenis kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang terdapat dalam penghasilan pantun dan bagaimana elemen-elemen ini mencerminkan kekayaan budaya serta warisan sastera Melayu, sering kali menimbulkan perdebatan. Malah, timbul keperluan untuk memahami lebih mendalam bagaimana pantun yang dianggap sebagai warisan budaya mengandungi pelbagai makna tersembunyi atau bertindih, serta bagaimana makna-makna ini berperanan dalam menyampaikan nilai dan pemikiran masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang digunakan dalam buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Antara disiplin semantik leksikal yang akan dikenal pasti ialah aspek homonim, polisemi, hiponim, meronim, metafora, antonim dan sinonim. Selain itu, kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji akan menghuraikan segala analisis dapatan dalam bentuk deskriptif. Pengkaji juga akan menggunakan buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa sebagai bahan kajian dalam mendapatkan data kajian. Seterusnya, pengkaji merupakan instrumen utama dalam mengumpul data kajian dengan cara menganalisis buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 168 rangkap pantun yang menggunakan tujuh disiplin semantik leksikal. Pengkaji menginterpretasikan data kajian menggunakan teori logik simbolik berserta pandangan tokoh dalam menghuraikan makna bagi setiap kata yang digunakan. Akhir sekali, kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang dijelaskan dalam kajian pantun ini memberi kesan kepada pemahaman makna, penggunaan bahasa, serta pengayaan kosa kata pengguna bahasa. Justeru, usaha wajar perlu dilakukan oleh pihak yang berminat dalam kajian bahasa untuk melaksanakan kajian kepelbagaian makna leksikal terhadap karya sastera dengan lebih lanjut dan mendalam dengan menggunakan teori logik simbolik.
Downloads
References
Adi Iwan Hermawan, Kartika Tiara Syarifuddin, & Supriyati Fatma Rabia. (2023). Analisis Perluasan Makna Bahasa Komunitas Sepak Bola: Kajian Semantik. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 8(1). https://doi.org/10.21107/metalingua.v8i1.9800
Asmah Haji Omar. (1998). Concepts of Conflict, War and Peace in the Malay Language. Akademi Pengajian Melayu.
Asmiaty Amat, Isa Romtie, & Norhuda Salleh. (2022). Tema Pantun Cocos di Sabah. PENDETA, 13(1), 33–46. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.4.2022
Aristotle. (384-322 BC): Philosopher and scientist of ancient Greece. Archives of Disease in Childhood. Fetal and Neonatal Edition, 91(1). http://dx.doi.org/10.1136/adc.2005.074534
Chaer, Abdul. (2009). Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. PT Rineka Cipta.
De Saussure, F. (1916). Cours de linguistique generale, terjemahan (1959) sebagai Course in general linguistics oleh W. Baskin. McGraw-Hill.
Ghina Salsabila & Dianita Indrawati. (2022). Analisis Semantik Leksikal Pada Lirik Lagu dalam Album “Manusia” Karya Tulus. Kajian Linguistik dan Sastra: Edisi Yudisium, 9(3). https://ejournal.unesa.ac.id/index.php/ jurnal-sapala/article/view/48466
Harum Indira Suyanto & Dianita Indrawati. (2022). Semantik Leksikal Pada Lirik Lagu dalam Album “Raisa” Raisa Andriana. Kajian Linguistik dan Sastra: Edisi Yudisium, 9(3). https://ejournal.unesa.ac.id/index.php/jurnal-sapala/article/view/48463
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. (2001). Pantun Melayu: Bingkisan Permata. Yayasan Karyawan.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Perdana Edisi Pertama. (2020). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lalu Purnama Zulkarnain. (2023). Semantik Leksikal Pantun dalam Sastra Sasak. Jurnal Ilmiah Telaah. 8(1). https://doi.org/10.31764/telaah.v8i1.13360
Leech, G. N. (1974). Semantics. Penguin Books.
Lyons, J. (1968). Introduction to Theoretical Linguistics. Cambridge University Press.
