Pengungkapan Keperibadian Secara Simbolik dalam Dua Novel Melayu
Symbolic Personality Expression In Two Malay Novels
Keywords:
keperibadian, simbolik, novel melayu, personality, symbolic, malay novelAbstract
Dalam penulisan novel, pengungkapan disampaikan oleh pengarang dalam bentuk naratif atau penceritaan dan diselangi dengan perbualan watak-watak. Pengungkapan yang disampaikan secara simbolik menggunakan kaedah antaranya satira, kiasan dan perlambangan berpandukan situasi masyarakat pengarang dan juga dipengaruhi latar zaman ketika karya tertentu dihasilkan. Pengungkapan secara simbolik yang mengandungi perlambangan dalam karya bertujuan untuk mendidik, menegur, dan mengusulkan pemikiran kritis kepada pembaca. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti unsur-unsur dalam pengungkapan keperibadian secara simbolik yang dalam dua buah novel menggunakan berpandukan pandangan daripada teori semiotik Pierce. Pendekatan semiotik memerlukan penganalisis mencari penggunaan tandatanda dalam sesebuah karya. Tanda-tanda tersebut diungkap melalui penanda, mengikut paradoks dan kontradiksi penggunaan stail dan mekanisme penciptaan sesebuah karya yang dikuasai oleh pengarang. Analisis menggunakan semiotik untuk memberikan makna bagi tanda-tanda dalam teks yang dikaji. Dua buah novel tersebut ialah Ratab Rabitah dan Anak Mat Lela Gila. Kajian ini dapat memperlihat situasi masyarakat sebelum merdeka dan selepas merdeka dalam mengungkapkan tentang keperibadian watak secara simbolik oleh dua pengarang Melayu tersebut. Berdasarkan analisis, Watak Rabitah dan Mat Lela dalam kedua-dua novel tersebut telah membawa tafsiran bahawa simbol keperibadian ini mempunyai maksud dan tujuan secara sinikal. Perkaitannya dalam masyarakat juga sedemikian, kerana perlakuan watak dalam naratif amat dekat dengan realiti dalam kehidupan.
In novel writing, symbolic expression is delivered through satire, figurative language and symbolism. The purpose of this study was to identify the elements in symbolic personality expression in two novels: Ratab Rabitah and Anak Mat Lela Gila based on the views presented in the Pierce Semiotic Theory. Semiotic analysis provided meanings to the signs used within the two novels. This study presented the societal context post and after independence. Character analysis of both Rabitah and Mat Lela in the two novels showed that personality symbols were portrayed cynically. These interpretations closely resembles real-life context.