Representasi Ensera Kumang dalam Menyingkap Keutuhan Budaya Iban berdasarkan Perspektif Sfera Faedah

Authors

  • Chris Dickerson Thomas Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Beg Berkunci No. 01, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Nordiana Ab Jabar Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Beg Berkunci No. 01, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Daeng Haliza Daeng Jamal Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Beg Berkunci No. 01, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol17.1.1.2026

Keywords:

budaya Iban, Ensera Kumang, representasi, Sfera Faedah

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis teks Ensera Kumang dalam merepresentasikan identiti budaya masyarakat Iban melalui prinsip Sfera Faedah. Ensera sebagai puisi naratif tradisional masyarakat Iban berfungsi bukan sahaja sebagai rakaman epik kepahlawanan dan mitologi dewa tetapi juga ensera turut memperlihatkan hubungan antara imaginasi kolektif dan identiti etnik yang dipresentasikan melalui watak dewa dan dewi. Tambahan pula, nilai keindahan dan fungsi transgenerasi ensera menjadikannya teks yang penting dalam memahami mekanisme warisan budaya, pembentukan identiti dan dinamik dalam mengumpul memori kolektif masyarakat Iban. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes berasaskan analisis tematik bagi meneliti buku Ensera Kumang dengan mengaplikasikan Pendekatan Keindahan Braginsky (1994), khususnya Sfera Faedah sebagai kerangka analisis. Pendekatan ini digunakan untuk meneliti fungsi teks sebagai agen budaya yang memaparkan nilai-nilai kolektif masyarakat Iban. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ensera Kumang memberikan faedah dari segi struktur bahasa sebagai mekanisme pemeliharaan tradisi, penggunaan istilah budaya sebagai penanda identiti serta fungsi sindiran berkias dalam budaya masyarakat Iban. Selain memperkaya kajian sastera etnik dan budaya, kajian ini turut memberi manfaat kepada bidang pendidikan dan penyelidikan dalam usaha melestarikan warisan budaya masyarakat peribumi di Malaysia. Oleh itu, analisis kritis terhadap teks ensera diperlukan untuk mengungkap Ensera Kumang memelihara tradisi, menegaskan identiti budaya dan menyampaikan sindiran simbolik dalam masyarakat Iban.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Kamal Azmi, Indriaty Ismail dan Mohd. Nasir Omar. (2015). Kecelaruan nilai dalam falsafah etika. Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam, KUIS, 8(1), 131-144.

Maria Ahoi & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Pengaruh budaya Iban terhadap gaya pembelajaran murid Iban. Jurnal Personalia Pelajar, 24(1), 11-21.

Mohammad Sufiyan Ali Osman, Adilawati Asri dan Shaikh Azahar Shaik Hussain. (2021). The philosophy of Alam Takambang Jadi Guru in the traditional wisdom of the Iban community: The art of tattoo. Asian People Journal, 4(2), 1–15.

Adilawati Asri dan Noria Tugang. (2020). Parang Ilang as an interpretation of Alam Takambang Jadi Guru Philosophy In Iban’s culture. Asian People Journal, 3(1), 1–18.

Austin, P. K. (2021). Language documentation and cultural memory. Routledge.

Austin, P. K. (2021). Language documentation and cultural memory. Cambridge University Press.

Bayrak, M. M., Tran, T. D., & Burgers, P. (2023). Migration, remittances, and adaptation to climate change: A case study of rural households in the Mekong Delta. Journal of Rural Studies, 96, 324–335.

Braginsky, V. I. (1994). Erti keindahan dan keindahan erti dalam kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Donald, J. (2004). Ensera Kumang. Penerbit Medansains Jaya Sdn. Bhd.

Duranti, A. (1997). Linguistic anthropology. Cambridge University Press.

Finnegan, R. (2012). Oral literature in Africa (New ed.). Open Book Publishers.

Foley, J. M. (2012). Oral tradition and its performance. University of Illinois Press.

Finnegan, R. (2018). Oral literature in Africa (2nd ed.). Open Book Publishers.

