Beberapa Kaedah untuk Pengajaran Ayat Sebagai Satuan dalam Wacana

Beberapa Kaedah untuk Pengajaran Ayat Sebagai Satuan dalam Wacana

Authors

  • Arbak Othman
  • Ahmad Khair Mohd Nor Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

nahu wacana, maklumat lama, maklumat baharu, judul-cerita, sintaksis, grammatical form, information, syntactical

Abstract

Analisis terhadap ayat dari sudut nahuan meletakkan ayat sebagai satuan yang terbesar dalam bahasa. Ayat dianalisis berdasarkan struktur sintaksis tanpa mempertimbangkan konteks ayat itu dihasilkan atau diujarkan. Sebaliknya, dalam nahu wacana, ayat yang dihasilkan dalam ujaran berperanan untuk mengungkapkan fikiran melalui bahasa yang digunakan sebagai alat komunikasi. Dalam nahu wacana, ayat yang diujarkan dianggap sebagai satuan yang membentuk hubungan ayat dalam konteks ujaran dan tekstual, dan ciri-ciri sintaksis yang diperlihatkan dalam ayat diterangkan berhubung dengan syarat yang mengendalikan penyebaran ayat dalam wacana. Oleh sebab itu, nahu wacana biasanya menganalisis bentuk nahuan dan penyebaran ayat dalam wacana, dari segi kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang logik yang didapati dalam teks ujaran (Sato 1997:2). Makalah ini akan menjelaskan beberapa konsep tentang nahu wacana yang dapat digunakan untuk tujuan pengajaran ayat bahasa Melayu.

 

The analysis of sentences from a grammatical point of view placing the sentence as the highest level of language. Sentences are analyse based on the syntactical structure without considering the context in which the sentences are produced or uttered. However, in grammar discourse, the sentences are producedin verbal discourse play the role of communicating thoughts through language as a toll of communication. In grammar discourse, the sentences uttered are considered a form of unifying the context of discourse and textual and the syntactical characteristic revealed in the sentences can be describes according to the condition of the sentences in discourse. Therefore, discourse grammar is commonly used to analyse the grammatical form and the distribution of sentences in discourse from the combination of information order and sentence arrangement which can be found in verbal texts. This article explains several concept pertaining to grammar discourse that can be used for the purpose of teaching Malay language sentences.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-11-21

How to Cite

Othman, A., & Mohd Nor, A. K. (2016). Beberapa Kaedah untuk Pengajaran Ayat Sebagai Satuan dalam Wacana: Beberapa Kaedah untuk Pengajaran Ayat Sebagai Satuan dalam Wacana. PENDETA, 7, 63–72. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1186