Pelayaran Inderaputera II Karya Ismail Kassan Analisis Daripada Perspektif Teksdealisme

Pelayaran Inderaputera II Ismail Kassan’s Work Analysis From Texdealism Perspective

Authors

  • Faizah Jalal Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • Ani Hj Omar Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Keywords:

pelayaran inderaputera II, teksdealisme, intelektual, textdealism, intellectual

Abstract

Objektif kajian ialah meneliti ciri-ciri intelektual, menganalisis nilai-nilai intelektual serta mengkaji gaya kepengarangan Ismail Kassan. Kajian ini menggunakan teori Teksdealisme janaan Mana Sikana yang diasaskan pada tahun 1993. Terdapat empat prinsip utama dalam teori tersebut iaitu prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian pengarang. Hasil kajian mendapati Pelayaran Inderaputera II mempunyai perkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua. Dapatan kajian menunjukkan drama Pelayaran Inderaputera II, mempunyai persamaan dan perbezaan dengan Hikayat Inderaputera. Persamaannya ialah dari aspek nama watak dan latar tempat. Manakala perbezaannya ialah dalam penggunaan gaya bahasa, plot dan teknik penceritaan. Kesimpulannya, drama Pelayaran Inderaputera II memberi impak kepada khalayak kerana wujud aliran surealisme dalam drama Melayu yang menyumbang kepada sejarah perkembangan drama moden di Malaysia.

 

The objectives of this research were to examine and analyse the intellectual characteristics and values in Ismail Kassan’s writing style. This research used the Textdealism Theory proposed by Mana Sikana in 1993. There are 4 main principles in the theory : presence, strengthening, collision and individualism. The research established that “ Pelayaran Inderaputera II “ is strongly linked to the Malaysian New Economic Policy, introduced by the late Tun Abdul Razak Hussein, Malaysia’s second Prime Minister. The research also looked into the similarities and differences between the “Pelayaran Inderaputera II” drama and “Hikayat Inderaputera”. The similarities were the characters and the setting. On the other hand, the differences identified were language style, plot and narrative technique. The research concluded that “Pelayaran Inderaputera II” presented a strong public influence because of the existence of the Surrealist Approach in the Malay drama and thus contributing to the historical development of modern drama in Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-27

How to Cite

Jalal, F., & Omar, A. H. (2015). Pelayaran Inderaputera II Karya Ismail Kassan Analisis Daripada Perspektif Teksdealisme: Pelayaran Inderaputera II Ismail Kassan’s Work Analysis From Texdealism Perspective. PENDETA, 6, 274–293. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1169