Pembelajaran Individu dan Koperatif: Keberkesanan Kit Canva dalam Penguasaan Tatabahasa Iban
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.5.2025Keywords:
Canva, Tatabahasa Iban, Pembelajaran Koperatif, Pembelajaran Individu, Kit Media, Kuasi-EksperimenAbstract
Tatabahasa memainkan peranan penting dalam pemahaman dan penggunaan bahasa. Dalam konteks pengajaran bahasa Iban di sekolah menengah, tatabahasa adalah elemen asas yang membantu murid memahami struktur dan peraturan bahasa dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, pengajaran tatabahasa sering kali dianggap sebagai bahagian yang membosankan dan sukar dalam pembelajaran bahasa. Kekurangan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan telah menyumbang kepada cabaran ini. Oleh itu, pembangunan kit media yang sesuai, interaktif, dan berfokus kepada pembelajaran aktif menjadi keperluan penting bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Iban. Kajian ini menyelidiki keberhasilan penggunaan aplikasi Canva sebagai kit media pembelajaran tatabahasa Iban di sekolah menengah serta menilai perbezaan pencapaian murid melalui pendekatan pembelajaran individu dan koperatif. Seramai 100 orang murid Tingkatan 1 daripada tiga buah kelas di sebuah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan bersama ujian pra dan pasca untuk mengukur perubahan skor pencapaian. Penilaian data menunjukkan peningkatan yang jelas dalam kedua-dua pendekatan, namun begitu pembelajaran koperatif memperoleh skor min yang lebih tinggi berbanding pembelajaran secara individu. Implikasi kajian ini memperlihatkan sokongan terhadap penggunaan kit media digital berpandukan aplikasi Canva sekali dengan kaedah koperatif sebagai strategi pengajaran efektif dalam mempelajari tatabahasa Iban dan membuktikan bahawa penggunaan kit media berkesan dalam meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid sekolah menengah.
Downloads
References
Ariffin, N. A., & Janan, D. (2017). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Bersama dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Murid Tingkatan 4: The Effectiveness of Coaching Teaching Methods in Improving Writing Achievement of Form 4 Students. PENDETA, 8, 59 65. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.6.2017
Bakar, K. A., & Ismail, N. (2018). Kesediaan Guru Menggunakan Bahan Digital. Jurnal Teknologi dan Pendidikan, 10(2), 12–22.
Canva. (2024). About Us. Retrieved June 20, 2025, From https://www.Canva.Com/About/
Clark, R. C., & Mayer, R. E. (2016). E-Learning and The Science of Instruction: Proven Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning (4th Ed.). Wiley.
Gagné, R. M., Wager, W. W., Golas, K. C., & Keller, J. M. (2005). Principles of Instructional Design (5th Ed.). Cengage Learning.
Hanafiah, M. H., & Osman, S. (2017). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Penerbit Universiti Malaya.
Hussin, S. (2018). Education 4.0 Made Simple. Malaysian Higher Education Review, 1(1), 24–35.
Jabatan Pendidikan Sarawak. (2021). Pelan Pembangunan Bahasa Iban 2021–2025. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Holubec, E. J. (2008). Cooperation in The Classroom (8th Ed.). Interaction Book Company.
Mat Husin, N. S., & Mahamod, Z. (2023). Tahap Minat dan Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Penggunaan Bahan Pembelajaran Gamifikasi dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.PENDETA,14(2), 131–145. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.11.2023
Mayer, R. E. (2009). Multimedia Learning (2nd Ed.). Cambridge University Press.
Ministry Of Education Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Azhar Abd Hamid. (2011). Pendekatan Koperatif dalam Pengajaran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa, 7, 45–58.
Mohd Fadzil, A. F. (2021). Amalan Guru Menggunakan Kit Media Digital dalam PdP Bahasa. Jurnal Ilmu Pendidikan, 8(1), 55–66.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Mcgraw-Hill Education.
Peter, Lelak. (2017). Tatabahasa Iban: Struktur dan Penggunaan. Universiti Malaysia Sarawak Press.
Rosnani Hashim. (2003). Pendidikan Islam dan Cabaran Globalisasi. Utusan Publications.
Salasiah Hanin Hamjah, & Alias, J. (2012). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran Bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 2(1), 23–31.
Slavin, R. E. (1995). Cooperative Learning: Theory, Research, and Practice (2nd Ed.). Allyn & Bacon.
Tang, S. L. (2019). Cabaran dalam Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Iban. Jurnal Bahasa dan Pendidikan, 12(2), 45–60.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society: The Development of Higher Psychological Processes. Harvard University Press.
Yusup, F. (2018). Ujian T dalam Kajian Pendidikan. Jurnal Sains Sosial, 7(3), 32–41.
Zimmerman, B. J. (2002). Becoming A Self-Regulated Learner: An Overview. Theory Into Practice, 41(2), 64–70. https://doi.org/10.1207/s15430421tip4102_2
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Jessica Akiat, Saripah Banseng

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


