Kesan Penggunaan Perisian Pemprosesan Kata Terhadap Pencapaian Murid dalam Penulisan Karangan

Impact of Word Processing Software on The Achievement of Students in Essay Writing

Authors

  • Adenan Ayob Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

kesan, perisian Pemprosesan Kata, penulisan, pencapaian, membestarikan, impact, moral processing software, writing, achievements, sustain

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesan penggunaan perisian Pemprosesan Kata terhadap pencapaian murid dalam penulisan karangan. Penulisan karangan penting sebagai wadah untuk murid menyusun dan mempersembahkan buah fikiran, termasuk membuka ruang untuk mencerna idea. Subjek bagi kajian ini terdiri daripada murid-murid tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur yang dipilih secara rawak bertujuan. Mereka terdiri daripada 30 orang murid Tingkatan Empat Sastera Satu. Reka bentuk kuantitatif berasaskan kaedah eksperimen satu kumpulan telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam hasil penulisan murid dengan berpandukan skor min ujian pra dan pasca. Diharapkan supaya hasil daripada penyelidikan ini dapat membantu perancang dan penggubal dasar dalam kalangan pentadbir di institusi-institusi pendidikan ke arah menentukan penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik, selain membestarikan bidang pendidikan negara.

This study was conducted to identify the impact of word processing software on the achievement of students in essay writing. Writing critical essays as a platform for student to organize and present ideas, including the opportunity to digest thinking. Subject for this study consists of Form Four students, Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur. They consist of 30 Form Four students of Sastera Satu. Quantitative design methods based on one group experiment was used in this study. The result shows that there were significant differences in the students’ writing with a mean score based on pre and post tests. It is hoped that the result of this research can help planners and policy makers among administrators at educational institutions to determine the use of teaching and learning tool for a more systematic process and furthermore to sustain computer based education.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2011-11-02

How to Cite

Ayob, A. (2011). Kesan Penggunaan Perisian Pemprosesan Kata Terhadap Pencapaian Murid dalam Penulisan Karangan: Impact of Word Processing Software on The Achievement of Students in Essay Writing. PENDETA, 2, 1–20. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1081