Freeman, D. (1970). Report on the Iban. London: Athlone Press.

Geertz, C. (1973). The interpretation of cultures. Basic Books.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haslinda Md. Nazri. (2018). Social and cultural aspects of the Iban community in Sarawak. Idealogy Journal, 2(2), 79–90.

Gregory Kiyai @ Keai. (2025). Batu Nabau: A rock formation phenomenon in the context of legends and intangible heritage of the Iban people in Sarawak. International Journal of Intangible Cultural Heritage, 20(1), 45–60.

Gregory Kiyai @ Keai dan Noria Tugang. (2020). Artifak budaya masyarakat Iban: Warisan dan pusaka. Kinabalu: Artifak.

Angelina Laing dan Ellison Ludan Muyan. (2022). The effectiveness of preserving Iban “Ensera” (folktales) through the medium of Wai FM radio in Miri Division. The Sarawak Museum Journal, LXXXV(106), 25–45.

Maclntyre, A. (1984). After virtue: A study in moral theory (2nd ed.). University of Notre Dame Press.

Florene Ejot Masanat dan Musdi Shanat. (2021). Character analysis of Ensera Wat Bujang Sugi through morphological analysis theory of Vladimir Propp. Natural Volatiles & Essential Oils, 8(4), 10291-10299.

Norsaleha Mohd. Salleh. (2020). Panduan Hidup Berkeluarga. Selangor: Abad Sinergi Sdn Bhd.

Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika Sastera Melayu: Satu pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haslinda Md. Nazri. (2018). Social and cultural aspects of the Iban community in Sarawak. Idealogy Journal, 3(2), 199-208.

Chemaline Usop. (2019). The oral literature of the Iban in Borneo. University Malaysia Sarawak Press.

Harishon Radzi dan Phylisia David. (2012). Unsur eufemisme dan perumpamaan dalam teks hikayat Iban. Jurnal Melayu, 9(1), 45–60.

Sandin, B. (1967). The sea dayaks of Borneo before white rajah rule. London: Macmillan.

Sandin, B. (1994). Sources of Iban tradisional history. Sarawak: Sarawak Museum Department.

Abang Sallehuddin Abg. Shokeran dan Hashim Ismail. (2017). “Tukang Ensera”: Seni tradisi berdepan cabaran modenisasi. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 28(1), 1-20.

Sutlive, V. (2001). The Iban of Sarawak: Chronicle of a vanishing world. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Sweeney, A. (1980). Repetition in oral literature: The Malay case. Oxford University Press.

Noriah Taslim dan Chemaline Usop . (2014). Ensera Ayor: Epik rakyat Iban. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tenas, E. (2013). Konsep pengalaman hidup dalam peribahasa masyarakat Iban. Dalam Analisis semantik inkuisitif peribahasa masyarakat Sarawak.

Wan Roshazli Wan Razali. (2025). Penyelesaian konflik dalam naratif epik Iban: Satu kajian terhadap Ensera Ayor. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 4(1), 69–83.

Zaid Mohd Zin dan Wan Suhaila Wan Idris. (2017). Kajian persamaan makna peribahasa Melayu dan peribahasa Jepun. Jurnal Bahasa dan Budaya Jepun, 7, 19-33.

Nur Alisha Mengga. (2023). Unsur tumbuhan sebagai perlambangan dalam peribahasa Iban. PENDETA: Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastera, 14(2), 1-10.

Jenny Janie. (2025). Kajian interpretasi unsur alam dalam Sempama Jaku Iban: Analisis implikatur (Laporan Projek Tahun Akhir). Universiti Malaysia Sarawak.

Downloads

Published

2026-04-07

How to Cite

Thomas, C. D., Ab Jabar, N., & Daeng Jamal, D. H. (2026). Representasi Ensera Kumang dalam Menyingkap Keutuhan Budaya Iban berdasarkan Perspektif Sfera Faedah. PENDETA, 17(1), 1-10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol17.1.1.2026

Most read articles by the same author(s)