Tinjauan Literatur Sistematik berkaitan Pengajaran Budaya Melayu dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk penutur asing
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.20.2025Keywords:
tinjauan literatur sistematik , pengajaran budaya , bahasa Melayu untuk penutur asing, strategi pengajaran budaya, tema budayaAbstract
Pengajaran bahasa Melayu untuk penutur asing tidak seharusnya terhad kepada aspek linguistik semata-mata, sebaliknya perlu disertakan dengan pemahaman budaya Melayu bagi membentuk penguasaan bahasa yang menyeluruh dan kontekstual. Kajian ini menggunakan pendekatan Systematic Literature Review (SLR) berasaskan garis panduan PRISMA untuk menganalisis 10 artikel berkaitan pengajaran budaya Melayu dalam konteks bahasa Melayu untuk penutur asing. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran budaya yang berkesan melibatkan penggunaan bahan autentik, aktiviti kontekstual dan interaksi komuniti. Tema budaya yang sering diajar termasuk nilai kekeluargaan, adat perkahwinan, pantang larang, kesopanan dan bahasa tubuh. Walau bagaimanapun, antara cabaran utama ialah kekurangan latihan guru, bahan pengajaran yang terhad, serta kekangan masa dan perbezaan persepsi budaya. Kajian ini mencadangkan beberapa amalan terbaik termasuk pembangunan modul budaya yang sistematik, kolaborasi dengan komuniti tempatan dan integrasi elemen budaya dalam kurikulum secara terancang. Hasil kajian ini memberi sumbangan ke arah memperkukuh pengajaran bahasa Melayu untuk penutur asing melalui pendekatan yang lebih holistik dan antara budaya.
Downloads
References
Asmah Haji Omar. (1993). Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Byram, M. (1997). Teaching and Assessing Intercultural Communicative Competences. Clevedon, Philadelphia: Multilingual Matters.
Jamilah Bebe Mohamad. (2024). Elemen budaya dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Advance E-Research Magazine, 5, 90–94.
Junaini Kasdan, Yusmaniza Mohd Yusoff, Nor Hashimah Jalaluddin & Hasnah Mohamad. (2018). Pembangunan kit video pembelajaran bahasa Melayu penutur asing berteraskan budaya. PENDETA, 9, 144–157.
Juwairiah Osman, Mardian Shah Omar, Salinah Jaafar, Zuraina Ali, Suryanti Awang, Haslinda Hashim & Mardhiyyah Zamani. (2021). Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing: Pendekatan teknologi (Apps) dan program pengukuhan berdasarkan Model Kolb. Innovative Teaching and Learning Journal, 5(1), 65–82.
Kramsch, C. (1993). Context and Culture in Language Teaching. Oxford, UK: Oxford University Press.
Mazlina Baharudin & Azlina Md. Sadik. (2019). Bahasa merentas budaya: Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar Jepun. International Innovation in Teaching and Learning & Language Education Conference (i-InTeLEC 2019), 94–100.
Mazlina Baharudin, Azman Rahmat & Yusfarina Mohd Yussof. (2017). Menyulam budaya dalam pengajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Jurnal Linguistik, 21 (2). 82-92.
Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad & Shahlan Surat. (2022). Analisis kepercayaan dan amalan pembelajaran pelajar terhadap budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu di IAAS, Rusia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7).
Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli, Jamaludin Badusah & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2020). Sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Jepun. Dalam Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia. 232-240.
Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli, Wan Mohamad Wan Muna Ruzanna, Shahlan Surat & Jamaluddin Badusah. (2019). Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. PENDETA, 10, 121–133.
Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli, Jamaludin Badusah & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2019). Persepsi pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu dalam kelas bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Kedua (SAPBaSBuM 2), Goethe University Frankfurt, Jerman.
Yusmaniza Mohd Yusoff, Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Hasnah Mohamad. (2019). Representasi budaya dalam kit video pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing: Analisis teori sosiokognitif. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(1), 77–91.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli, Norliza Jamaluddin, Alizah Lambri, Muhamad Fadzllah Zaini

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


