Lagu rakyat masyarakat Jerman: Refleksi mahasiswa melayu di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UtEM) berpandukan Akal Budi Melayu dan Pragmatik

Authors

  • Muhammad Zaid Daud Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 Pulau Pinang, Malaysia https://orcid.org/0000-0002-4394-5181
  • Nur Farain Ali Jabatan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Antarabangsa, Pusat Pembelajaran Bahasa, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), 76100, Durian Tunggal, Melaka, Malaysia
  • Muhammad Faizul Abd Hamid Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), 8, Persiaran Universiti 1, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.19.2025

Keywords:

akal budi Melayu, lagu rakyat, mahasiswa Melayu, masyarakat Jerman, pragmatik, UTeM

Abstract

Lagu rakyat, sama ada dari pandangan falsafah Barat atau Timur, membawa makna yang serupa, iaitu menceritakan masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan, atau senario semasa di kawasan tersebut. Biasanya, lagu rakyat dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, sebagai hiburan setelah penat bekerja, dan juga semasa majlis-majlis keraian. Kajian ini meneroka unsur implisit dalam lagu rakyat bahasa Jerman, “Mein Vater war ein Wandersmann” berpandukan akal budi Melayu dan pragmatik, khususnya Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986, 1995). Lagu ini mengisahkan seorang anak yang mewarisi minat bapanya sebagai pengembara yang merantau ke seluruh pelosok Jerman. Kajian ini membuka perspektif baharu tentang analisis lagu rakyat masyarakat Jerman dengan menggunakan akal budi Melayu dan bidang pragmatik melalui kajian kualitatif analisis teks. Korpus lagu diperoleh daripada “Deutsche Volkslieder Singstimme und Gitarre” (Bernd Pachnike Hg, 2004). Analisis dilakukan terhadap lima rangkap, 40 baris, dan 180 patah perkataan untuk mengesan unsur implisit. Akal budi Melayu dan pragmatik yang menekankan eksplikatur, bentuk logik, implikatur, andaian implikatur, kesimpulan implikatur, dan jenis ad hoc diterapkan. Pada masa yang sama, seramai 50 orang mahasiswa Melayu di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dipilih secara rawak untuk menginterpretasikan makna tersirat di sebalik lagu rakyat ini. Berpandukan refleksi mahasiswa Melayu di UTeM, Lagu rakyat memainkan peranan penting dalam proses pembentukan nilai mendidik, merujuk akal budi manusia yang membentuk jiwa ‘sayang akan keluarga’, ‘mementingkan kesihatan’, ‘kebebasan’, ‘kepuasan dan kegembiraan’, serta ‘ilmu pengetahuan sebagai petunjuk kehidupan’. Dari sudut pragmatik, konteks dalam lagu rakyat ini menyumbang kepada keintelektualan akal budi Melayu, menghasilkan kesan kognitif yang baik dan memudahkan pemahaman lagu rakyat berpandukan kearifan lokal masyarakat Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bernd Pachnike Hg. (2004). Deutsche volkslieder singstimme und gitarre. Neue Musik.

Brigita Yuni. (2018). Nilai luhur dalam lagu-lagu Dayak: Kajian implikatur. Jurnal Kata: Penelitian tentang Ilmu Bahasa dan Sastra, 2(1), 13-29.

Fadilla Safitri, & Intan Maharani. (2024). Analisis tindak tutur ilokusi dalam lirik lagu" Bunda" oleh Potret: Kajian pragmatik. Jurnal Vokatif: Pendidikan Bahasa, Kebahasaan, dan Sastra, 1(2), 81-87.

Hall, S. (1997). Representation: Cultural representations and signifying practices. Sage Publications.

Indah Kusuma Damayanti, Yuniseffendri, & M. Titik Indarti. (2023). Analisis tindak tutur ilokusi dalam lirik lagu Tertawan Hati Karya Awdella: Kajian pragmatik. EDUKASIA: Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran, 4(2), 2707-2712.

Mary Fatimah Subet, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2024). Emosi, Bahasa figuratif dan teori relevans. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman. (1986). Masyarakat Melayu: Struktur, organisasi dan manifestasi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muh. Ihsanudin, & Muhammad Zainul Arifin. (2022). Kritik sosial dalam lagu agama karya Tony Q Rastafara. Jurnal Digdaya, 1(1), 1-6.

Muhammad Zaid Daud, & Mary Fatimah Subet. (2021). Naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang mempertalikan politik tempatan: Analisis pragmatik. Issues in Language Studies, 10(1), 110-130.

Nur Farain Ali, & Muhammad Zaid Daud. (2023). Unsur implisit dalam lagu rakyat “Mein Vater War Ein Wandersmann” bagi masyarakat Jerman berpandukan akal budi Melayu dan pragmatik. Buletin Penyelidikan Cendekia, 1(1), 34.

Sperber, D. & Wilson, D. (1995). Postface relevance: Communication and cognition. Blackwell Publishers.

Sperber, D., & Wilson, D. (1986). Relevance: Communication and cognition. Blackwell Publishers.

Wong Shia Ho. (2020). Gambaran kemewahan melalui perlambangan dalam lirik lagu hokkien “Ji Pa Ban”: Analisis semantik inkuisitif. PENDETA, 11(1), 98-114.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Daud, M. Z., Ali, N. F., & Abd Hamid, M. F. (2025). Lagu rakyat masyarakat Jerman: Refleksi mahasiswa melayu di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UtEM) berpandukan Akal Budi Melayu dan Pragmatik. PENDETA, 16(1), 227-236. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.19.2025