Peranan Faktor Ekstralinguistik dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing

Role of Extralinguistic Factors in Teaching The Malay Language as aForeign Language

Authors

  • Yong Chyn-Chye Multimedia University, Malaysia
  • Vijayaletchumy a/p Subramaniam Universiti Putra Malaysia
  • Chan Tze-Haw Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Faktor ekstralinguistik, pengajaran bahasa Melayu, penutur asing, institut pengajian tinggi swasta, Extralinguistic factors, teaching of Malay language, foreign speaker, private instutute of higher learning

Abstract

Kajian ini merincikan peranan faktor ekstralinguistik dalam pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di institut pengajian tinggi swasta. Dalam proses membina kaedah pengajian bahasa Melayu yang efektif terbatas kepada ketandusan usaha penilaian yang fokus kepada pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing, khasnya bagi golongan penutur asing yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta. Bagi kajian ini, Model Sociaeducational yang dipelopori oleh Gardner telah diaplikasikan. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan, tinjauan dan pemerhatian di dalam kelas. Sampel kajian merangkumi 114 orang mahasiswa antarabangsa Trimester 2 dan 3, 2010/2011 dari 21 buah negara. Semua sampel kajian ini telah mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan B selama 14 minggu di sebuah universiti swasta, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan penutur asing bersetuju bahawa penguasaan bahasa Melayu didorong oleh faktor ekstralinguistik, khasnya faktor integrasi. Kajian ini adalah penting demi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa sempena hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi serantau.

 

This research is to examine the role of extralinguistic factors in teaching the Malay language as a foreign language at private instutute of higher learning. The process in building an effective method of BM studies is limited by the dearth of evaluation efforts that focus on the teaching of Malay language as a foreign language, especially for the foreigners are studying in private higher education institutions. First and foremost, this research involved literature review, survey and observation in the classroom. The sample included 114 international students from 21 countries during Trimester 2 and 3, 2010/2011. The Sociaeducational Model by Gardner has been applied in this research. All the participants in the study’s sample had followed Bahasa Kebangsaan B subject for 14 weeks at one of the private universities in Malaysia. The results showed that the foreign speakers agreed that the process mastering of Malay language is motivated by extralinguistic factors, especially the integration factor. This research is important to uphold the Malay language as an international language in conjunction with the government’s intention to make Malaysia a regional hub for higher education.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-11-23

How to Cite

Chyn-Chye, Y., Subramaniam, V. a/p, & Tze-Haw, C. (2013). Peranan Faktor Ekstralinguistik dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing: Role of Extralinguistic Factors in Teaching The Malay Language as aForeign Language. PENDETA, 4, 231–244. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1173