Mengenal Budaya Sebagai Sarana Menjelajahi Dunia Global dalam Pengajaran Bahasa Melayu-Indonesia di Pusat Pengajian Tinggi Korea
Identifying Culture as a Medium of Exploring The Global World in Teaching Malay-Indonesian Language at The Korean Higher Education Center
Keywords:
budaya, global, Melayu, Indonesia, culture, MalayAbstract
Dapat dikatakan bahawa kira-kira seratus ribu orang Korea menetap di Malaysia dan Indonesia terutamanya di Kuala Lumpur, DKI Jakarta dan sekitarnya. Di Indonesia, komuniti asing paling besar ialah masyarakat Korea. Kebanyakan mereka merupakan pegawai syarikat Korea yang membuka agensi cawangannya di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, pihak syarikat biasanya mengirimkan pegawai-pegawai yang sudah menguasai bahasa dan budaya Melayu-Indonesia. Hal ini kerana menguasai bahasa dan mengenal budaya tempatan menjadi salah satu unsur yang mempengaruhi kejayaan sesuatu projek perusahaan. Oleh yang demikian, lulusan Jurusan Pengajian Melayu-Indonesia (JPMI) diterima baik oleh syarikat-syarikat ini kerana mereka sudah menguasai bahasa dan budaya Melayu-Indonesia. Faktor tersebut merangsang kalangan ahli akademik JPMI di Korea untuk bekerja keras dan meneliti kaedah pengajaran bahasa Melayu-Indonesia dengan lebih mantap. Dalam konteks ini, JPMI sudah beberapa kali merombak kurikulum untuk menyesuaikan tuntutan masyarakat yang semakin mencabar. Sudah lama pihak JPMI, HUFS, berusaha memasukkan unsur budaya Melayu/ Indonesia dalam mata pelajaran yang diajarkan di JPMI. Dalam konteks ini, selain penerapan kemahiran bahasa dan sastera, pihak JPMI turut mengajar subjek yang berkaitan dengan budaya seperti sejarah, politik, gender, geografi, dan lingkungan. Ini disebabkan oleh keperluan semasa yang menuntut pelbagai kepakaran termasuklah bahasa dan budaya asing.
It is estimated that there are one hundred thousand Koreans living in Malaysia and Indonesia especially in Kuala Lumpur, DKI Jakarta and its surrounding areas. In Indonesia, Koreans make up the largest foreign community. Most of them are employees of Korean companies which have opened international branches in Malaysia and Indonesia. In addition, the selected administrative officials comprise of those who are fluent and have mastered the language and have in-depth understanding of the of Malay-Indonesian culture. These understandings are crucial to the success of company ventures. As such, graduates from the Malay-Indonesian Studies Department (JPMI) are well received by these companies because they have mastered the MalayIndonesian language and culture. In this context, the JPMI curriculum has been restructured several times in order to accommodate the new demands of society. In addition to promoting language and literature skills, new courses related to culture such as history, politics, gender, and geography are also offered. These continuous efforts are aimed to provide employees who are proficient in foreign languages and cultures.