Pembudayaan aspek teknologi inovasi dalam kalangan tenaga pengajar kursus sastera di Universiti Malaysia Kelantan
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.7.2025Keywords:
pembudayaan, teknologi, inovasi, tenaga pengajar, sastera, UMKAbstract
Objektif kajian ini untuk mengenal pasti segenap pendedahan dan peluang yang disediakan oleh pihak universiti kepada para pensyarah sastera di Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Penelitian melibatkan aspek teknologi dan inovasi dan pada masa yang sama meneliti segenap penglibatan pensyarah sastera yang bersangkutan dengan aspek teknologi dan inovasi. Metodologi kajian melibatkan kaedah temu bual separa berstruktur dan persampelan bertujuan yang memfokuskan kepada pensyarah sastera dan beberapa wakil pengurusan fakulti sahaja. Dapatan kajian mendapati 60% pensyarah sastera terlibat secara aktif dalam pelbagai projek inovasi serta memanfaatkan aspek teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. Sementara itu, segenap pendedahan dan galakan telah dibuat oleh pihak pengurusan fakulti dan universiti secara proaktif dan berkala. Sebagai cadangan, satu pelan tindakan perlu dirangka dalam usaha menggalakkan kesemua pensyarah atau setidak-tidaknya 95% dalam kalangan mereka melibatkan diri dalam aspek inovasi dan teknologi.
Downloads
References
Ani Omar. (2016). Integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu mempertingkatkan keyakinan dan keberhasilan guru semasa latihan mengajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 9, 13-25.
Evelyn Anak Sili dan Norazimah Zakaria. (2023). Keberkesanan aplikasi Wordwall dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa seloka Boros dan Jimat bagi pelajar Tingkatan 4. Al-Azkiyaa – International Journal of Language and Education, 2(1), 32-54.
Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2006). How to design and evaluate research in education (6th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Intan Marfarrina Omar, Simah Mamat, Suriati Sulaiman dan Nor Asiah Ismail. (2021). Tahap pengetahuan teknologi, kemahiran dan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan KOMSAS guru Bahasa Melayu di Kelantan pada tahun 2021. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 47-60.
Jalaluddin, N. H. (2021). Inovasi dalam penyelidikan dialektologi. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 35–53.
Lambri, A., & Mahamod, Z. (2015). Pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 6, 98–117.
Maznida Mahadi, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Salinah Ja’afar dan Mawar Shafei. (2019). Tema kepentingan kepelbagaian gadjet dan komunikasi digital. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 408-421.
Mardian Shah Omar, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Mohd Fathul Khair Mohd Dahlan dan Nur Amirah Che Soh. (2024). Kerelevanan prosa klasik digital dalam pembelajaran bahasa Melayu pada Era Revolusi Industri 5.0. Pertanika, J. Soc. Sci. & Hum, 32(S1), 161-181.
Mohd. Hairil Faiz Hanafiah. (2012). Kreativiti dalam kalangan pensyarah aliran sains sosial di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru: Satu aplikasi Teori Identiti Peranan Kreatif [Tesis Sarjana, UTM]. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository.
http://eprints.utm.my/39778/5/MohdHairilFaizHanafiahMFPPSM2012.pdf
Mohd Rohiman Subri dan Rohizani Yaakub. (2021). Pengetahuan pedagogi guru cemerlang Bahasa Melayu dalam pengajaran komponen sastera: Satu kajian kes. Asian People Journal (APJ), 4(1), 50-64.
Mohd Yusoff Dagang. (2016). Amalan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah- sekolah negeri Johor. Tesis PhD Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. UTHM Institutional Repository. http://eprints.uthm.edu.my/10034/
Noor Syazwani Roni dan Zamri Mahamod. (2024). Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru kesusasteraan Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 14(1), 51-61.
Ramuna Abdul Raffar dan Mohd Mokhtar Tahar. (2022). Teraputik dalam didik hibur menarik minat belajar bahasa Melayu murid pendidikan khas. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(3), 95-105.
Rozaiman Makmun, Zamri Mahamod, Noor Izam Mohd Taib dan A. Rahman Haron. (2011). Pengetahuan teknologikal pedagogikal kandungan kesusasteraan Melayu: Peranan guru sastera dalam SPN 21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 85-98.
Suliman, M. S., Hiroyuki, Y., Ab. Jabar, N., Xuan, L. Y., & Mat Daud, M. S. (2021). Impak pandemik COVID-19 terhadap bidang bahasa, sastera dan budaya di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 10-20.
Syed Ismail Mustapa, Azahar Aziz, Shamsazila Saaaban dan Salmiah Md Salleh. (2023). Budaya penyelidikan pendidikan, inovasi dan penulisan dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG). Jurnal Penyelidikan Tempawan, 12(23), 150-164.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah. (2021). Kolaborasi dalam penghasilan inovasi pengajaran. Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa: MANU, 32(2), 1-17.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohd Saipuddin Suliman, Nordiana Ab. Jabar, Fatimah Muhd Shukri , Daeng Haliza Daeng Jamal , Norazimah Zakaria , Ying Xuan Lim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


