Modul Literasi: Penglibatan Ibu Bapa Bagi Mempertingkatkan Pencapaian Literasi Kanak-Kanak

Literacy Module: Parental Involvement to Enhance Child's Literacy Achievement

Authors

  • Zainiah Mohamed Isa Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

literasi keluarga, bacaan awal, pemunculan literasi, pendidikan awal kanak-kanak, penglibatan ibu bapa

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan modul panduan literasi ibu bapa bagi mempertingkatkan pencapaian literasi kanak-kanak. Seramai 56 kanak-kanak daripada enam buah taska di Terengganu telah dijadikan sampel dalam kajian yang berbentuk eksperimen ini. Data praujian untuk kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan telah diambil sebelum ibu bapa dalam kumpulan rawatan diberikan latihan melalui bengkel yang telah diadakan. Selepas kajian dijalankan selama 10 minggu, ujian pasca pula dijalankan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Keputusan ujian Wilcoxson t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan pencapaian keseluruhan literasi antara kumpulan rawatan dan kawalan selepas menggunakan modul, iaitu pencapaian literasi (z=-.205, p>.05). Oleh itu keputusan analisis menunjukkan penggunaan modul literasi awal ini tidak dapat meningkatkan pencapaian keseluruhan pencapaian awal literasi.

 

This study intends to examine the effect of using parents’ literacy module to enhance their children literacy achievement. A total of 56 children from six child care centres (TASKA) in the state of Terengganu were selected as samples in this experimental study design. Pre-test data was collected for both treatment and control groups before the parents in treatment groups were given training in the workshops. After the study was conducted for 10 weeks, post-tests data were collected on the treatment and control groups. Wilcoxson t test results showed that there was no significant differences in overall literacy achievement between treatment and control groups after using the module (z =-. 205, p> .05). Therefore, the results showed that the implementation of early literacy module was unable to improve the overall performance of children’s literacy achievement.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-11-23

How to Cite

Mohamed Isa, Z. (2014). Modul Literasi: Penglibatan Ibu Bapa Bagi Mempertingkatkan Pencapaian Literasi Kanak-Kanak: Literacy Module: Parental Involvement to Enhance Child’s Literacy Achievement. PENDETA, 5, 241–259. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1203