Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Implementation of Problem-Based Learning Activities in Malay Language Teaching and Learning Process

Authors

  • Alizah Lambri Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • Zamri Mahamod Jabatan Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keywords:

pembelajaran berasaskan masalah, P&P bahasa melayu, berpusatkan pelajar, strategi pengajaran, pembelajaran bermakna, problem-based learning, teaching and learning of bahasa melayu, student centered, learning strategy, meaningful learning

Abstract

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran atau P&P Bahasa Melayu pada peringkat universiti didapati masih lagi bercorak konvensional dan kurang melibatkan peranan pelajar. Justeru, kajian ini cuba membincangkan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah (PBM) yang dilaksanakan oleh pensyarah dalam proses P&P Bahasa Melayu di sebuah IPTA sebagai usaha menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses P&P. Seorang pensyarah Bahasa Melayu dan 21 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu telah dipilih secara bertujuan sebagai peserta kajian. Kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan bagi tujuan pengutipan data. Data dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti PBM merupakan aktiviti P&P yang disukai dan menyeronokkan bagi para pelajar. Walau bagaimanapun, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan aktiviti PBM dalam proses P&P Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lebih baik. Beberapa cadangan penambahbaikan dalam aktiviti PBM yang telah dicadangkan oleh para pelajar turut dimuatkan dalam kajian ini.

 

Teaching and learning of Malay Language at the university is still based on the conventional pattern and the student role is minimal. Therefore, this study attempts to discuss the problem-based learning (PBL) activities implemented by the lecturers in the process of teaching and learning of Malay language at a university in an effort to encourage active participation of the students. A Malay language lecturer and 21 students of Bachelor of Education (Malay Language) were selected as the participants of this study by using purposive sampling technique. Observation and interview were employed as the main techniques of data collection. The collected data were descriptively analysed and presented in a narrative form. The findings showed that the students liked PBL activity and found it interesting. However, a thorough planning is needed to ensure that PBL activity in teaching and learning process of Malay language is smoothly executed. In addition, this research also includes some recommendations proposed by the students in relation to the improvement of PBL activity.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-11-25

How to Cite

Lambri, A., & Mahamod, Z. (2015). Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Implementation of Problem-Based Learning Activities in Malay Language Teaching and Learning Process. PENDETA, 6, 98–117. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1160