Strategi Komunikasi Lisan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (Srjk(C))

Oral Communication Strategies in Malay Language Among Students in National Chinese Primary School (NPCS)

Authors

  • Mohd Helmi Pangat Universiti Malaya
  • Puteri Roslina Abdul Wahid Universiti Malaya

Keywords:

pembelajaran bahasa kedua, pelajar Cina, strategi komunikasi lisan (SKL), bahasa Melayu, second learning language, Chinese students, Malay language, oral communication strategies

Abstract

Makalah ini membicarakan tentang jenis-jenis strategi komunikasi pelajar Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) dalam pemelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini berasaskan taksonomi strategi komunikasi Tarone (1983) dan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan 130 pelajar darjah lima di SRJK(C) di Kuala Langat. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan berasaskan aras kecekapan bahasa mereka. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan transkripsi korpus lisan. Dapatan kajian menunjukkan 8 strategi komunikasi lisan telah digunakan oleh pelajar Cina dan strategi yang paling kerap digunakan ialah pengguguran mesej (57%), rayuan kerjasama (13%), penghuraian (9%), penukaran kod (8%), pengelakan tajuk (6%), generalisasi terlampau (4%), penghampiran (2%) dan pembentukan kata baharu (1%). Strategi komunikasi lisan bukan sahaja merupakan aspek yang penting dalam komunikasi tetapi juga memberikan sumbangan kepada pemerolehan bahasa kedua, khususnya pemelajaran bahasa kedua Melayu sebagai bahasa kedua.

 

This paper examines the types of of oral communication strategies in learning Malay as second language among Chinese students in the National Chinese Primary School (NPCS). This study is based on Tarone’s taxonomy of communication strategy, utilized a quantitative and qualitative method of data collection. The subjects consisted 130 students of the 5th. Year at the National Chinese Primary School in Kuala Langat. These subjects were divided into three different groups according to their different levels of language proficiency. The instruments used in this study were oral tests and transcription of the spoken corpus. The findings showed that 8 oral communication strategies were used by the students and the most frequently used was message abandonment (57%), appeal for assistance (13%), circumlocution (9%), code switching (8%), topic avoidance (6 %), generalization (4%), approximation (2%) and word coinage (1%). Communication strategies are not only an important aspect in communication, but they also contribute to second language acquisition, especially in learning Malay as a second language.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-13

How to Cite

Pangat, M. H., & Abdul Wahid, P. R. (2016). Strategi Komunikasi Lisan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (Srjk(C)): Oral Communication Strategies in Malay Language Among Students in National Chinese Primary School (NPCS). PENDETA, 7, 123–141. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1209