Lyons, J. (1977). Semantics. Cambridge University Press.
Noor Hasnoor Mohamad Nor, & Eizah Mat Hussain. (2020). Konsep Ruang dalam Bahasa dan Pemikiran Menerusi Pantun Melayu. Jurnal Melayu Sedunia, 3(1), 384–414. https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayu sedunia/article/view/27646
Mohamad Nor Taufiq Nor Hashim, & Aniswa Abd Ghani. (2023). Peminjaman Perkataan Sanskrit dalam Bahasa Melayu: Penelitian dari Sudut Makna. Gema Online Journal of Language Studies, 23(1), 244-260. http://dx.doi.org/10.17576/gema-2023-2301-13
Mohd Saipudin Sulaiman, Shahrun Nizal Mohd Nor, Nordiana Ab Jabar, Norazimah Zakaria, Lim Ying Xuan, & Afidatul Syazwani Afandi. (2023). Pembinaan Teori Teksdealisme dan Penelitian Terhadap Karya Puisi Konkrit. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 11(1), 37-53.
Muhammad Haji Salleh. (2023). Pantun Melayu: Penelitian terhadap keindahan dan keunikannya dalam masyarakat. Malay Literature, 36(1), 47–64. http://doi.org.10. 37052/ml36(1)no3
Neldi Harianto, Rengki Afria, & Julizah Izar. (2022). Polisemi dan Homonim dalam Kajian Semantik Bahasa Arab. Seminar Nasional Humaniora, Vol. 2, 48-53.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2011). Perkembangan Semantik Malaysia: Sorotan Ilmiah. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Harishon Radzi (Eds.), Seminar Kebangsaan Linguistik 2007 (SKALI ‟07), 43-65). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Putu Ayub. (2013). Revisi taksonomi pembelajaran Benyamin S. Bloom. Dalam Ros Kartini & Abdul Halim Ali, Mencanai pemikiran kritis kanak-kanak menerusi pantun. https://www.researchgate.net/publication/ 355737245_MENCANAI_PEMIKIRAN_KRITIS_KANAK-KANAK_MENERUSI_PANTUN
Riana Putry Feby. (2017). Analisis Homonim Bahasa Minangkabau dan Bahasa Jawa di Kabupaten Dharmasraya. Laporan Penyelidikan Jurusan Sastra Minangkabau. Universitas Andalas.
S, Nathesan. (2003). Teori Semantik dan kajian Kepustakaan Terhadap Semantik Leksikal. Jurnal Bahasa, 1(1), 108-135.
Siti Farida Salleh, Yazid Yahya, Mary Fatimah Subet, & Muhammad Zaid Daud. (2020). Analisis Semantik Leksikal dalam Novel Sangkar Karya Samsiah Mohd. Nor. Asian People Journal, 3(1), 45-63. https://doi.org/ 10.37231/apj.2020.3.1.144
Siti Khariah Mohd Zubir, Mohd Rashid Md Idris, Abdullah Yusof, 2010a. Nilai Estetik dan Intelek dalam Pantun. Emeritus Publications.
Mohd Saipuddin Suliman, Nordiana Ab. Jabar, Daeng Haliza Daeng Jamal, Suraya Sukri, Ainul Wahida Radzuan, Fatimah Muhd Shukri, Tuan Rusmawati Raja Hassan, & Ying Xuan Lim. (2023). Puisi Konkrit: Satu Penelitian Berdasarkan Pendekatan Semiotik. PENDETA, 14(1), 1–12. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.1.2023
Taylor, S. J., & Bogdan, R. (1984). Introduction to Qualitative Research Method: A Phenomenological Approach to the Social Sciences. Wiley.
Yeni Nurahman. (2019). Homonim Bahasa Mbajo Dialek Donggo di Desa O’O Kecamatan Dompu. Laporan Penyelidikan. Universitas Muhammadiyah Matarah.
Zainal Abidin Bakar. (1983). Kumpulan Pantun Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Masyitah Hazami, Rozita Che Rodi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


